Bantu perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-35 kehamilan anda

Walaupun anda secara teknikalnya masih belum hamil, tetapi mengamalkan pemakanan diet yang seimbang dan folat akan memastikan perkembangan janin berlaku dengan sempurna selepas proses persenyawaan berlaku.

Apa yang sedang berlaku pada minggu ini?

Apabila jantung, salur darah, otot dan tulang bayi dalam kandungan anda telah berkembang dengan sempurna,I bentuk tubuh badan bayi anda sedang membentuk dengan sempurna. Bahkan kulitnya akan semakin kurang berkedut kerana lemak di bawah kulitnya semakin bertambah.i

Sistem pernafasan dan pencernaan bayi dalam kandungan anda kini telah terbentuk dengan sempurnaii, dan sistem pertahanan badannya semakin kuat dengan bantuan anda. Bayi dalam kandungan anda juga kini mempunyai corak tidurii

Dengan saiz sebesar sebiji nanas, kini berat bayi anda ialah kira-kira 5.25 paun (2.4 kilogram) dan panjangnya ialah kira-kira 18.25 inci (46 sentimeter) dari hujung kepala ke hujung kaki.iii

Apa yang anda boleh jangkakan? 

Perasaan risau untuk menjadi seorang ibu adalah satu perkara yang biasa. Tip-tip ini boleh membantu anda mengenal pasti seandainya apa yang anda alami adalah sesuatu yang serius, seperti kemurungan pranatal, atau nikmati kehamilan anda secara umumnya: 

  • Tahu tanda-tandanya. Petanda kemurungan pranatal berbeza-beza untuk setiap individu, dan tanda-tanda tersebut termasuklah mengalami perubahan emosi yang melampau, kesedihan yang teruk, insomnia, kelesuan, dan perasaan putus-asa.iv
  • Dapatkan bantuan daripada rakan atau ahli keluarga untuk kerja-kerja rumah dan perhatian. Penting untuk bercakap dengan doktor atau ahli terapi anda sekiranya anda merasakan sangat dibelenggu perasaan.
  • Dapatkan tidur yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi mungkin salah satu faktor yang menyumbang kepada kemurungan.v

Apa yang anda boleh lakukan untuk menyokong kehamilan anda?

Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya. Tidur yang kurang akan mencetuskan gejala yang mungkin tidak terlalu teruk tetapi kurang menyenangkan seperti sakit kepala semasa kehamilan.vi Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang secukupnya pada waktu malam, tidurlah pada waktu siang untuk mengganti tidur malam anda yang hilang.v

Bagi menyokong keperluan tambahan anda dan perkembangan fizikal dan mental bayi dalam kandungan anda, teruskan mengambil makanan yang kaya dengan DHA, dan nutrien-nutrien penting yang lain seperti zat besi, zink, kolina dan folat.vii

Tahukah anda bayi dalam kandungan anda sudah mula belajar walaupun masih berada di dalam rahim lagi? Sokong perkembangan ini dengan merangsang derianya melalui perbualan, muzik, dan sentuhan. Menjalinkan ikatan dengan bayi dalam kandungan anda adalah cara untuk si dia mengenali dunia ini.

 


 

 

Rujukan:
 
i.    Fetal development. (2015, September 26). Retrieved April 17, 2017 from      
ii    You and your baby at 33-36 weeks pregnant. (2017, March 31). Retrieved April 10, 2017, from      
iii   Curtis, G. B., & Schuler, J. (2016). Your Pregnancy Week by Week (8th ed.). Philadelphia, PA: Da Capo Press.
iv   Perinatal Depression. (n.d.). Retrieved February 20, 2017, from      
v    Sleep and mental health. (2009, July). Retrieved April 16, 2017, from      
vi   What can I do about headaches during pregnancy? I'd rather not take medication. (2015, August 11). Retrieved April      
      16, 2017, from    
      20058265
vii  Georgieff, M. K. (2007) Nutrition and the developing brain: nutrient priorities and measurement. American Journal of
      Clinical Nutrition, 85(2):614S-620S.
viii Dirix, C.E., Nijhuis, J.G., Jongsma, H.W., and Hornstra, G. (2009) Aspects of fetal learning and memory. Child
      Development, 80(4), 1251–1258.