Apabila usia kandungan 29 minggu, ini bererti anda sudah memasuki bulan ke-8 kehamilan. Tahniah!  Namun dalam masa yang sama, anda masih perlu menjaga kesihatan dan pemakanan sepanjang tempoh hamil 29 minggu dan seterusnya.

Ini kerana bayi dalam kandungan anda masih dalam fasa perkembangan dan memerlukan nutrien mencukupi untuk membantu proses tersebut.

Jom ketahui lebih lanjut mengenai perkembangan bayi dalam kandungan anda untuk minggu ini.

Bantu perkembangan bayi semasa usia kandungan 29 minggu

Benih gigi bayi dalam kandungan sedang membentuk menjelang minggu ke-29 usia kehamilan. 

Oleh itu, bagi membantu proses tersebut, ibu mengandung disarankan untuk memperbanyakkan makan makanan yang kaya dengan kalsium.

Ini bagi menyokong peningkatan keperluan semasa hamil 29 minggu selain membantu bayi dalam kandungan anda untuk membina tulang dan gigi yang kuat.

Apa yang sedang berlaku semasa hamil 29 minggu?

Pada waktu ini, tulang bayi (usia kandungan 29 minggu) sudah terbentuk dengan sempurna dan tendangan si dia semakin bertambah. Bahkan dalam tempoh masa 2 jam1, anda dapat merasakan 10 pergerakan daripada bayi dalam kandungan.

Berat bayi dalam kandungan pada minggu ini dianggarkan kira-kira 2.5 paun (1.2 kilogram), dan berukuran kira-kira 15.25 inci (38 sentimeter) panjang dari hujung rambut ke hujung kaki2.

Ini antara perubahan yang akan berlaku

Perubahan-perubahan hormon semasa hamil 29 minggu mungkin akan menyebabkan emosi yang tidak menentu.

Namun untuk menikmati tempoh kehamilan dengan lebih baik, anda boleh mengawal kegelisahan ketika hamil dan perubahan emosi dengan langkah-langkah ini:

  • Menyertai kelas pranatal. Mempelajari tentang trimester ketiga dengan lebih mendalam dan apa yang perlu dilakukan ketika bersalin mungkin akan dapat membantu meredakan kerisauan anda.

  • Berkenalan dengan bakal ibu yang lain. Berkongsi tentang perasaan anda dan mendengar pengalaman orang lain mungkin boleh melegakan kegelisahan yang dialami.

Apa yang saya lakukan untuk menyokong usia kandungan 29 minggu?

Walaupun anda sudah berada pada trimester ketiga, aspek pemakanan masih perlu dititik beratkan. Sebaiknya, teruskan mengambil hidangan yang sihat untuk menyokong perkembangan bayi dalam kandungan anda.

Antara makanan terbaik untuk diambil semasa usia kandungan 29 minggu ini adalah produk tenusu yang kaya dengan kalsium secara semula jadi. Ia dapat menyokong keperluan tambahan anda selain untuk perkembangan tulang dan gigi bayi dalam kandungan.

Pengambilan susu yang dirumus secara saintifik dengan DHA dan juga kolina amat disarankan ketika hamil 29 minggu.

Di samping dapat membantu menyokong perkembangan otak bayi dalam kandungan, pakar mengesyorkan ibu mengandung untuk minum susu kerana ia berperanan memenuhi keperluan harian asid folik, protein dan kalsium.

Selain itu, ibu hamil juga disarankan untuk memilih susu yang mengandungi kandungan lemak yang rendah bagi mengawal peningkatan berat badan. Ini kerana peningkatan berat badan secara berlebihan boleh mengundang risiko masalah kesihatan yang lain.

Sementara menunggu waktu bersalin yang semakin hampir, apa kata anda membuat catatan jurnal kerana ia dapat menceriakan diri dan bayi dalam kandungan. Kajian menunjukkan, catatan luahan perasaan adalah salah satu cara yang bagus untuk mencari ketenangan3.

Anda boleh membuat dua jurnal yang berbeza semasa hamil 29 minggu ini – satu jurnal untuk mencatatkan segala kekhuatiran diri, dan jurnal kedua bagi menceritakan betapa terujanya anda untuk bertemu dengan bayi dalam kandungan. Anda boleh berkongsikan jurnal ini dengan cahaya mata anda apabila sudah dewasa nanti.

Ketenangan adalah sangat penting semasa kehamilan, lebih-lebih lagi semasa usia kandungan 29 minggu. Ia mustahak bagi memastikan tahap tekanan anda sentiasa rendah.

Menurut kajian4, tahap tekanan yang tinggi dalam jangka masa yang lama akan memberi kesan negatif kepada perkembangan bayi dalam kandungan. Sudah tentu anda tidak mahu ia terjadi, bukan? Jadi, elakkan diri anda daripada punca-punca tekanan yang berlebihan.

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.

 

Artikel berkaitan:
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-28
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-30


Rujukan:
1. Griffin R.M. (2016, May 10). Daily Fetal Movement Assessment. Retrieved April 2 from: http://www.webmd.com/baby/daily-fetal-movement-assessment
2. Week-by-week guide to pregnancy. Retrieved 1 June 2017 from: https://www.nhs.uk/start4life/pregnancy/week-by-week/3rd-trimester/week-29/
3. Writing about emotions may ease stress and trauma. Retrieved 1 June 2017 from: http://www.health.harvard.edu/healthbeat/writing-about-emotions-may-ease
4. Monk, C., Fifer, W. P., Myers, M. M., Sloan, R. P., Trien, L., & Hurtado, A. (2000). Maternal stress responses and anxiety during pregnancy: Effects on fetal heart rate. Developmental Psychobiology,36 (1), 6