Bantu perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-31 kehamilan anda

Teruskan menyokong perkembangan otak bayi dalam kandungan anda.

Apa yang sedang berlaku pada minggu ini?

Kesemua sistem di dalam badannya sedang bersiap sedia. Ini termasuklah sistem pencernaannya supaya nanti dia boleh mendapatkan khasiat dan sistem saraf pusati untuk mengawal suhu badan.

Bayi dalam kandungan anda juga sedang membuat ber-trillion hubungan otak.ii Ini membantu si dia untuk memproses pengalaman-pengalaman derianya, seperti mengesan cahaya yang terang atau bertindak balas terhadap bunyi-bunyian yang didengari olehnya.

Dengan berat sebanyak 3 paun (1.5 kilogram) kini, bayi dalam kandungan anda berukuran kira-kira 16 inci (41 sentimeter) panjang dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.iii

Apa yang anda boleh jangkakan?

Sekarang, perut anda juga sudah kelihatan sangat besar. Anda mungkin akan mudah merasa tercungap-cungap, ini kerana uterus anda yang kian membesar akan menekan paru-paru anda ke atas.iv Senaman yang kerap akan lebih membuatkan anda berasa lebih selesa. Ini kerana, anda tidak akan mudah termengah-mengah atau tercungap-cungap sekiranya anda mempunyai stamina yang tinggi dan juga pertambahan berat yang sihat. Anda perlu ingat untuk merujuk kepada doktor anda sebelum melakukan apa jua jenis senaman semasa anda hamil.

Apa yang anda boleh lakukan untuk menyokong kehamilan anda?

Teruskan pemakanan yang kaya dengan zat besi seperti bayam, kekacang, ayam itik dan daging dalam hidangan anda. Ini bukan sahaja membantu mengelakkan anemia, kekurangan zat besi yang akan membuatkan anda berasa lesuv, tetapi juga akan menyokong perkembangan bayi dalam kandungan anda.

Pupuk perkembangan yang berterusan dalam otak bayi dalam kandungan anda (ingat, ada ber-trillion sel berhubung!) dengan bekalan DHA yang mencukupi dan juga makanan yang kaya dengan nutrien seperti zink, kolina dan folat.vi

Sementara itu, timbang berat badan anda setiap hari atau setiap minggu semasa hamil agar anda sentiasa dapat mengikuti pertambahan berat badan anda.

Sekarang, anda mungkin sudah mula menghias bilik dan menyiapkan pakaian untuk bayi dalam kandungan anda bahkan sudah pun memikirkan nama yang sesuai untuknya. Kesemua ini pastinya anda lakukan dengan penuh rasa kasih sayang, dan dipercayai dapat dirasavii oleh bayi dalam kandungan anda yang merasa selamat di dalam rahim anda.


 

 

Rujukan:
 
i.   Fetal development: The 3rd trimester. (2014, July 11). Retrieved April 12, 2017, from      
ii   Pregnancy Diary Week 31| What's happening for you & your baby. (n.d.). Retrieved April 12,      
iii  Curtis, G. B., & Schuler, J. (2016). Your Pregnancy Week by Week (8th ed.). Philadelphia,PA: Da Capo Press.
iv  29, 30, 31, 32 weeks pregnant - Pregnancy and baby guide. (2015, February 11). Retrieved February 19, 2017, from
v   Anemia During Pregnancy: Causes, Symptoms And Treatment. (2016, October 12). Retrieved April 16, 2017 from
vi  Georgieff, M. K. (2007) Nutrition and the developing brain: nutrient priorities and measurement. American Journal of  
     Clinical Nutrition, 85(2): 614S-620S
vii  Van den Bergh, B. (1990). The influence of maternal emotions during pregnancy on fetal and neonatal behavior.
      Journal of Prenatal & Perinatal Psychology and Health, 5(2), 119-1