Bantu bayi dalam kandungan anda berkembang pada minggu ke-7 usia kehamilan

Pada minggu ini tali pusat bayi dalam kandungan anda mula terbentuk! Melalui tali pusat inilah, si dia akan mula memperolehi kesemua nutrien penting daripada anda untuk proses tumbesaran.

Fahami perkembangan ketika usia kandungan 7 minggu

Semasa tempoh hamil 7 minggu ini, akan berlaku pembentukan tali pusat bayi – talian hayat yang menghubungkan bayi dalam kandungan kepada anda dan yang menyalurkan nutrien daripada si ibu kepadanyai.

Bayi dalam kandungan anda juga sedang membesar dengan cepat dan kini dia sudah berukuran kira-kira 10 mm panjangii – sebesar saiz buah beri biru. Lubang hidung kecil dan kanta mata juga sudah mula terbentuk. Begitu juga dengan organ lain yang akan terus berkembang ketika usia kandungan 7 minggu.

Walaupun masih lagi berada dalam awal usia kehamilan, bahagian-bahagian otak bayi dalam kandungan anda sedang terbentuk. Bahagian-bahagian inilah yang akan bertanggungjawab ke atas semua kemahirannya pada masa akan datang termasuklah bertutur, bergerak, mendengar dan berfikir.

Perubahan yang berlaku semasa usia kandungan 7 minggu

Kandungan hormon yang tidak stabil dalam badan semasa hamil 7 minggu akan menyebabkan perubahan pada payudara andaiii. Payudara biasanya akan berasa lebih sensitif dan berasa sakit apabila disentuh.

Untuk mengurangkan rasa tidak selesa semasa hamil 7 minggu ini, dapatkan sokongan yang sesuai. Terdapat pakaian dalam untuk ibu hamil yang direka khas untuk memberikan sokongan tambahan dan pakaian dalam tidur bagi membolehkan anda lena dengan selesa dan lebih nyenyak. Elakkan memakai pakaian dalam berdawai yang boleh menyebabkan ketidakselesaan. Pastikan anda juga mengukur payudara beberapa kali selama tempoh kehamilan bagi mendapatkan saiz yang betul.

Apa yang boleh dilakukan untuk menyokong perkembangan hamil 7 minggu?

Dengan semua perkembangan menakjubkan pada otak bayi dalam kandungan pada minggu ini, amat penting untuk anda mengambil makanan yang kaya dengan DHA, zat besi, folat dan kolina yang akan menyokong perkembangan otaknyaiv. Jika anda mengidam, penuhi keinginan tersebut dengan makanan yang kaya dengan nutrient- nutrien penting ini.

Ingat, pemakanan yang baik bukan sahaja akan memacu pertumbuhan kognitif bayi dalam kandungan anda, ia juga akan memupuk aspek perkembangannya lain, walaupun pada peringkat hamil 7 minggu. Sebagai contoh, otak bayi dalam kandungan anda merupakan pusat utama emosiv, ini bermaksud perkembangan kognitif dan emosinya saling berkaitan antara satu sama lain.

Jadi untuk membantu perkembangan tersebut, anda disarankan untuk mengambil susu yang dirumus secara saintifik dengan DHA dan juga kolina tertinggi. Ia bukan sahaja baik untuk otak bayi dalam kandungan tetapi turut membantu memenuhi keperluan harian asid folik, protein dan kalsium yang disyorkan pakar buat ibu hamil.

Pakarvi juga menyatakan bahawa mood anda ketika hamil akan memberi impak kepada bayi dalam kandungan. Jadi bagaimana untuk memastikan mood anda tidak menghalang perkembangan seimbang bayi dalam kandungan 7 minggu ini?

  • Apabila berpeluang, cuba dapatkan rehat yang secukupnya serta melakukan senaman ringkas dan mudah. Dengan berehat dan membuat senaman ringkas, ia akan membantu anda lebih tenang dan akan menjadikan mood lebih baik

  • Mendengar muzik yang menenangkan. Ramai mengatakan apabila mendengar muzik ketika hamil akan membuatkan bayi dalam kandungan menjadi lebih bijak. Walaupun ia tidak dapat dibuktikan, tetapi kita sedia maklum dengan mendengar muzik yang bersesuaian akan membuatkan diri menjadi lebih santai dan tenang. Jadi tidak salah untuk anda mencubanya

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.

 

Artikel berkaitan:
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-4
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-6
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-9


Rujukan:
i   Your baby at 0-8 weeks pregnancy - Pregnancy and baby guide. (2017, February 28). Retrieved April12, 2017, from https://www.nhs.uk/pregnancy/week-by-week/1-to-12/8-weeks/
ii.   Your baby at 0-8 weeks pregnancy - Pregnancy and baby guide. (n.d.). Retrieved February 15, 2017, from https://www.nhs.uk/pregnancy/week-by-week/1-to-12/4-weeks/
iii Early pregnancy signs and symptoms - Pregnancy and baby guide. (n.d.). Retrieved March 21, 2017, from https://www.nhs.uk/pregnancy/trying-for-a-baby/signs-and-symptoms-of-pre...
iv  Georgieff MK. (2007) Nutrition and the developing brain: nutrient priorities and measurement. Am J Clin Nutr. 85(2):614S-620S.
v   Phelps, E. (2004). Human emotion and memory: interactions of the amygdala and hippocampal complex. Current Opinion in Neurobiology,14(2), 198-202. doi:10.1016/j.conb.2004.03.01
vi  Odendaal, H., Human, M., Groenewald, G., & Bavanisha, V. (2011). Effects of maternal stress and anxiety during pregnancy on the fetus. Obstetrics and Gynaecology Forum,21(1).doi:10.4314/ogf.v21i1.6438