Bantu perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-30 kehamilan anda

Kekalkan makanan yang kaya dengan zat besi dalam hidangan anda setiap hari, terutama dalam minggu ke-30 sewaktu kandungan sel darah merah bayi dalam kandungan anda meningkat.

Apa yang sedang berlaku pada minggu ini?

Tulang sumsum bayi dalam kandungan anda sedang menghasilkan lebih banyak sel darah merah secara progresif,i kerana ia sekarang telah menjadi pusat utama penghasilan sel darah merah. Pada awalnya, penghasilan darah merah ini dihasilkan oleh kumpulan tisu, yang kemudiannya diambil alih oleh limpaii. Penghasilan sel darah merah yang meningkat adalah untuk mengangkut oksigen ke seluruh tisu badannya, ini termasuklah ke bahagian otak.

Pada bahagian perkembangan otak, alur-alur dan lekukan terus membentuk pada otak bayi dalam kandungan anda. Ini akan membolehkan tisu otak untuk terus bertumbuh.

Bayi dalam kandungan anda juga sedang berlatih untuk tarikan nafasnya yang pertama pada saat ketibaannya ke dunia luar.

Berat bayi dalam kandungan anda sekarang adalah kira-kira tiga paun (1.3 kilogram) dan berukuran kira-kira 15.75 inci (40 sentimeter) panjang dari hujung kepala ke hujung kaki.iii

Apa yang anda boleh jangkakan?

Pada trimester ketiga ini, anda mungkin menjadi lebih cemerkap. Ini kerana, perut anda yang semakin membesar akan menyebabkan pusat graviti anda berubah, ditambah pula dengan perubahan-perubahan hormon yang akan menyebabkan sendi anda melonggar.iv Lindungi diri anda dan juga si kecil anda dengan langkah-langkah ini:

  • Sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling anda. Sentiasa lebih berhati-hati apabila berjalan di atas permukaan yang basah atau permukaan yang mungkin licin ataupun gunalah laluan yang lain.
  • Memakai kasut bertumit rendah yang bertapak getah agar kebarangkalian untuk anda tergelincir itu rendah.
  • Minta pertolongan daripada pasangan anda, rakan atau ahli keluarga untuk membantu anda melakukan sesuatu kerja, terutama apabila ia melibatkan pekerjaan mengangkat barang yang berat.

Apa yang anda boleh lakukan untuk menyokong kehamilan anda?

Teruskan menghidangkan makanan yang kaya dengan zat besi seperti bayam dan daging ayam dan daging merah dalam hidangan harian anda untuk membantu penghasilan sel darah merah anda dan bayi dalam kandungan anda. Jangan lupa untuk mengambil makanan tambahan yang mungkin mengandungi zat besi, asid folik dan kalsium seperti yang disarankan oleh doktor anda.

Oleh itu,anda boleh pilih susu yang mengandungi asid folik, kalsium dan protein untuk memenuhi keperluan nutrisi ketika mengandung. Protein amat penting untuk pertumbuhan organ bayi dalam kandungan manakala kalsium pula penting untuk pertumbuhan gigi dan tulang lebih kuat.

Hargai detik dan waktu bersama pasangan anda sekarang, sebelum menghadapi fasa yang lebih menarik dalam hidup dan selepas ini. Bayi dalam kandungan anda mungkin juga akan membuat tendangan atau pergerakan yang teruja sebagai tindak balas kepada sentuhan anda. Ini adalah salah satu cara yang menyeronokkan untuk berkomunikasi dengan bayi dalam kandungan anda semasa hamil.

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik sini.

 

Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-31


 

Rujukan:
i.     Fetal development: The 1st trimester. (n.d.). Retrieved March 21, 2017, from http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-de...
ii     Susan Tucker Blackburn, Maternal, Fetal, & Neonatal Physiology: A Clinical Perspective. (1992). Missouri: Saunders Elsevier.
iii    Curtis, G. B., & Schuler, J. (2016). Your Pregnancy Week by Week (8th ed.). Philadelphia, PA: Da Capo Press.
iv    Clumsiness during pregnancy. (n.d.). Retrieved April 12, 2017, from http://www.nuhgynae.com.sg/cos/o.x?c=/wbn/pagetree&func=view&rid=103968