Apakah yang anak anda ingin sampaikan apabila mereka menangis pada waktu malam?

1. Tangisan Yang Lazim

  •  Biasanya disebabkan oleh gangguan terhadap jadual biasa anak anda.
  •  Ia mungkin masa untuk anak anda makan atau tidur, atau anak anda terlebih rangsangan.

Children expressing excessive crying

Apa Yang Akan Membantu:

  • Cuba peluk atau berjalan dengan anak anda, yang menghasilkan gerakan dan sentuhan badan.
  • Kebisingan putih ataupun “white noise” (iaitu bunyi yang menyamarkan bunyi-bunyi lain yang mungkin dihasilkan secara semula jadi dalam sesuatu persekitaran) seperti kipas di dalam bilik mungkin boleh membantu.

Comforting your crying child

2. Kelaparan Semata-Mata

Kanak-kanak mungkin menangis pada waktu malam disebabkan lapar.

Apa Yang Akan Membantu:

Berikan anak anda snek ringan contohnya secawan susu suam sebelum menidurkannya.

3. Kitaran Kelaparan-Bergas-Menangis

Sekiranya seseorang kanak-kanak itu makan atau minum dengan terlalu cepat, kanak-kanak tersebut mereka mungkin akan tertelan udara yang berlebihan, yang menyebabkan gas terperangkap di dalam perut.

Apa Yang Akan Membantu:

Berikan anak anda snek ringan di antara masa makan sebelum anak anda menjadi terlalu lapar.

4. Perut Yang Sensitif atau Lemah

Tangisan berterusan yang tidak berkaitan dengan kelaparan, tidur, ataupun ketidakselesaan secara umum mungkin diakibatkan oleh masalah pencernaan yang berpunca daripada sistem pencernaan yang intoleransi terhadap susui.

Apa Yang Akan Membantu:

Sila berjumpa dengan doktor anda untuk mengesahkan sama ada anak anda mungkin mengalami perut atau sistem pencernaan yang intoleransi terhadap susu. Penukaran formula susu yang mengandungi protein yang mudah dicerna (protein separuh hidrolisis) dan kandungan laktosa yang lebih rendah boleh membantu. Enfagrow A+ Gentlease dengan 360° DHA PLUS dirumus khas untuk kanak-kanak yang mempunyai perut sensitif dan membekalkan nutrisi seimbang.

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Enfagrow A+ Gentlease

5. Mimpi Buruk

Kejutan mimpi buruk mungkin lebih cenderung berlaku sekiranya kanak-kanak tersebut adalah tidak sihat ataupun kurang tidur.

Apa Yang Akan Membantu:

Tenangkan anak anda dengan bercakap dengannya dan meyakinkannya bahawa mimpi buruk itu tidak nyata.

6. Ketidakselesaan Lain

  • Bilik yang telah menjadi terlalu panas atau sejuk.
  • Penyakit. Tidak sihat.

Apa Yang Akan Membantu:

  • Jika anda telah cuba kesemua tip di atas dan keadaan anak anda masih tidak bertambah baik,dapatkan nasihat daripada doktor.
  • Jika anda mengesyaki anak anda tidak sihat, periksa suhu badannya; suhu rektum yang melebihi daripada 38 ° C bererti bahawa anda perlu membawa anak anda ke klinik yang terdekat secepat mungkin.

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tips, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.

 

Rujukan:

i) https://www.webmd.com/digestive-disorders/digestive-diseases-lactose-int...

 

Adakah Artikel ini Membantu?