Kandungan 27 minggu

Ketika sedang hamil, pastinya anda ingin mengetahui perkembangan semasa janin dalam kandungan agar ia berkembang sihat seperti yang diharapkan. Anda tahu apa yang terjadi pada bayi dalam rahim ketika kandungan 27 minggu? Ini apa yang berlaku ketika anda hamil 27 minggu. 

 

Bantu janin berkembang ketika usia kandungan 27 minggu

Pada minggu ke-27, deria rasa bayi dalam kandungan anda kini menjadi lebih sensitif.

Pada fasa ini, ibu-ibu hamil digalakkan untuk makan lebih banyak makanan berkhasiat setiap masa.

Ini bagi memberikan bayi dalam kandungan permulaan yang sihat dalam hidupnya.

 

Apa yang sedang berlaku pada minggu ini?

Kandungan 27 minggu

Pada minggu ke-27, paru-paru, otak, dan sistem penghadaman bayi dalam kandungan anda masih terus berkembang. 

Bukan itu sahaja, deria pendengarannya juga menjadi semakin jelas setiap hari. 

Pada ketika ini, bayi dalam kandungan mungkin sudah mampu membezakan suara anda daripada pelbagai bunyi lain yang didengarinya1

Oleh itu, jika anda mahu mula bercakap dengannya, ini merupakan saat yang terbaik. 

Selain itu, tumbesaran fizikalnya juga berkembang dengan baik

Dengan pertumbuhan yang stabil pada minggu-minggu yang lalu, bayi dalam kandungan anda kini berukuran lebih daripada 14 inci (36 sentimeter) panjang, dari hujung kepala ke hujung kaki. 

Berapa pula berat janin 27 minggu dalam kandungan? Pada ketika ini, beratnya sudah sekitar 2 paun atau 875 gram2.

 

Apa yang boleh anda jangkakan pada usia kandungan 27 minggu?

Seperti minggu-minggu lain, ibu hamil akan mengalami beberapa perkara yang berkaitan dengan perkembangan kehamilan semasa.

Salah satunya ialah kekerapan membuang angin. 

Membuang angin sememangnya sesuatu yang boleh membuatkan kita berasa agak malu. 

Akan tetapi, ia adalah satu perkara yang biasa dialami oleh bakal ibu 3

Namun begitu, anda tidak perlu risau. Jadikan trimester ketiga anda ini sebagai tempoh yang santai dan selesa. 

Anda boleh mengawal masalah membuang angin menerusi tip-tip di bawah ini:

  • Jaga diet anda. Makanan tertentu mungkin akan menyebabkan anda mengalami kembung perut ketika kandungan 27 minggu. Elakkan makanan yang bergoreng, berlemak dan pedas. Selain itu, elakkan juga minuman berkarbonat kerana minuman ini akan menyebabkan penghasilan gas dalam perut4.

  • Makan dengan saiz kecil dan perlahan-lahan. Saranan ini agar anda tidak tertelan banyak udara yang akan menyebabkan kembung perut. Ibu juga disarankan untuk makan dengan saiz hidangan yang kecil sepanjang hari5.

  • Bersenam. Dengan berjalan kaki sahaja selepas makan, ia juga mampu merangsang sistem penghadaman dan mengurangkan kebarangkalian untuk anda membuang angin 6. Dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan apa jua jenis senaman.

 

Apa anda boleh lakukan untuk menyokong kandungan ketika hamil 27 minggu?

Kandungan 27 minggu

Kini, apabila deria rasa bayi dalam kandungan anda telah berkembang, cuba dedahkannya dengan rasa pelbagai jenis makanan sejak dari dalam rahim lagi. 

Anda boleh lakukannya dengan meneruskan pemakanan sihat dan seimbang sepanjang kandungan 27 minggu ini.  

Pemakanan yang sihat dan seimbang juga penting untuk menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan anda. 

Pilihlah sumber makanan yang kaya dengan nutrien-nutrien penting seperti kalsium, protein, vitamin D, zat besi, folat dan juga kolina

Sebagai contoh, kalsium membantu memperkuatkan tulang ibu dan juga bayi dalam rahim. 

Selain itu, folat dan kolina pula masing-masing berperanan membina sistem saraf yang sihat dan menyokong perkembangan otak janin. 

Begitu juga dengan zat besi yang penting dalam menghasilkan sel darah merah yang menyokong penghantaran oksigen sepanjang masa kepada janin. 

Oleh itu, jangan abaikan pengambilan makanan sihat sepanjang fasa kehamilan anda ini. 

Diet pemakanan seimbang sememangnya bermanfaat untuk kesihatan menyeluruh diri sendiri dan bayi dalam kandungan anda.

Sebelum itu, adakah anda sudah menyertai kelas pranatal ketika kandungan 27 minggu ini? 

Jika masih belum, apa kata anda pertimbangkan untuk menyertai kelas pranatal.

Ini adalah waktu yang sesuai untuk berbuat demikian kerana kelas ini menawarkan pelbagai panduan tentang proses bersalin. 

Selain itu, ia juga bermanfaat agar anda lebih bersedia untuk menyambut kelahiran cahaya mata baharu. 

Kelas ini juga adalah cara yang bagus untuk pasangan atau ahli keluarga terdekat anda untuk sama- sama belajar apa sebenarnya yang berlaku sewaktu proses bersalin. 

Mereka juga boleh mengetahui bagaimana untuk memberi sokongan kepada anda pada waktu tersebut. 

Jangan lupa untuk sentiasa berkomunikasi dengan bayi dalam kandungan anda ketika kandungan 27 minggu ini. 

Mungkin anda berasa agak mengarut apabila bercakap seorang diri seolah-olah berbual dengan bayi dalam rahim sekarang. 

Tetapi anda tidak perlu risau, kerana janin sememangnya dapat mendengar suara di luar. Tentunya, si manja akan berasa tenteram apabila mendengar suara dan merasakan sentuhan anda. 

Kesemua ini akan membantu pertumbuhan IQ dan EQnya semenjak dia berada di dalam rahim lagi.

 

Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips kehamilan dan keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi! Klik di sini untuk sertai.

Sertai Kelab Enfamama A+


Rujukan:
  1. When can my unborn baby hear me? I'd love to be able to read and sing to them. https://www.healthychildren.org/English/tips-tools/ask-the-pediatrician/Pages/I%E2%80%99m-pregnant-and-would-like-to-sing-to-my-unborn-baby.aspx#:~:text=At%2027%20to%2029%20weeks,reading%20and%20singing%20to%20them. Diakses pada Julai 28, 2023.

  2. Fetal Growth Chart. https://babyyourbaby.org/pregnancy/during-pregnancy/fetal-chart/.

  3. Pregnancy Gas https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-health-wellness/gas-during-pregnancy/.

  4. Eating During Pregnancy. https://kidshealth.org/en/parents/eating-pregnancy.html.

  5. What Can I Do to Stop Passing Gas During My Pregnancy? https://www.hopkinsallchildrens.org/Patients-Families/Health-Library/HealthDocNew/What-Can-I-Do-to-Stop-Passing-Gas-During-My-Pregna.

  6. Exercise during pregnancy. https://www.marchofdimes.org/find-support/topics/pregnancy/exercise-during-pregnancy.