Bantu perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-28 kehamilan anda

Anda kini sedang memasuki trimester ketiga kehamilan anda! Perkembangan mental & fizikal bayi dalam kandungan anda terus berlaku dengan pantas dari minggu ke-28 dan seterusnya. Pelajari lebih banyak tip-tip menambah lebih DHA di dalam diet anda untuk anda dan bayi dalam kandungan anda.

Apa yang sedang berlaku pada minggu ini?

Bayi dalam kandungan anda kini sedang dibuai mimpi indah, sekarang dia sedang mengalami tidur REM (pergerakan mata yang pantas)i. Degupan jantungnya dapat didengari melalui stetoskop.

Sementara itu, jumlah tisu otak bayi dalam kandungan anda semakin bertambah pada minggu ini, dan otak bayi dalam kandungan anda mula membentuk alur pada permukaan yang rata sebelum iniii. Dapat diperhatikan, lebih daripada 50% daripada tenaganya akan disalurkan untuk pertumbuhan otak pada minggu-minggu yang seterusnyaiii.

Dari minggu ini dan minggu-minggu yang seterusnya sepanjang trimester terakhir anda, bayi dalam kandungan anda akan mula mengumpul lemak dengan cepat.

Sebesar sebiji timun yang comel, bayi dalam kandungan anda kini berukuran kira-kira 14.75 inci (37 sentimeter) panjang dari hujung kepala ke hujung kaki dan keberatannya mencecah 2.25 paun (1 kilogram).ii

Apa yang boleh anda jangkakan? 

Berat badan yang kian bertambah sehingga kini akan memberikan tekanan kepada otot kaki anda, dan ini mungkin akan membawa kepada kekejangan kaki.iv

Jadikan waktu terakhir kehamilan anda waktu yang selesa dan elakkan kekejangan otot dengan mengamalkan langkah-langkah ini:

  • Urut betis anda untuk melonggarkan otot apabila kekejangan berlaku. Anda juga mungkin mahu mencuba senaman kaki yang ringkas untuk memastikan peredaran darah lancar.
  • Meninggikan kaki anda. Ini akan meredakan tekanan dan membenarkan otot kaki anda untuk berehat.
  • Kerap bersenam. Bersenam dapat mengelakkan kesan kekejangan kaki semasa hamil, tetapi anda perlu merujuk kepada doktor anda terlebih dahulu tentang jenis senaman yang sesuai untuk anda.

Apa yang anda boleh lakukan untuk menyokong kehamilan anda?

Kerap melakukan senaman yang ringan (dengan nasihat dan persetujuan doktor anda) untuk membantu mengekalkan kandungan gula dalam darah pada tahap yang sihat – yang sudah pasti telah pun diperiksa pada peringkat kehamilan sekarang untuk menentukan sekiranya anda mempunyai diabetes semasa hamilv.

Teruskan pengambilan makanan yang kaya dengan DHA sepanjang trimester terakhir anda untuk menyokong keperluan perkembangan mental & fizikal anda dan bayi dalam kandungan anda yang semakin meningkat dan juga makanan yang kaya dengan khasiat nutrien-nutrien penting yang lain seperti zat besi, zink, kuprum, kolina dan folat yang juga penting untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan anda.vi

Apabila anda kini berada pada trimester terakhir kehamilan anda, sudah pasti anda mula membayangkan segala kemungkinan yang akan berlaku. Rekodlah kesemuanya ini dengan membuat sebuah diari untuk si kecil anda dan penuhi dengan impian dan harapan anda. Satu masa nanti, apabila si kecil anda sudah dewasa, anda boleh berikan diari ini sebagai tanda ingatan anda sepanjang kehamilan anda.

 


 

 

Rujukan:
 
i.   Webster, I. (2015). Healthy Pregnancy from A to Z: An Expectant Parent's Guide to Wellness. Inspiring, p.81.
ii   Curtis, G. B., & Schuler, J. (2016). Your Pregnancy Week by Week (8th ed.). Philadelphia, PA: Da Capo Press
iii  Rapid Brain Growth. (n,d.). Retrieved April 11, 2017, from https://www.ehd.org/movies.php?mov_id=239
iv  Pregnancy and Leg cramps. (2015, July). Retrieved April 11, 2017, from
v   Gestational Diabetes – Tests and diagnosis. (2014, April 15). Retrieved April 10, 2017, from      
vi  Georgieff, M. K. (2007) Nutrition and the developing brain: nutrient priorities and measurement. American Journal of
     Clinical Nutrition. 85(2):614S-620S.