Pergerakan bayi dalam kandungan

Tendangan atau pergerakan baby dalam perut pasti menerujakan setiap bakal ibu. Tetapi apakah puncanya dan bagaimana untuk tahu kekerapan pergerakan bayi dalam kandungan normal ataupun tidak?

Sama ada anak sulung, kedua atau ketiga, tendangan ini akan sentiasa menjadi sebahagian daripada pengalaman menarik bayi yang sedang membesar dalam kandungan anda.

Ibu yang mengandungkan anak sulung mengambil masa lebih lama untuk mengenali dan memahami tendangan ini kerana pergerakannya boleh disangka angin dalam perut atau pergerakan biasa.

Ibu yang berpengalaman pula mudah mengenal pasti apabila bayi dalam kandungan mula bergerak.

Pergerakan ini boleh jadi disebabkan bayi dalam kandungan meregangkan badan, menukar kedudukan atau sekadar bertindak balas terhadap rangsangan pada perut anda.

Apa yang membuatkan baby dalam perut saya bergerak?

Pergerakan bayi dalam kandungan

Tindak balas janin yang anda rasakan boleh dirangsang oleh muzik, cahaya, sentuhan, dan makanan yang anda makan. 

Ibu akan mendapati perut bergerak-gerak apabila mula ‘bercakap’ dan mengusap perut. Selain itu, bayi di dalam kandungan akan bergerak-gerak disebabkan perkara di bawah:

  • Muzik telah dikaitkan dengan perkembangan janin. Walaupun kita tidak pasti sama ada bayi dalam kandungan sukakan muzik klasik, namun anda pasti dapat merasakan reaksinya jika anda menguatkan bunyi muzik. Bukan muzik sahaja yang memberi kesan jangka panjang. Satu kajian yang dijalankan oleh Akademi Sains Kebangsaan menunjukkan, baby dalam perut juga belajar mengenali perkataan semasa dalam kandungan1 .

  • Masuk minggu ke-26, bayi dalam kandungan anda sudah boleh membuka mata dan berkelip, serta retinanya terus terbentuk2. Malah bayi dalam kandungan anda kini sudah boleh bertindak balas terhadap cahaya di luar rahim. Sungguhpun penglihatannya masih kabur, tetapi cahaya terang boleh merangsang pergerakan bayi dalam kandungan.

  • Sentuhan ibu adalah cara berkesan untuk mendapatkan tindak balas dari dalam rahim. Satu kajian mengenai tingkah laku janin menunjukkan, ibu-ibu yang mengusap perut akan merangsang bayi dalam kandungan untuk lebih banyak menggerakkan lengan, kepala dan mulut3.

Bagaimana hendak tahu jika pergerakan bayi terlalu banyak atau terlalu sedikit?

Pergerakan bayi dalam kandungan

Anda patut menyedari pergerakan bayi dalam perut. Bermula sekitar minggu ke-28 (trimester ketiga), luangkan sedikit masa setiap hari untuk mengira tendangan bayi dalam kandungan anda. 

Kebiasaannya doktor atau jururawat yang memantau kehamilan anda akan memberikan jadual pengiraan tendangan bayi untuk anda isi setiap hari.

Jika anda tidak tidur, baby dalam perut yang sihat biasanya bergerak sekurang-kurangnya 10 kali dalam tempoh dua jam. 

Jika anda mendapati bayi dalam kandungan terlalu banyak bergerak, atau jika anda rasa bimbang, cuba duduk di tempat sunyi dan tumpukan perhatian kepada pergerakan bayi dalam kandungan. 

Sekiranya anda masih rasa tidak pasti atau bimbang, segera hubungi doktor anda4.

Tekanan atau stres merupakan satu lagi rangsangan yang boleh memberi kesan terhadap pergerakan bayi. 

Satu kajian di bawah projek Perkembangan Janin John Hopkins menunjukkan, keadaan psikologi ibu boleh mempengaruhi tingkah laku saraf, aktiviti, dan perkembangan bayi dalam kandungan5.

