Bantu perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-39 kehamilan anda

Anda kini memasuki trimester ketiga kehamilan anda! Mental & fizikal bayi dalam kandungan anda kini berkembang dengan cepat dari minggu ke-28 dan seterusnya. Pelajari tip-tip untuk menambah DHA ke dalam diet anda untuk diri anda dan bayi dalam kandungan anda.

Apa yang sedang berlaku pada minggu ini?

Tali pusat bayi dalam kandungan anda yang selama ini yang membolehkannya untuk menerima nutrien-nutrien yang telah anda ambil selama hampir sembilan bulan ini, ialah kira-kira dua kaki panjang.i Usus besarnya juga kini telah mengandungi sisanya yang pertama yang dikenali sebagai mekoniumii, yang akan dikeluarkan selepas proses bersalin.

Sistem pertahanan badan bayi dalam kandungan anda menggunakan antibodi yang telah anda berikan kepadanya. Menariknya, otak bayi dalam kandungan anda kini telah membina sebanyak 100 bilion sel neuron otak, yang bertanggungjawab untuk pelbagai fungsi termasuklah belajar dan fungsi memori.

Dengan berat sebanyak 7.25 paun (3.3 kilogram), bayi dalam kandungan anda kini berukuran kira-kira 20 inci (50.5 sentimeter) panjang dari hujung kepala ke hujung kaki.

Berhati-hati dengan air ketuban anda, pecah atau tidak. Jika pecah, air ketuban anda akan menitis atau memancut sedikitviii tidaklah air ketuban tersebut membuak seperti air yang tumpah seperti yang anda bayangkan. Seandainya air ketuban anda tidak pecah, dan anda mengalami tanda-tanda bersalin, dan anda sudah melewati tarikh jangkaan bersalin anda, doktor akan memecahkan air ketuban anda untuk membantu proses bersalin. Ingat, berbincanglah dengan doktor anda tentang perkara ini, dan juga gejala pra-bersalin yang lain.

Apa yang anda boleh jangkakan? 

Seandainya anda mengalami kebocoran cecair vagina, itu mungkin bukanlah petanda untuk bersalin dengan segera tetapi ianya mungkin membran pecah pramatang (PROM).v Berikut bagaimana mengekalkan kehamilan yang sihat sehingga akhir:

  • Hubungi doktor anda secepat mungkin. Ujian di hospital akan menentukan adakah membran anda pecah atau tidak.iv
  • Ketahui petanda untuk bersalin yang lain. Pengecutan rahim boleh menjadi isyarat kepada bermulanya proses bersalin. Pengecutan yang tidak selesa ini akan berlaku pada tempoh yang tetap dan semakin lama menjadi semakin kuat dan panjang.vii

Apa yang anda boleh lakukan untuk menyokong kehamilan anda?

Ini adalah waktu untuk pecutan terakhir pertumbuhan bayi dalam kandungan anda, jadi teruskan memakan makanan yang mengandungi nutrien-nutrien penting. Sokong perkembangan mental dan fizikal bayi dalam kandungan anda dengan mengekalkan pengambilan nutrien-nutrien seperti DHA, zat besi, zink, kolina, dan folat di dalam diet anda setiap hari.

Jangan terlalu memaksa diri untuk dua minggu yang terakhir ini. Rehatlah sebanyak yang mungkin, kerana anda perlu menyimpan tenaga untuk digunakan semasa bersalin nanti.

Jika anda berasa risau dan ada perkara yang anda bimbangkan, sekarang adalah waktunya untuk berkongsi dengan pasangan anda, ahli keluarga anda yang terdekat, atau dengan doktor anda untuk penyelesaian yang cepat dan positif. Tumpukan perhatian untuk menguatkan lagi ikatan di antara anda dengan bayi dalam kandungan anda yang telah anda pupuk dan jaga sepanjang tempoh kehamilan anda. 

 


 

 

Rujukan:
 
i.    Baby Development: Weeks 37 – 38. (n.d.). Retrieved April 16, 2017 from        
ii    You and your baby at 37-40 weeks pregnant. (2017, March 31). Retrieved April 10, 2017, from      
iii   Prenatal Form and Function – The Making of an Earth Suit. (n.d.). Retrieved February 20, 2017, from      
iv   Curtis, G. B., & Schuler, J. (2016). Your Pregnancy Week by Week (8th ed.). Philadelphia, PA: Da Capo Press.
v    Preterm Premature Rupture of Membranes (PPROM). (n.d.). Retrieved February 20, 2017, from      
vi   Premature rupture of membranes: MedlinePlus Medical Encyclopedia. (n.d.). Retrieved February 20, 2017, from      
vii  Premature Labor. Sutter Health, California Pacific Medical Center. Retrieved 29 May 2017 from,    
viii Water breaking: Understand this sign of labor. (2016, October 18). Retrieved April 11, 2017, from