Bantu bayi dalam kandungan anda berkembang pada minggu ke-15 usia kehamilan anda

Minggu ini, tulang dan otot bayi dalam kandungan anda akan bertumbuh semakin kuat. Ketahui perkembangan lain yang bakal berlaku.

Apa yang berlaku pada Minggu 15 kehamilan saya?

Bayi dalam kandungan anda kini membesar semakin kuat! Dimana, sistem tulangi dan otot bayi anda sedang bertumbuh dan berkembang. Manakala, rambutnya juga mula muncul di bahagian kepala dan keningnya. Bulu-bulu halus, yang dipanggil lanugo, juga akan mula tumbuh ke seluruh badannya, yang kini berukuran kira-kira 4 ke 4.5 inci (9.3 ke 10.3 sentimeter) panjang, dari hujung kepala ke bahagian pinggulii, berperanan untuk melindungi kulit.

Bayi dalam kandungan anda sekarang sudah mampu menggerakkan kepala, tangan, dan kakinya dengan baik, ini hasil daripada perkembangan pesat otaknya yang membantu melancarkan kemahiran motor tersebut.

Apa yang boleh saya jangkakan pada minggu ke-15 kehamilan?

Adakah kebelakangan ini anda menjadi seorang yang pelupa atau mudah terganggu? Simtom ini dikenali sebagai “pregnancy brain” yang berkemungkinan disebabkan oleh gabungan perubahan hormon yang turun-naik dan juga masalah kehamilan yang lain seperti stres dan tidak cukup tidur.iii

Ambil langkah pencegahan berikut untuk memastikan anda mempunyai ingatan yang kuat dan fokus, dan ini juga akan meletakkan anda dalam keadaan yang lebih baik untuk menjaga bayi dalam kandungan anda:

  • Dapatkan tidur yang secukupnya. Kurang tidur akan memberi kesan kepada keadaan mental dan fikiran anda.
  • Buat nota peringatan. Dengan membuat senarai tugas-tugas atau perkara yang anda perlu lakukan akan membuatkan anda menjadi lebih teratur.
  • Lakukan senaman yang ringan atau bermeditasi untuk memudahkan minda anda bertenang pada ketika anda mengambil sedikit waktu untuk berehat pada hari-hari yang sibuk

Mungkin pada waktu ini, anda sudah perasan walaupun masih kecil tetapi bump anda sudah mula kelihatan, ini kerana semakin bayi dalam kandungan anda membesar, rahim anda juga akan membesar bagi menampung tumbesarannya. 

Mungkin juga sudah tiba masanya untuk menukar saiz kasut kepada saiz yang lebih besar. Ketika hamil, anda mungkin perlu menukar pemakaian anda, ini termasuklah pakaian dan juga kasut. Ini kerana, badan anda kini sedang menyimpan cecair tambahan - dan ini termasuklah di dalam kaki anda. Pertimbangkan untuk mencuba kasut sarung dalam satu (atau dua saiz) lebih besar dari yang saiz yang biasa anda pakai.

Gejala Kehamilan Minggu 15

Terdapat beberapa gejala baru yang mungkin anda alami pada minggu ke-15 kehamilan. Berikut adalah senarai gejala yang perlu anda perhatikan:

  • Pedih ulu hati / senak kerana hormon. Ini dapat dielakkan berdasarkan pilihan makanan
  • Sesak nafas kerana bayi dalam kandungan anda menekan organ anda
  • Gusi sensitif dan bengkak
  • Sakit badan dari membawa bayi dalam kandungan yang sedang membesar
  • Kesemutan di tangan dan kaki

Apa yang boleh anda lakukan untuk menyokong kehamilan saya pada minggu ke-15?

Makanan yang kaya dengan zat besi - seperti bayam - boleh membantu anda mencegah kekurangan zat besi anemia dan seterusnya dapat mengatasi keletihan yang disebabkan hamiliv. Anda juga perlu sentiasa beringat untuk tidak terlalu memaksa diri anda, dan dapatkan rehat yang secukupnya.

Selain itu, ibu juga boleh memilih susu untuk ibu hamil yang mengandungi nutrien penting yang disyorkan pakar seperti asid folik, kalsium dan protein untuk menyokong keperluan nutrisi ibu dan bayi dalam kandungan.

Ibu yang gembira dan ceria akan membuatkan bayi dalam kandungannya membesar dengan gembira dan ceria, ini kerana perangai dan perasaan si ibu ketika hamil telah dibuktikanv akan memberi impak kepada bayi yang dikandungnya. Ketahuilah bahawa dengan memastikan anda mempunyai waktu kehamilan yang tenang, gembira, dan bebas-tekanan, anda juga sedang memupuk perkembangan holistik - kognitif, emosi, dan fizikal bayi dalam kandungan anda.

Apa kata, rancanglah percutian bersama pasangan anda atau berjalan-jalan bersama keluarga dan teman anda untuk buatkan anda menjadi lebih bersemangat. Anda mungkin tidak dapat pergi melancong ke mana-mana untuk beberapa bulan selepas bayi dalam kandungan anda lahir, jadi ambillah peluang ini untuk menikmati waktu percutian yang sedikit mencabar atau percutian yang santai. Tetapi, pastikan anda berbincang dengan doktor tentang rancangan anda untuk memastikan keselamatan anda dan juga bayi dalam kandungan anda.

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tips, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.

 

Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-16


 

 

 
Rujukan:
 
i     Fetal development: The 2nd trimester. (2015, January 15). Retrieved April 10, 2017, from      
ii    Curtis, G. B., & Schuler, J. (2016). Your Pregnancy Week by Week (8th ed). Philadelphia, PA: DaCapo Press.
iii   Wick, M. (2015, November 12). Does baby brain really exist?. Retrieved April 12, 2017 from    
iv  Iron deficiency anemia during pregnancy: Prevention tips. (n.d.). Retrieved April 05, 2017, from      
v   Study: Depression During Pregnancy Increases a Child’s Risk of Mood Disorders. (2013, October 9).      
     increases-childs-risk-of-mood-disorders-100913#1