Posisi tidur ibu hamil, cara tidur ibu hamil, bantal ibu hamil, bantal hamil, tidur terlentang, tidur terlentang bagi ibu hamil, cara tidur wanita hamil, posisi tidur ketika hamil

Susah nak tidur ketika hamil? Ramai ibu mengandung yang sering mengeluh akibat masalah ini. Sebenarnya, posisi tidur ibu hamil memainkan peranan penting bagi menjamin tidur berkualiti sepanjang tiga trimester kehamilan.

Dan tahukah anda - dalam menjaga kualiti tidur ketika hamil, anda juga sedang menyokong perkembangan janin dalam kandungan? Badan anda sedang bekerja keras untuk memupuk dan melindungi “rumah baru” buat janin.

Jantung anda pula bekerja keras mengepam darah yang semakin banyak terhasil. Akibatnya, anda mungkin akan mengalami keletihan pada beberapa bulan pertama.

Oleh itu, apakah cara tidur wanita hamil yang dapat dilakukan bagi mendapatkan waktu rehat malam lebih lena?

Sebelum mengetahui bagaimana ibu hamil boleh mendapatkan tidur yang lena, penting untuk anda tahu apakah posisi tidur ibu hamil yang selamat, dan bagaimana untuk elak posisi yang tidak selamat.

Posisi tidur ibu hamil yang tidak selamat berupaya membawa risiko kecederaan kepada ibu, malah juga janin dalam kandungan. Berikut antara posisi selamat yang anda boleh amalkan:

3 Posisi Tidur Ibu Hamil Yang Selamat

  • Cara tidur wanita hamil mengiring ke sebelah

Posisi tidur mengiring antara posisi tidur ibu hamil yang amat digalakkan pakar1. Ibu hamil disarankan untuk tidur mengiring ke kiri kerana vena besar (inferior vena cava) membolehkan pengaliran darah yang lebih optimum daripada bahagian bawah tubuh ke jantung1.

Malah, oksigen dan nutrisi juga dapat disalurkan dengan semaksimum mungkin kepada janin dalam kandungan melalui plasenta.

Bukan itu sahaja, posisi ini juga lebih selesa buat ibu hamil kerana bahagian abdomen yang semakin membesar. Tapi mungkin anda tertanya-tanya, mengiring ke sebelah kanan ataupun kiri?

Jom kita lihat penerangannya di sini.

  • Tidur mengiring ke sebelah kiri

Tidur mengiring sebelah kiri disarankan sebagai cara tidur wanita hamil yang paling ideal sepanjang kehamilan.

Ini disebabkan posisi tidur mengiring ke sebelah kiri menjamin aliran darah yang lebih optimum kerana urat vena besar (inferior vena cava) dapat mengalir selari dengan tulang belakang anda di sebelah kanan2.

Hal ini menggalakkan pengaliran darah dari jantung dan terus ke janin dalam kandungan, malah juga untuk mengurangkan tekanan pada hati anda.

  • Tidur mengiring ke sebelah kanan

Jika posisi tidur mengiring ke sebelah kiri adalah yang terbaik, adakah anda harus mengelak dari tidur mengiring ke sebelah kanan? Tidak semestinya.

Beberapa kajian menunjukkan kedua-dua belah posisi mengiring ini adalah posisi tidur ibu hamil yang paling selamat dan ideal.

Namun begitu, masih terdapat risiko kecil berlakunya masalah kemampatan pada urat vena besar jika anda selalu tidur menggunakan posisi ini. Walau bagaimanapun, apa yang lebih ditekankan dalam kajian adalah untuk mencapai tahap keselesaan cara tidur ibu hamil yang optimum.

2 Cara Tidur Wanita Hamil Yang Harus Dielak

  • Tidur terlentang

Tahukah anda kenapa tidur terlentang bukanlah posisi tidur ibu hamil yang ideal?

Apabila kehamilan mencecah minggu ke-15 hingga ke-20, rahim akan mula membesar. Jika anda tidur dalam posisi terlentang, ia mampu mengganggu pengaliran darah. Bagaimana ia terjadi? Ini penerangannya:

Menurut Pakar Ob/Gyn di Cleveland Clinic, Dr. Salena Zanotti, tidur terlentang boleh menyebabkan rahim memberikan tekanan kepada saluran darah besar4 (aorta dan inferior vena cava), seterusnya menghalang peredaran darah ke jantung.

