Bantu bayi dalam kandungan anda berkembang dalam minggu ke-14 usia kehamilan anda.

Deria rasa dan peti suara bayi dalam kandungan anda sedang berkembang dalam minggu ke-14 usia kehamilan.

Apa yang berlaku pada Minggu 14 kehamilan saya?

Bayi dalam kandungan anda kini sudah boleh menggerakkan matanya, menelani, dan deria rasanya juga sedang berkembang. Bahkan dia juga mungkin akan menghisap ibu jarinya. Peti suara bayi dalam kandungan anda juga sedang membentukii, sebagai persediaan jeritan pertama ketika kelahirannya nanti!

Berukuran sekitar tiga setengah inci (kira- kira 9 sentimeter) panjang, berat bayi dalam kandungan anda kini mencecah satu setengah auns (40 gram).iii

Apa yang boleh saya jangkakan pada minggu ke-14 kehamilan?

Perubahan hormon yang sedang berlaku boleh meningkatkan risiko berlakunya penyakit gusi atau gingivitis (keradangan gusi) ketika hamil.iv

Pertingkatkan kesihatan oral dan kehamilan anda dengan langkah-langkah berikut:

  • Kerap berjumpa dengan doktor gigi, terutama apabila anda perasan apa jua tanda keradangan gusi, seperti gusi membengkak atau gusi berdarah ketika menggosok gigi.
  • Gosok dan flos gigi anda setiap hari.
  • Banyakkan minum air dan kekalkan diet yang seimbang.

Apa yang anda boleh lakukan untuk menyokong kehamilan anda?

Perbanyakkan makan makanan yang kaya dengan nutrien penting termasuklah sumber vitamin C dan zink, bagi menyokong sistem pertahanan badan anda. Ini akan membantu anda supaya sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik sepanjang kehamilan anda, dan dengan ini dapat menjaga dengan sepenuhnya bayi dalam kandungan anda.

Sertakan makanan yang kaya dengan DHA dalam diet anda agar anda dapat terus membantu perkembangan kognitif dan visual bayi dalam kandungan anda. Jangan lupa juga untuk meneruskan pengambilan suplemen asid folik dan zat besi andav.

Selain itu, ibu boleh mendapatkan nutrisi ini dalam segelas susu yang dirumus secara saintifik untuk wanita hamil. Susu ini mengandungi DHA, kolina, asid folik, kalsium dan protein pada tahap yang disyorkan pakar.

Wahai bakal ibu, anda sekarang sedang berada tempoh “berbulan madu” semasa kehamilan anda, ini bermaksud hampir semua gejala kehamilan anda seperti loya telah berakhir dan anda akan menjadi lebih bertenaga.

Nikmati waktu ini bersama pasangan anda dan/atau saudara terdekat anda yang semtiasa menyokong anda, untuk mengeratkan lagi ikatan di antara anda dengan pasangan anda atau saudara anda dan juga dengan bayi di dalam kandungan anda – ini akan mempengaruhi si kecil anda untuk suka tersenyum dan tidaklah asyik bermasam muka!

 

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tips, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.

 

Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-15


 

 

References:
 
i    You and your baby at 13-16 weeks pregnant. (2017, February 28). Retrieved March 20, 2017, from
ii   Pregnancy Week-by-week (n.d.) Retrieved on April 22, 2017 from:      
iii  Fetal development: The 2nd trimester. (2015, January 15). Retrieved April 10, 2017, from  
iv  Teeth and gums in pregnancy. (2016, July 28). Retrieved April 10, 2017, from    
v   World Health Organization, WHO recommendations on antenatal care for a positive pregnancy experience. Geneva:
     WHO Press. 2016. Web. 11 Apr. 2017.