Bantu bayi dalam kandungan anda berkembang pada minggu ke-13 usia kehamilan anda.

Tisu tulang dan struktur otak bayi dalam kandungan anda akan terus berkembang dalam minggu ke-13 usia kehamilan! Juga ketahui bagaimana untuk meningkatkan lagi kesihatan semasa kehamilan anda.

Apa yang berlaku pada Minggu 13 kehamilan saya?

Anda kini berada dalam minggu pertama fasa trimester kedua anda. Tahniah di atas kejayaan menjaga dan memupuk bayi dalam kandungan anda selama ini! Pada ketika ini, bayi dalam kandungan anda sangatlah aktif walaupun anda masih belum dapat merasa pergerakannya lagi.

Tisu tulang sedang membentuk di bahagian kaki, tangan, dan di sekeliling kepalai. Bayi dalam kandungan anda juga sudah mula menghasilkan air kencing dan melepaskannya ke dalam bendalir amniotikii.

Dalam minggu ini juga, pertumbuhan dan perkembangan satu struktur otak yang dikenali sebagai Corpus callosum terus berlaku. Struktur ini bertanggungjawab ke atas komunikasi di antara kedua-dua struktur hemisfera di dalam otakiii.

Apa yang anda boleh jangkakan pada minggu ke-13 kehamilan?

Hidung tersumbat, kesan daripada perubahan hormon yang berlaku ketika hamil adalah satu perkara yang biasa dialami oleh bakal ibu.iv Legakan hidung anda yang tersumbat dan rangsang kesihatan kehamilan anda dengan menggunakan tip-tip ini:

  • Tuam muka dengan tuala suam. Menuam pipi, mata, dan hidung dengan tuala yang suam beberapa kali dalam sehari boleh melegakan hidung yang tersumbat.
  • Tinggikan kepala anda ketika tidur dengan bantal tambahan pada waktu malam.
  • Minum banyak air. Ini akan membantu mencairkan mukus salam hidung anda dan memudahkan anda untuk mengeluarkannya.

Apa yang boleh saya lakukan untuk menyokong kehamilan pada minggu ke-13?

Bakal ibu, jangan abaikan diri anda! Anda perlukan kira-kira 300 tambahan kalori di peringkat iniv, jadi jangan lupa untuk pastikan setiap kalori tambahan itu bermanfaat dengan memilih hidangan dan snek yang sihat dan berkhasiat. Diet yang sihat akan menyokong sistem pertahanan anda dan juga kesihatan semasa kehamilan anda. Rujuk juga pada doktor anda senaman ringan yang boleh anda lakukan di peringkat ini untuk terus cergas dan kuat.

Pastikan juga anda mendapat rehat dan tidur yang secukupnya, kerana kehamilan akan menyebabkan anda merasa sentiasa letihvi.

Jika anda berasa risau tentang apa jua yang berkaitan dengan kehamilan anda, cuba selesaikan isu-isu tersebut secepat yang mungkin. Peningkatan tahap stres bukan sahaja tidak bagus untuk anda, tetapi juga kepada bayi dalam kandungan anda dan ini akan memberi impak negatif kepada perkembangan kognitif dan mentalnya, seperti yang telah dinyatakan dalam kajian yang telah dijalankan.vii Bayangkan sahaja, anda hampir memasuki fasa “berbulan madu” untuk tempoh kehamilan anda!

 

Perkembangan bayi anda meningkat pada minggu ke-14


 

 

Rujukan:
 
i    Fetal development: The 2nd trimester. (n.d.). Retrieved March 21, 2017,
ii   Fetal development: The 2nd trimester. (2015, January 15). Retrieved April 19, 2017, from
iii  Katarzyna Krupa and Monika Bekiesinska-Figatowska, “Congenital and Acquired Abnormalities of the Corpus
     Callosum: A Pictorial Essay,” BioMed Research International, vol. 2013, Article ID 265619, 14 pages, 2013.
     doi:10.1155/2013/265619
iv  Colds and Flu During Pregnancy. (n.d.). Retrieved April 7, 2017, from
v   Pregnancy weight gain: What's healthy? (2017, February 15). Retrieved April 19, 2017, from
     gain/art-20044360?pg=2
vi  Sleep during Pregnancy, Follow these Tips (2016, February 23) Retrieved April 22 2017 from:
     g=1
vii  Lupien, S. J., Mcewen, B. S., Gunnar, M. R., & Heim, C. (2009). Effects of stress throughout thelifespan on the brain,
      behaviour and cognition. Nature Reviews Neuroscience,10(6), 434-445doi:10.1038/nrn2639