Hal ini boleh melambatkan kitaran darah untuk mengalir, sekaligus mengganggu bekalan oksigen serta nutrien yang perlu disalurkan buat janin dalam kandungan.

Malah, terdapat juga kajian yang membuktikan posisi tidur ini meningkatkan risiko kematian janin dalam kandungan (stillbirth)3.

Posisi tidur ketika hamil ini amatlah tidak disarankan oleh pakar3, terutamanya selepas kandungan anda sudah mencecah lebih daripada 5 bulan.

Bukan itu sahaja, posisi tidur terlentang ini juga boleh menyebabkan masalah lain sepanjang kehamilan, seperti - sakit belakang badan, masalah pernafasan, masalah sistem penghadaman, buasir, dan tekanan darah rendah4.

  • Tidur meniarap

Sebaik sahaja perut anda semakin kelihatan, posisi tidur meniarap akan menjadi salah satu posisi tidur ketika hamil yang paling tidak menyelesakan5.

Jadi jika anda masih mengamalkan cara tidur ini, sila ubah tabiat tidur anda itu sejak awal kehamilan lagi.

Pentingnya Posisi Tidur Ibu Hamil Yang Betul Untuk Waktu Rehat Berkualiti

Apabila anda sudah memasuki fasa trimester kedua dan ketiga kehamilan, dengan perut yang semakin membesar, ditambah pula dengan masalah kekejangan kaki, dan kekerapan untuk pergi ke tandas, ini sudah semestinya akan menyebabkan malam anda terganggu dan tidur pun menjadi tidak lena.

Faham dengan situasi yang dialami anda, di sini kami senaraikan 3 strategi untuk tidur yang lebih lena semasa hamil.

Semoga ia boleh membantu anda mendapatkan rehat yang anda dan janin dalam kandungan anda perlukan:

  • Peluk bantal: Posisi tidur ibu hamil ini dapat memberi sokongan pada abdomen, letakkan sebiji bantal di bawah perut. Kemudian, anda juga boleh meletakkan sebiji bantal lain di antara kedua belah lutut. Ini dapat mengurangkan ketegangan dan tekanan pada bahagian belakang badan anda.

  • Melegakan kekejangan kaki: Jika kekejangan kaki menyebabkan anda berjaga, lakukan regangan pada bahagian betis sebelum tidur, minum air dengan cukup, dan amalkan senaman ringan yang mudah. Kesemua cara ini boleh membantu mengurangkan masalah berlakunya kekejangan.

  • Berjaga-jaga dengan penyebab pedih ulu hati: Pedih ulu hati sering menyerang wanita hamil dan ia boleh mengganggu rutin tidur kerana kekerapannya terjadi pada lewat malam. Bagi mengatasi masalah ini, cuba makan dalam kuantiti yang sedikit, elak makanan bergoreng ataupun pedas, jus buah-buahan sitrus, dan minuman berkarbonat.

Seandainya anda masih tidak mendapat cara tidur wanita hamil yang lena, kongsikan isu ini dengan doktor pakar anda. Tidur adalah kunci untuk mengekalkan tenaga yang diperlukan oleh anda malah juga buat janin dalam kandungan.

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.

 

REFERENCES:

1. Safe Sleep Positions During Pregnancy (2020). Retrieved July 17, 2020 from:
https://www.emmasdiary.co.uk/pregnancy-and-birth/2nd-trimester-pregnancy/safe-sleeping-positions-in-pregnancy

2. The Best Position For Sleep During Pregnancy (2020). Retrieved July 17, 2020 from:
https://www.sleep.org/articles/best-pregnancy-sleep-position/

3. Sleep Position In Pregnancy Q&A (2020). Retrieved July 17, 2020 from:
https://www.tommys.org/pregnancy-information/im-pregnant/sleep-position-pregnancy-qa

4. Exactly How Bad Is It To Sleep On Your Back When You’re Pregnant? (2018) Retrieved July 17, 2020 from:
https://health.clevelandclinic.org/exactly-how-bad-is-it-to-sleep-on-your-back-when-youre-pregnant/

5. Should Pregnant Women Avoid Sleeping On Their Backs? (2018). Retrieved July 17, 2020 from:
https://wexnermedical.osu.edu/blog/should-pregnant-women-avoid-sleeping-on-their-backs