Sakit pinggang ketika hamil merupakan antara masalah yang sering dialami wanita mengandung. Ketidakselesaan ini lebih cenderung terjadi terutamanya pada bulan-bulan terakhir kehamilan.

Tetapi apakah punca yang menyebabkan munculnya sakit belakang ketika hamil? Adakah terdapat cara untuk mengatasinya?

 

Fahami Punca Sakit Pinggang Ketika Hamil

Sakit belakang pada wanita mengandung terjadi disebabkan oleh perubahan pada badan untuk menampung kandungan yang sedang membesar.

Terdapat banyak kemungkinan punca ia berlaku. Berikut adalah antara beberapa faktor yang mungkin menjadi penyebabnya:

Peningkatan hormon

Hormon relaksin yang dikeluarkan semasa kehamilan menyebabkan ligamen pada pelvis menjadi lembut dan sendi longgar sebagai persediaan untuk proses bersalin.

Hormon tersebut juga boleh mengakibatkan ligamen yang menyokong tulang belakang menjadi longgar, kesannya anda mengalami ketidakstabilan dan kesakitan.

Pertambahan berat punca sakit pinggang ketika hamil

Untuk kehamilan yang sihat, adalah normal untuk berlaku pertambahan berat antara 11 hingga 15 kilogram pada bakal ibu. Tulang belakang perlu menyokong berat tersebut, jadi kesannya boleh mengakibatkan ibu alami sakit belakang 2

Berat bayi dalam kandungan dan rahim yang membesar juga memberi tekanan pada saluran darah dan saraf pada pelvis serta belakang badan.

Pusat graviti

Pusat graviti secara beransur-ansur akan bergerak ke hadapan apabila kandungan membesar, sekali gus mengakibatkan berlakunya perubahan pada postur badan.

Postur badan

Kehamilan mengubah pusat graviti badan, kesannya anda mungkin secara beransur-ansur mula menyesuaikan postur badan dan cara pergerakan diri. Keadaan itu boleh mengakibatkan sakit belakang atau ketegangan otot.

Stres penyebab sakit pinggang ketika hamil

Tekanan biasanya terkumpul pada bahagian badan yang lemah. Oleh sebab berlaku perubahan pada bahagian pelvis, menyebabkan anda mungkin mengalami peningkatan sakit belakang semasa tempoh kehamilan.

Tahap kalsium dan vitamin D rendah

Kalsium dan vitamin D mestilah berada dalam tahap yang sihat semasa kehamilan. 

Ini kerana kalsium bermanfaat untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat buat bakal ibu dan bayi dalam kandungan.

Manakala kandungan vitamin D diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium serta fosforus demi kesihatan tulang. 

Kekurangan salah satu atau kedua-dua vitamin dan mineral tersebut boleh menjadi punca sakit belakang ketika hamil.

 

5 Petua Atasi Sakit Belakang Ketika Hamil

Kesakitan pada bahagian belakang badan semasa mengandung bukanlah sesuatu yang mengejutkan, namun ia tidak patut diendahkan.

Pertimbangkan tujuh cara berikut untuk melegakan sakit belakang yang dialami: 

1. Amalkan postur yang baik

Membongkok akan menegangkan tulang belakang. Jadi penggunaan postur badan yang betul semasa duduk atau berdiri adalah langkah terbaik. 

Ketika mengangkat sebarang objek di lantai, pastikan anda mencangkung terlebih dahulu. Jangan membongkok kerana ia boleh menyumbang kepada sakit belakang.

Tidurlah dalam posisi mengiring dan bukannya menelentang. Sebaiknya, tidur mengiring dengan sebelah atau kedua-dua lutut dibengkokkan.

Pertimbangkan untuk menggunakan bantal kehamilan atau sokongan di antara lutut, di bawah perut dan belakang badan.

2. Pengambilan makanan bernutrisi atasi sakit pinggang ketika hamil

Pemakanan semasa mengandung yang bernutrisi dan seimbang amat penting untuk menjamin kehamilan yang sihat.

Selain kalsium dan vitamin D, untuk menyokong tulang yang kuat dan sihat, ibu hamil juga memerlukan nutrien penting seperti DHA, kolina, asid folik, kalsium, protein dan inulin.

Kini terdapat susu untuk ibu mengandung yang dapat memenuhi semua keperluan nutrisi sepanjang tempoh kehamilan ini di pasaran. 

Sebaiknya, pilih susu dengan DHA dan kolina yang tinggi untuk memberikan anda manfaat yang diperlukan.

 

3. Peralatan bersesuaian

Pakailah kasut bertumit rendah dan bukannya bertapak rata. Pastikan ia juga mempunyai sokongan lengkungan yang baik.

Pemakaian kasut bertumit tinggi sebaiknya dielakkan. Ini kerana ia boleh mengalihkan keseimbangan ke hadapan dan mengakibatkan anda terjatuh.

Anda juga mungkin boleh mempertimbangkan untuk memakai tali pinggang sokongan kehamilan. 

Walaupun penyelidikan tentang keberkesanannya terhad, tetapi bagi sesetengah wanita mendapati sokongan tambahan ini membantu mengurangkan rasa sakit pinggang ketika hamil.

4. Mampatan panas, sejuk atau urutan bantu atasi sakit pinggang ketika hamil

Penggunaan pad pemanas atau melakukan urutan di belakang badan boleh membantu melegakan kesakitan yang dialami.

5. Aktiviti fizikal dalam rutin harian atasi sakit belakang ketika hamil

Melakukan aktiviti fizikal secara berkala boleh memastikan belakang badan anda kuat dan mungkin melegakan sakit belakang. 

Sekiranya mendapat persetujuan daripada doktor, lakukan aktiviti intensiti ringan seperti berjalan kaki atau bersenam dalam air. 

Doktor atau ahli terapi fizikal juga boleh mengesyorkan senaman untuk menguatkan belakang badan dan perut anda. 

 

Pemeriksaan Doktor

Sekiranya sakit pinggang ketika hamil berlanjutan, anda disarankan melakukan pemeriksaan doktor untuk mengetahui pilihan rawatan lain yang boleh dicuba.

Pastikan anda berunding dengan doktor sebelum mengambil sebarang jenis ubat tahan sakit bagi membantu melegakan kesakitan.

Dalam kes jarang berlaku, kesakitan belakang badan yang teruk mungkin berkaitan dengan masalah seperti osteoporosis berkaitan kehamilan. 

Kesakitan berkala juga mungkin merupakan tanda kelahiran pramatang. Jadi sekiranya anda mengalami mana-mana gejala ini, sila lakukan pemeriksaan doktor dengan segera.

 

Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips kehamilan dan keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi! Klik di sini untuk sertai.

Sertai Kelab Enfamama A+


Rujukan:
  1. Sakit belakang ketika hamil. Diambil pada April 12, 2023, daripada https://www.hmetro.com.my/WM/2022/01/802237/sakit-belakang-ketika-hamil#.  
     
  2. Back Pain During Pregnancy. Diambil pada April 12, 2023, daripada https://www.acog.org/womens-health/faqs/back-pain-during-pregnancy.  
     
  3. Back pain in pregnancy. Diambil pada April 12, 2023, daripada https://www.nhs.uk/pregnancy/related-conditions/common-symptoms/back-pain/.
     
  4. Vitamin D Deficiency. Diambil pada April 12, 2023, daripada https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/31668885/.
     
  5. Osteomalacia. Diambil pada April 12, 2023, daripada https://www.versusarthritis.org/about-arthritis/conditions/osteomalacia/.