Untuk mengawal tekanan, lakukan senaman yang berlainan seperti yoga selepas mendapat nasihat daripada doktor anda. 

Ia adalah aktiviti fizikal yang dapat memberi ketenangan mental dan membantu menjaga kesihatan anda.

Selain itu, pengambilan makanan yang kaya dengan DHA, vitamin dan mineral penting juga sangat membantu dalam memastikan kesihatan ibu berpanjangan sepanjang kehamilan. 

Contohnya, ibu boleh mengambil susu yang diperkaya kerana ia baik untuk kesihatan diri sendiri dan bayi dalam kandungan. 

Jika anda mendapati baby dalam perut anda kurang bergerak pula, jangan panik. Bayi dalam kandungan banyak tidur. Kurang pergerakan mungkin bermakna janin sedang berehat. 

Jika anda rasa bayi dalam kandungan anda tidak bergerak untuk tempoh yang agak lama, sila hubungi doktor anda atau ke hospital dengan segera.

Apabila tiba minggu ke-24, jika anda masih tidak merasakan pergerakan bayi dalam perut, hubungi doktor untuk memastikan kandungan sihat dan membesar dengan baik.

Menurut Royal College of Obstetricians and Gynaecologists, kedudukan janin juga menentukan sama ada anda boleh merasai pergerakan atau tidak. 

Jika tulang belakang terletak lebih ke hadapan, anda mungkin tidak dapat merasakan sebarang pergerakan walaupun anda dapat melihat gerakannya semasa pemeriksaan ultrasound6.

Seandainya berat badan anda berlebihan (melebihi 80 kg), kemungkinan untuk anda kurang merasakan pergerakan janin juga adalah lebih tinggi7.

Simpan nombor telefon doktor anda supaya mudah dihubungi jika berlaku komplikasi atau timbul sebarang kebimbangan. 

Sentiasa ingat, pelaburan dalam pemakanan serta kesihatan diri anda dan baby dalam perut adalah penting. Justeru, persiapkan diri anda.

Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips kehamilan dan keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi!

Klik di sini untuk sertai.


Rujukan:
  1. Partanen, E., Kujala, T., Näätänen, R., Liitola, A., Sambeth, A., & Huotilainen, M. (2013). Learning-induced neural plasticity of speech processing before birth. Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America, 110(37), 15145–15150. https://doi.org/10.1073/pnas.1302159110. Diakses pada Jun 12, 2023.

  2. 13 to 27 weeks pregnant. https://www.nhs.uk/pregnancy/week-by-week/13-to-27/. Diakses pada Jun 12, 2023.

  3. Marx, V., & Nagy, E. (2015). Fetal Behavioural Responses to Maternal Voice and Touch. PloS one, 10(6), e0129118. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0129118. Diakses pada Jun 12, 2023.

  4. Fetal Movement Counting. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=fetal-movement-counting-90-P02449. Diakses pada Jun 12, 2023.

  5. DiPietro, J. A., Hilton, S. C., Hawkins, M., Costigan, K. A., & Pressman, E. K. (2002). Maternal stress and affect influence fetal neurobehavioral development. Developmental psychology, 38(5), 659–668. https://doi.org/10.1037/0012-1649.38.5.659. Diakses pada Jun 12, 2023.

  6. Reduced Fetal Movements (Green-top Guideline No. 57). https://www.rcog.org.uk/guidance/browse-all-guidance/green-top-guidelines/reduced-fetal-movements-green-top-guideline-no-57/. Diakses pada Jun 12, 2023.

  7. Tuffnell, D. J., Cartmill, R. S., & Lilford, R. J. (1991). Fetal movements; factors affecting their perception. European journal of obstetrics, gynecology, and reproductive biology, 39(3), 165–167. https://doi.org/10.1016/0028-2243(91)90052-m. Diakses pada Jun 12, 2023.