6 bulan kehamilanBayi dalam kandungan anda berada pada tahap yang paling aktif sekali pada bulan ke-6 kehamilan anda.  Sokong perkembangan kemahiran motornya dengan protein daripada sumber-sumber ini.

Anda kini sudah pun hamil selama 23 hingga 26 minggu dan bayi dalam kandungan anda sudah menunjukkan betapa ototnya sudah semakin kuat dengan aktif menendang dan bergerak dalam rahim anda.  Ketahui makanan apakah yang akan menggalakkan lagi perkembangan kemahiran motor bayi dalam kandungan anda dan juga membantu menyokong pertumbuhan dan perkembangannya yang menyeluruh.

Pusat fizikal & mental bayi dalam kandungan saya sedang berfungsi pada bulan ke-6 kehamilan

Anda pasti akan merasakan pergerakan yang banyak di dalam rahim anda dalam bulan ini, ini kerana bayi dalam kandungan anda sedang mencuba bergolek, menendang dan berguling untuk melatih kemahiran motornya.  Bayi dalam kandungan anda sedang membuat kehadirannya dirasai, tetapi ini juga disebabkan saiznya yang semakin membesar dalam rahim anda. Berat bayi dalam kandungan anda kini sekitar tiga paun (1.3 kilogram) dan sudah membesar kira-kira 11 hingga 16 inci (28 hingga 40 sentimeter) panjang. Dan anda mungkin sudah pun sedar yang waktu tidur bayi anda sama sekali tidak sama dengan waktu tidur anda! Namun tidak perlu risau, pergerakannya yang tersangat aktif ini akan mula perlahan apabila anda semakin mendekati penghujung kehamilan anda dan ruang untuknya bergerak juga semakin terhad.

Kesemua aktiviti ini pasti akan memberikan manfaat kepadanya pada masa depan kerana bayi dalam kandungan anda sedang berlatih melakukan pergerakan yang akan membantunya untuk makan, minum dan bernafas nanti. Otaknya, yang sedang terus berkembang, juga sedang membantu dia untuk mempelajari kemahiran-kemahiran ini.

Ketika minggu ke-24 hingga minggu ke25, sel-sel neuronnya – iaitu sel yang mengawal impuls saraf, yang telah terbentuk dalam fasa trimester pertama yang lalu – berpindah ke bahagian lain dalam otaknya agar sentiasa bersedia untuk beraksi.

Ketika bayi dalam kandungan anda sedang berusaha keras berlatih kemahiran motornya, anda boleh membantu untuk menyokong kemajuannya dengan mengamalkan pemakanan yang baik dan membekalkan khasiat kepada diri anda dan juga kepada bayi dalam kandungan anda.

Makanan apakah yang boleh anda makan untuk membantu pertumbuhan badan dan otaknya dan juga berkhasiat untuk anda?

Aktiviti fizikal yang banyak dan ditambah dengan perkembangan mental dalam minggu ke-23 hingga minggu ke-26 bermakna tiba masanya untuk anda menilai kembali apa yang anda makan. Anda mahu memastikan kesemua keperluan pemakanan anda mencukupi, dan juga membekalkan kesemua nutrien-nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan anda. Sebagai contoh, diet seimbang anda perlu mengandungi DHA, asid lemak omega-3 yang sangat penting bagi perkembangan otak dan matanya. Bahkan, DHA mewakili sebanyak 97% daripada kesemua asid lemak omega-3 yang terdapat di dalam otak dan 93% asid lemak omega-3 di dalam retina mata1.

Sekarang juga adalah masanya untuk melebihkan pengambilan protein dan ini bermaksud memasukkan ayam, ikan nasi dan telur dalam hidangan anda. Asid amino dalam protein merupakan blok binaan untuk sel-sel bayi dalam kandungan anda dan juga untuk keperluan pertumbuhan badan anda.2

Anda juga perlu meningkatkan jumlah protein yang anda ambil dalam trimester kedua dan ketiga kehamilan anda daripada 45 gram sehari kepada 70 gram sehar3. Telur mengandungi kira-kira 6 gram; secawan susu skim mengandungi 8 gram; setengah cawan tofu mentah mengandungi 20 gram; dan setengah dada ayam yang dibakar mengandungi kira-kira 27 gram protein. Jadi, sepatutnya anda tidak akan menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan protein yang secukupnya.

