Sejauh mana kemajuan inovasi dalam pemakanan kanak-kanak meningkatkan nilai nutrisi yang ada di dalam susu

Susu formula untuk pertumbuhan dan perkembangan anak

Tahun-tahun awal dalam kehidupan kanak-kanak adalah waktu pertumbuhan fizikal, mental, sosial dan emosi yang pantas.  Sewaktu tempoh yang kritikal ini, pemakanan yang baik memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta menyokong tahap kesihatan mereka.1 Perkembangan otak adalah yang paling pantas berlaku pada awal zaman kanak-kanak dan ianya banyak dipengaruhi dengan pemakanan dan pengalaman deria kanak-kanak tentang dunia luar.

Makan hidangan yang sihat dan sempurna setiap hari sering dikaitkan dengan peningkatan fungsi kognitif (terutamanya ingatan) dan mengurangkan ketidakhadiran ke sekolah.2,3 Namun begitu, untuk memastikan setiap kanak-kanak mengambil hidangan yang berkhasiat boleh menjadi sesuatu yang mencabar terutama sekali kepada ibu yang bekerjaya ataupun mereka yang dibebani dengan komitmen yang lain selain daripada menjaga keluarga masing-masing. Makanan yang mudah dan sarat dengan nutrien akan membolehkan para ibu memberikan hidangan yang berkhasiat kepada anak-anak mereka dengan kerap.

Panduan Diet Malaysia untuk Kanakkanak dan Remaja 20134

  1. Minum 2-3 hidangan susu atau produk tenusu sehari

  2. Hidangkan susu dan produk tenusu dengan kreatif

Susu ialah sumber nutrisi yang baik

Susu dan produk tenusu memberi sumbangan yang penting dalam diet kanak-kanak. Susu adalah sejenis makanan yang sarat dengan nutrien dan merupakan sumber yang baik untuk pelbagai jenis nutrien.4 Ia menyediakan tenaga dan protein yang berkualiti tinggi.5 Susu juga memberikan sumbangan yang penting kepada badan dengan membekalkan mikronutrien yang penting seperti kalsium, magnesium, selenium, riboflavin, vitamin B12 dan asid pantotenik.5

Mempertimbangkan nilai nutrisi yang ada dalam susu, Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja 20134 telah menyarankan untuk kanak-kanak minum 2-3 hidangan susu atau produk tenusu dalam sehari. Ini dapat dicapai dengan menghidangkan sarapan, snek tengahari dan minum malam bersama dengan susu. Panduan ini juga menyarankan agar susu dan produk tenusu ini dihidangkan dengan cara yang kreatif, bagi menggalakkan kanak-kanak untuk lebih menyukainya.

Perkembangan susu formula selama ini

penyelidikan susu formula

Sebagai sumber nutrisi yang penting, terdapat banyak inovasi yang telah dibuat dalam perkembangan susu formula. Salah satu contoh inovasi ialah penambahan asid lemak poli tidak tepu berantai panjang (LCPUFA) seperti asid dokosaheksaenoik (DHA). Hasil daripada kajian yang bertahun dijalankan terhadap keselamatan dan manfaat LCPUFA ke atas perkembangan kognitif, kepentingan DHA dalam diet kanak-kanak kecil kini telah diketahui dengan meluas.6,7 Inovasi terkini dalam pemakanan nutrition kanak-kanak ialah penambahan milk fat globule membrane (MFGM) dalam susu formula.

Apa itu MFGM?

MFGM ialah singkatan kepada apa?

Milk Fat Globule Membrane

Lemak susu dirembeskan dalam bentuk titisan dan dipanggil sebagai globul lemak susu / milk fat globules (MFG).  Globul ini disaluti dengan bahagianbahagian membran sel yang membentuk globul lemak susu dan membran (MFGM).8 MFGM ialah campuran yang kompleks lipid berkutub dan membran protein. Komponen MFGM boleh didapati di dalam otak dan oleh kerana itu mungkin memainkan peranan dalam fungsi otak.9 Tambahan pula, satu pemerhatian yang telah dibuat terhadap kanak-kanak yang mengambil susu-diperkaya dengan MFGM selama 4 bulan mendapati kanak-kanak ini telah dinilai oleh ibubapa mereka mempunyai kawalan tingkah-laku dan emosi yang lebih baik. Mereka juga dilaporkan tidak selalu demam berbanding dengan kanakkanak yang diberi susu yang biasa.10

Mengapa penambahan MFGM dalam susu itu penting?

Semasa pemprosesan susu secara komersial, sejumlah komponen MFGM akan hilang. Akan tetapi, kemajuan teknologi terkini telah membolehkan pemisahan MFGM dari lemak globul, lantas penambahan MFGM dari lembu dapat dibuat dalam bentuk yang pekat.8,11 Ini telah membuka jalan untuk komponen MFGM ditambah ke dalam susu formula, lantas menjadikan ini langkah yang terbesar di dalam perkembangan susu formula selepas penemuan DHA.

Pemakanan yang baik amat penting buat kanak-kanak dan susu telah diikitiraf sebagai sumber nutrisi yang penting untuk kanak-kanak. Selama beberapa tahun, terdapat banyak inovasi yang berterusan dalam perkembangan susu formula. Inovasi yang terkini ialah penambahan MFGM ke dalam susu formula.

Rujukan

  1. United Nations Children’s Fund (UNICEF). Improving child nutrition: The achievable imperative for global progress. 2013:6.
  2. Taras HL. Nutrition and student performance at school. J Sch Health 2005;75:199–213.
  3. Rampersaud GC, Pereira MA, Girard BL, et al. Breakfast habits, nutritional status, body weight, and academic performance in children and adolescents. J Am Diet Assoc 2005;105:743–760.
  4. National Coordinating Committee on Food and Nutrition. Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents 2013. Available at: http://nutrition.moh.gov.my/wp-content/uploads/penerbitan/buku/MDG_Child.... Accessed on 14 March 2017.
  5. Food and Agriculture Organization of the United Nations. Milk and dairy products in human nutrition. 2013.
  6. Food and Agriculture Organization of the United Nations. Fats and fatty acids in human nutrition: report of an expert consultation. Rome. FAO 2010:1-189.
  7. Kuratko, CN et al. The relationship of Docosahexaenoic Acid (DHA) with learning and behaviour in healthy children: A review. Nutrients. 2013. 5(7):2777-2810
  8. El-Loly MM. Composition, properties and nutritional aspects of milk fat globule membrane– a review. Pol J Food Nutr Sci 2011;61(1):7-32.
  9. Svennerholm L et al. Distribution and fatty acid composition of phosphoglycerides in normal human brain. Journal of Lipid Research. 1968;9:570-579.
  10. Veereman-Wauters G, Staelens S, Rombaut R, et al. Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Nutrition 2012;28:749-752.
  11. Le TT, Cabaltica AD and Bui VM. Membrane separations in dairy processing. Journal of Food Research and Technology. 2014;2(1):1-14 01/05P24/308