Anak sakit perut

Setiap kali terjadi masalah anak sakit perut, ibu bapa pasti akan terfikir sama ada ia adalah kesakitan biasa atau akibat keadaan kesihatan yang lebih teruk. Ya, anda tidak boleh ambil mudah perkara ini!

Persoalannya, apakah yang ibu bapa perlu tahu dan buat apabila anak mengalami sakit perut dengan tiba-tiba?

 

Apa simptom lazim masalah perut bagi kanak-kanak?

Sebelum pergi lebih lanjut, anda perlu tahu bahawa kesakitan pada perut bagi kanak-kanak itu boleh jadi normal atau bahaya.1 Bagaimana cara untuk mengetahuinya? Lihatlah pada tanda dan gejala mereka.

Sekiranya simptom kondisi tersebut ringan, mereka mungkin hanya mengalami sakit perut yang biasa. Jika simptom yang dialami pada tahap sederhana atau teruk, keadaan ini boleh jadi berbahaya untuk anak anda.1

Terdapat beberapa simptom lazim bagi masalah penghadaman atau pencernaan kanak-kanak, seperti yang berikut:

 

#1. Perut anak menjadi kembung dan keras

Pertama, perut anak keras dan kembung merupakan simptom paling lazim. Kebiasaannya, ia turut hadir bersama masalah angin yang membuat mereka kerap kentut atau sendawa.2

Ia mungkin normal jika mereka terlalu kerap mengambil makanan berlemak, minuman berkarbonat atau tidak sengaja menelan angin. Akan tetapi, kondisi ini sudah tentu menyebabkan rasa sakit dan tidak selesa.2

Sekiranya ia turut terjadi secara serentak dengan masalah lain seperti sembelit yang kronik, anak anda boleh mengalami masalah perut kembung dan keras yang menganggu kehidupan harian mereka.

Anak sakit perut

 

#2. Anak sakit perut memulas

Kadangkala, si kecil mungkin akan mengalami sakit perut akibat keracunan makanan yang membuat perut mereka memulas. Ia seterusnya boleh membawa kepada masalah seperti cirit-birit dan dehidrasi yang kronik.3

Dalam pada itu, masalah sakit perut yang teruk, berpanjangan dan berlarutan dalam satu tempoh masa lama mungkin menandakan kondisi lebih serius seperti reaksi alergi atau masalah pada pundi apendiks.3 

Jika anak sakit perut cirit-birit atau memulas dengan teruk, jangan bertangguh untuk membawa mereka ke pakar!

 

#3. Anak sakit perut sampai menangis

Pernahkah anda lihat anak menangis tanpa henti sambil memegang perut? Ia tentu sahaja disebabkan rasa sakit dan tidak selesa pada perut, selain daripada kelaparan yang turut membuat perut mereka berbunyi.3

Disebabkan ada dalam kalangan kanak-kanak yang mungkin masih belum boleh bercakap, jadi sukar untuk anak mengadu sakit perut lantas membuat ibu bapa keliru. Tangisan itu mungkin petanda ada sesuatu tidak kena pada perut mereka.3

Risiko ulser peptik atau masalah penghadaman lain itu tetap ada, ini adalah petanda amaran untuk membawa si manja berjumpa doktor!

 

#4. Anak rasa mual dan kerap muntah

Rasa kasihan pula apabila melihat anak sakit perut dan muntah. Sebenarnya, ia mungkin adalah perkara normal lebih-lebih lagi jika mereka baru sahaja belajar untuk mencuba memakan sesuatu yang baru.

Walaupun ia mungkin nampak membimbangkan, namun sebenarnya ia merupakan perkara biasa. Kebanyakan kanak-kanak akan memuntahkan semula makanan yang mereka belum biasa dengan aroma, rasa atau teksturnya.

Namun, ia juga mungkin petanda asid refluks!4 Maka, sila kenal pasti atau segera berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis.

 

Tips menangani & mengatasi masalah anak sakit perut!

Sistem penghadaman dan pencernaan manusia itu sangat penting termasuk untuk kanak-kanak. Tanpanya, kita tidak akan dapat memperoleh nutrisi penting daripada makanan untuk fungsi tubuh badan.

