Bantu bayi dalam kandungan anda berkembang ketika usia kandungan 6 minggu

Memasuki minggu ke-6, jantung bayi dalam kandungan anda sudah mula berdegup. Anda boleh membantu perkembangannya dan memastikan pertumbuhan otak yang berterusan dengan pengambilan nutrien seperti DHA dan folat.

Perkembangan pada minggu ke-6 kehamilan

Sukar untuk dibayangkan, bayi kecil dalam kandungan anda dengan kepanjangan hanya 3 mmi, kini mempunyai degupan jantung – ia juga merupakan organ pertama yang berfungsi.

Bentuk bayi ketika kandungan 6 minggu adalah lebih menyerupai seperti berudu yang bergulung dan keadaannya masih belum sempurna. Namun pada tempoh ini, setiap anggota badannya sedang berkembang dengan pantas. Tulangnya sudah mula terbentuk, diikuti dengan pertumbuhan tangan kecil serta bonjolan kakinya. Selain itu, secara perlahan-lahan dua titik hitam di kedua-dua belah muka bayi dalam kandungan akan berkembang membentuk mataii.

Organ yang lain seperti hati dan pankreas juga sudah mula berkembang. Pada minggu ke-6 kehamilan, otak bayi dalam kandungan anda sudah mula membentuk bahagian-bahagian otak dengan jelas dan perkembangan saraf turut berlaku pada masa yang samaiii.

Gejala biasa dialami ibu hamil ketika usia kandungan 6 minggu

Berkemungkinan besar, pada minggu ini anda akan mula mengidam dan ia merupakan salah satu gejala kehamilan yang biasa – loya (mabuk kehamilan). Tip-tip ini akan membantu anda untuk mengurus rasa mengidam dan pada masa yang sama dapat menjaga kesihatan semasa hamil:

  • Buat senarai makanan sihat lain sebagai alternatif. Sebagai contoh, gantikan kerepek kentang yang digoreng rangup kepada bijirin dengan kandungan serat yang tinggi
  • Baca label makanan dengan teliti. Pilih makanan yang menyenaraikan nutrien penting, seperti zat besi dan kalsium pada label mereka. Nutrien utama ini menyokong kehamilan yang sihat dan juga pertumbuhan bayi dalam kandungan anda.

Jika rasa mual dan loya ini memberi tekanan kepada anda, cuba masukkan halia dalam hidangan. Ini kerana ia dapat membantu melegakan rasa yang tidak menyenangkan itu.

Apa yang boleh dilakukan untuk menyokong kehamilan semasa kandungan 6 minggu?

Anda boleh mendorong perkembangan otak bayi dalam kandungan dengan memakan makanan yang tinggi kandungan DHA seperti ikan salmon dan sardin. Selain itu pengambilan makanan tambahan pranatal dan juga nutrien utama, seperti zat besi dan asid folik amat digalakkan. Pastikan anda merujuk kepada doktor sebelum mengambil mana-mana makanan tambahan ibu hamil.

Walaupun usia kandungan baru sebulan lebih, namun tidak terlalu awal untuk anda mula merangsang perkembangan emosi dan kognitif bayi dalam kandungan. Ini dapat dilakukan melalui pengambilan susu yang dirumus secara saintifik dengan DHA dan juga kolina tertinggi.

Dalam masa yang sama, susu juga membantu memenuhi keperluan harian asid folik, protein dan kalsium ibu hamil yang disyorkan oleh pakar. Paling utama, pastikan susu yang diambil adalah jenis rendah lemak berbanding susu penuh krim. Ia bagi membantu mengawal kenaikan berat badan sepanjang tempoh kehamilan.

Cara lain bagi menyokong perkembangan usia kandungan 6 minggu anda ialah dengan sentiasa bertenang dan mengelakkan diri daripada terkesan terhadap pelbagai perkara yang tidak menyenangkan seperti mengidam atau loya.

Ia satu perkara normal untuk anda mempunyai perasaan yang negatif dan perubahan mood ketika trimester pertamaiv. Walau bagaimanapun, kajianv menunjukkan persekitaran boleh memberi impak kepada perkembangan bayi dalam kandungan. Ini bermakna ibu hamil yang tertekan akan menjejaskan kesihatan diri sendiri dan juga bayi yang sedang dikandungnya.

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.

 

Artikel berkaitan:
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-4
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-7
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-9


Rujukan:
i    Pregnancy - week by week. (n.d.). Retrieved March 21, 2017, from https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/pregnancy-week-...
ii   Fetal development: The 1st trimester. (n.d.). Retrieved March 21, 2017, from https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-d...
iii  Your baby at 0-8 weeks pregnancy - Pregnancy and baby guide. (2017, February 28). Retrieved March 20, 2017, from https://www.nhs.uk/pregnancy/week-by-week/
iv  First trimester pregnancy: What to expect. (n.d.). Retrieved March 21, 2017, from https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-d...
v   Lupien, S. J., McEwen, B. S., Gunnar, M. R., & Heim, C. (2009). Effects of stress throughout the lifespan on the brain, behaviour and cognition. Nature Reviews Neuroscience, 10, 434–445.