Sistem pencernaan yang baik adalah penting untuk kesihatan kanak-kanak

 

Sistem pencernaan yang sihat mempunyai banyak implikasi kesihatan. Ini kerana, sistem pencernaan membantu membekalkan badan anak-anak kita dengan khasiat yang penting. Pencernaan akan mengurai makanan yang diambil oleh anak-anak kita menjadi nutrien, yang boleh diserap oleh badan dan digunakan sebagai tenaga, pertumbuhan, dan penyelenggaraan.1 Mikrob yang bermanfaat di dalam sistem pencernaan badan juga akan membantu proses pencernaan lantas meningkatkan daya ketahanan badan terhadap penyakit dan melawan mikrob yang boleh menyebabkan sakit.2

 

Tip-tip berguna untuk sistem pencernaan yang lebih baik

 

 

Makan makanan yang mengandungi banyak pelawas

 

 

Fiber menggalakkan fungsi sistem pencernaan. Ia membantu mengawal pergerakan dalam usus dan menyingkirkan sisa daripada badan anak anda. Fiber juga membantu mengelakkan daripada sembelit atau najis yang keras. Fiber jenis tertentu yang mempunyai ciri-ciri prebiotik juga akan menggalakkan pertumbuhan mikrob yang baik dalam sistem pencernaan manusia.3

 

Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah sumber fiber yang bagus. Jumlah pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang disarankan adalah seperti di bawah4.

 

 Umur
 
 Sayur- sayuran
(Hidangan/hari)
 Buah-buahan
(Hidangan/hari)
  <7 tahun  2  2
  7-18 tahun  ≥3  2

Minum air dengan banyak

 

 

Air akan bertindak bersama-sama pelawas untuk membantu proses penyingkiran najis dan juga sangat disarankan pada mereka yang mengalami masalah sembelit.5

 

 

 

Pengambilan air yang disyorkan untuk kanak-kanak adalah seperti berikut4.

 

 Umur
 
 Air kosong (Gelas, 250ml sehari)
  2-3 tahun   4-18 tahun
  1-2   6-8

 

 

Minum susu yang mudah dicerna dan ringan pada perut

 

 

 

Menurut Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja, kanak-kanak disarankan untuk minum 2 hingga 3 hidangan susu atau produk tenusu setiap hari4. Anda boleh berikan susu yang mudah dicerna dan ringan pada perut sekiranya anak anda mempunyai perut yang sensitif. Dengan kemajuan teknologi dalam bidang pemakanan kanak-kanak, susu untuk membesar kini telah diformulasi dengan protein separa hidrolisis (protein yang telah diuraikan) dan rendah kandungan laktosa telah pun dicipta untuk membantu menyokong proses pencernaan anak anda.

 

 

 

 

Bergerak dan bersenam

 

 

 

Aktiviti fizikal yang ringan dan sederhana mampu menggalakkan penyingkiran najis dan gas. Kajian juga mendapati aktiviti fizikal mampu membantu masalah pencernaan seperti sembelit dan penyakit radang usus besar6 Kanak-kanak disarankan untuk melakukan aktiviti fizikal yang sederhana-lasak selama 60 minit jumlah waktu bermain setiap hari4, seperti bermain tangkap dan baling, menaiki basikal, berjalan pantas atau bermain badminton.

 

 

 

 

Makan hidangan atau snek dengan kerap

 

 

 

Waktu makan yang tetap dan rutin akan membantu tabiat kanak-kanak ke tandas setiap hari. Meninggalkan waktu makan yang rutin atau snek amat tidak digalakkan.7

 

 

 

 

Elakkan makan dengan berlebihan atau makan dengan pantas

 

 

 

Makan secara berlebihan atau makan dengan pantas akan menyebabkan masalah makanan tidak hadam.8 Selain daripada makan makanan yang betul, ibubapa juga perlu memberi perhatian kepada cara anak-anak mereka makan, cth. makanan perlu dikunyah dengan lembut sebelum ditelan dan juga makan tanpa ada gangguan lain supaya mereka sedar apa dan berapa banyak yang mereka makan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

       Rujukan:

  1. The National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases. The digestive system and how it works. Available at https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/digestiv.... Accessed on 1 November 2017.
  2. Gibson GR, Roberfroid MB. Dietary modulation of the human colonic microbiota: introducing the concept of prebiotics. J Nutri. 1995;125(6):1401.
  3. Anderson JW, Baird P, Davis RH, et al. Health benefits of dietary fiber. Nutrition Reviews 2009 ;67(4):188-205.
  4. Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents 2013
  5. Popkin BM, D'anci KE, Rosenberg IH. Water, hydration, and health. Nutrition Reviews. 2010;68(8):439-58.
  6. De Oliveira EP, Burini RC. The impact of physical exercise on the gastrointestinal tract. Current Opinion in Clinical Nutrition & Metabolic Care. 2009;12(5):533-8.
  7. Interior Health Authority. Childhood constipation. Available at https://www.interiorhealth.ca/YourHealth/InfantsChildren/Documents/Child.... Accessed on 1 November 2017.
  8. Mayo Clinic. Indigestion. Available at https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/indigestion/symptoms-caus.... Accessed on 2 November 2017.