Sebagai ibu bapa, terdapat beberapa tips yang penting untuk menjaga kesihatan perut anak anda seperti berikut:

Anak sakit perut

 

Pastikan anak makan dengan tertib

Ibu bapa mana yang tidak rasa seronok apabila anak mereka begitu berselera ketika makan bukan? Namun, ada sebab juga kenapa kita semua digalakkan untuk makan dan minum dengan bersederhana.5

Jadi, anda harus memastikan si comel makan dengan tidak terlalu banyak, tidak terlampau cepat dan tertib. Ini sangat penting bagi mengelakkan masalah dalam perut gara-gara tabiat makan yang buruk.5

 

Bekalkan makanan tinggi serat

Bagi menjaga sistem penghadaman dan pencernaan si manja, mereka memerlukan pengambilan diet yang seimbang.6

Caranya adalah dengan mengambil diet tinggi serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh. Ini penting untuk memudahkan organ perut menghadam dan mencerna nutrisi daripada makanan.6

 

Sediakan makanan sarat prebiotik

Sama penting seperti serat, makanan sarat prebiotik ini bukan sahaja baik untuk kesihatan organ perut malah usus.7

Ini kerana ia boleh membantu menyeimbangkan kadar bakteria baik dan jahat di dalam perut. Dalam pada itu, ia juga akan membantu mengekalkan ekosistem dalam organ ini agar sentiasa di tahap terbaik.7

 

Pastikan anak anda cukup minum air

Sebenarnya, pengambilan air kosong atau air putih ini juga boleh membantu merawat masalah anak sakit perut.8 Ini kerana ia akan memudahkan proses mereka untuk membuang najis yang mungkin terlalu keras atau besar dan membawa masalah sembelit.

Selain dapat membantu mengekalkan penghidratan, ia juga baik untuk kesihatan penghadaman dan pencernaan anak anda.8 Hasilnya, perut anak akan kurang meragam sekali gus menggalakkan tumbesaran dan perkembangan yang sihat dalam kalangan kanak-kanak.

Jadi, adakah anak hanya perlu minum air kosong untuk kekal hidrasi? Tidak semestinya! Pengambilan apa sahaja jenis cecair terutama susu penuh nutrien juga baik bagi membantu tumbesaran anak yang optimum.

Anak sakit perut

Produk susu yang membantu menyokong kesihatan perut anak

Sekiranya masalah anak sakit perut terjadi terlalu kerap, mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan diet mereka. Cuba berikan si manja diet yang seimbang dan sumber susu yang sangat diperlukan.9

Jadi, anda boleh mempertimbangkan produk susu Enfagrow A+ MindPro Gentlease yang sesuai untuk si manja anda!

Diformulasikan dengan partikel protein terhidrolisis yang bersaiz kecil, ia mudah dicerna, dihadam dan diserap oleh perut. Jadi, ia akan membantu masalah perut sensitif kanak-kanak.

Tidak cukup dengan itu, produk ini turut mengandungi pelbagai nutrien lain seperti DHA Plus dan MFGM Pro untuk perkembangan fungsi otak dan sistem imuniti tubuh badan kanak-kanak yang lebih baik.

Jika anak anda ada masalah intoleransi laktosa pula, usah risau! Produk ini memiliki kadar laktosa yang lebih rendah berbanding susu lembu sekali gus membantu mengurangkan masalah anak sakit perut akibat menolak produk tenusu.

Dengan perut dan tubuh badan lebih sihat, tentu sahaja anak anda dapat menjalani kehidupan yang sejahtera bukan?

Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips kehamilan dan keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi! Klik di sini untuk sertai.

Sertai Kelab Enfamama A+


Rujukan:
  1. Abdominal Pain in Children: 7 Possible Causes, https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/abdominal/Pages/Abdominal-Pain-in-Children.aspx, Accessed Nov 21 2023.

  2. Bloating: Causes and Prevention Tips, https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/bloating-causes-and-prevention-tips, Accessed Nov 21 2023.

  3. Stomachache in children: How to know if it's serious, https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/stomachache-in-children-how-to-know-if-its-serious, Accessed Nov 21 2023.

  4. What is nausea and vomiting?, https://childrenswi.org/medical-care/gastroenterology-liver-and-nutrition-program/conditions/nausea-and-vomiting, Accessed Nov 21 2023.

  5. BAD VS GOOD Eating Habits Among Children, https://mypositiveparenting.org/2015/02/15/bad-vs-good-eating-habits-among-children/, Accessed Nov 21 2023

  6. How Much Fiber You Need and Why It Matters, https://health.clevelandclinic.org/fiber/, Accessed Nov 21 2023.

  7. Probiotics, Prebiotics, and the Microbiome, https://badgut.org/information-centre/a-z-digestive-topics/prebiotics-probiotics/, Accessed Nov 21 2023.

  8. Your Digestive System, https://kidshealth.org/en/kids/digestive-system.html, Accessed Nov 21 2023.

  9. Milk Formulated for Kids, https://mypositiveparenting.org/2020/06/30/milk-formulated-for-kids/, Accessed Nov 21 2023.