Minum air yang mencukupi. Air membantu membawa nutrien-nutrien untuk sampai ke sel-sel anda, dan membawa pergi hasil buangan serta mengelakkan anda daripada dehidrasi dan keletihan. Wanita hamil dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 10 gelas air sehari.4

Bantu bayi dalam kandungan anda membina tulang dan gigi yang kuat dengan mendapatkan bekalan kalsium yang secukupnya setiap hari.  Makanan seperti tauhu, satu set tauhu lembut dan garam kalsium, susu soya yang diperkaya dengan kalsium, udang kering, pes bijan, telur masak, dan sayur-sayuran seperti sawi bunga, kailan, sawi pahit, dan brokoli,5 adalah sumber kalsium yang bagus.

Tahukah anda: Bulan Kehamilan ke-6

Bayi dalam kandungan anda sedang belajar untuk “mengabaikan bunyi-bunyian” dan sedang membentuk memori awal dan pembelajaran yang dikenali sebagai ‘tabiat kebiasaan”, yang akan terus berkembang. Ini bermakna dia akan boleh tidur dalam suasana yang dipenuhi dengan bunyibunyian yang telah pun dikenalinya, seperti bunyi bising jalan raya.

Persediaan awal bayi dalam kandungan anda

Di antara minggu ke-23 hingga minggu ke-26, paru-paru bayi dalam kandungan anda akan menghasilkan bahan yang berlemak yang dipanggil surfaktan. Bahan ini akan membantu paru-parunya untuk mengembang dengan lebih mudah, ini kerana selepas tempoh tiga bulan, dia perlu bernafas dengan sendirinya.

Bulan seterusnya, bayi dalam kandungan anda akan mula membina deria yang baru. Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui bagaimana deria menghidunya akan berkembang pada awal trimester ketiga dalam peringkat kehamilan: bulan ke-7.

Hampir kesemua ibubapa akan berbual dengan bayi mereka yang masih lagi belum dilahirkan. Dan pada bulan yang lepas, dia dapat mendengar suara anda buat pertama kalinya. Anda boleh mengetahui sejauh mana perkembangan anda dan bayi dalam kandungan anda dalam peringkat kehamilan: bulan ke-5.

Anda juga boleh mengetahui sebanyak mana lagi protein yang perlu anda ambil di antara trimester yang lalu dan trimester kini untuk membantu pertumbuhan sel-sel bayi dalam kandungan anda. Sumber protein yang pelbagai, seperti ikan, ayam dan telur membolehkan anda memasak dan menyediakan sumber protein ini dengan menggunakan pelbagai resepi yang ada.

Oleh itu,anda boleh pilih susu yang mengandungi asid folik, kalsium dan protein untuk memenuhi keperluan nutrisi ketika mengandung. Protein amat penting untuk pertumbuhan organ bayi dalam kandungan manakala kalsium pula penting untuk menyokong pertumbuhan gigi dan tulang yang lebih kuat.

Ingin mempelajari lebih lanjut tentang bagaimana bayi dalam kandungan anda berkembang sepanjang tempoh kehamilan anda – serta untuk mendapatkan nasihat pemakanan, sokongan dalam talian dan banyak lagi? Jadi daftarlah sebagai ahli Kelab Enfamama A+ untuk menerima artikel baru, tip-tip berguna dan ganjaran yang boleh membantu anda dan bayi dalam kandungan anda!

Tempoh kehamilan anda adalah waktu berlakunya perubahan-perubahan yang menakjubkan dan juga merupakan satu permulaan yang baru untuk anda. Muat Turun aplikasi mobil Kelab Enfamama A+, bagi membantu anda untuk memaksimumkan pengalaman kehamilan anda. Anda boleh mendokumentasikan perjalanan kehamilan anda, mendapatkan tip-tip dan nasihat terbaik tentang detik kehamilan dan juga tentang kehamilan yang sihat.

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik sini.

 

 

Rujukan:

1 Dha baby .com (N/A)
2 Medline Plus, National Institutes of Health. Protein in diet. Downloaded from https:www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/002467.htm . Accessed on October 2015.
4 Mayo Clinic. Water: How much should you drink every day? Downloaded from http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating.... Accessed on October 2015.