Penyakit HFMD

Kebelakangan ini, negara kita digemparkan dengan penularan penyakit HFMD di kalangan kanak-kanak. Penyakit HFMD atau jangkitan tangan, kaki dan mulut merupakan sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit1.

Virus ini boleh merebak dengan mudah melalui:

  • Air liur

  • Cecair daripada lepuh

  • Najis

  • Titisan pernafasan yang disembur ke udara selepas batuk atau bersin

HFMD juga boleh berjangkit melalui sentuhan secara langsung dengan tangan yang tidak dicuci atau permukaan yang dicemari kesan virus1.

Sekiranya anak anda terkena jangkitan HFMD, salah satu tanda yang akan muncul adalah lepuh atau luka di dalam mulut serta ruam pada tangan dan kaki. Namun harus diingatkan, HFMD boleh menjangkiti setiap individu tanpa mengira usia, terutamanya jika mereka mempunyai sistem imun yang lemah. Jangkitan ini lebih kerap dijangkiti oleh kanak-kanak di bawah usia 6 tahun.

Namun usah bimbang, di sini akan disertakan langkah pencegahan penyakit HFMD yang boleh anda lakukan. Namun sebelum itu, ayuh kita lihat apakah simptom lain serta komplikasi yang boleh terjadi jika anak anda terdedah kepada jangkitan ini.

Mengenali Simptom Penyakit HFMD

Gejala HFMD akan mula muncul antara 3 hingga 6 hari selepas individu terdedah kepada jangkitan. Anak anda mungkin akan menunjukkan simptom-simptom1 seperti:

  • Demam

  • Kurang selera makan

  • Sakit tekak

  • Sakit kepala

  • Mudah marah

  • Berasa tidak sihat

  • Lepuh merah yang menyakitkan di dalam mulut

  • Air liur meleleh

  • Ruam merah pada tangan dan tapak kaki

Apakah Cara Merawat Penyakit HFMD?

Dalam kebanyakan kes, jangkitan ini akan hilang tanpa rawatan dalam tempoh 7 hingga 10 hari. Walau bagaimanapun, doktor mungkin mencadangkan rawatan tertentu untuk membantu meringankan gejala,3 antaranya:

  • Ubat sapu pada kulit

  • Ubat tahan sakit seperti acetaminophen atau ibuprofen

  • Ubat jenis sirap atau lozenges untuk meredakan sakit tekak

Namun harus diingatkan bahawa anda tidak boleh memberikan aspirin kepada kanak-kanak untuk penyakit yang berpunca dari jangkitan virus. Ini kerana, aspirin boleh menyebabkan sindrom Reye pada kanak-kanak dan boleh membawa maut. Diingatkan juga, anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan untuk diberikan kepada anak3.

Cara Merawat Penyakit HFMD dan Tips Untuk Mengurangkan Gejala HFMD

Terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan di rumah yang dapat memberikan kelegaan dalam mengurangkan gejala HFMD. Anda boleh mencuba kaedah berikut bagi mengurangkan ketidakselesaan disebabkan lepuh1 :

Penyakit HFMD

  • Menghisap ketulan ais atau popsicle7
  • Makan aiskrim7
  • Minum minuman sejuk7
  • Hadkan pengambilan buah-buahan sitrus, jus buah dan soda7
  • Mengurangkan pengambilan makanan pedas atau masin7

Berkumur dengan air garam suam juga boleh membantu memberikan kelegaan akibat lepuh mulut dan luka pada tekak. Berkumurlah beberapa kali sehari atau sekerap yang diperlukan. Sekiranya gejala berlanjutan, sila dapatkan nasihat doktor berkenaan kondisi anak anda.

Melawan Penyakit HFMD Melalui Makanan Bernutrisi

Selain merawat, pemakanan yang sihat juga penting untuk diamalkan sebagai langkah meningkatkan imuniti badan anak4.

Pemilihan makanan berkhasiat dapat membantu anak mendapat keperluan vitamin A dan E yang mencukupi. Vitamin ini juga diperlukan untuk mengembalikan tahap kesihatan dan sistem imuniti badan yang sihat4. Selain itu, jangan lupa untuk memberikan si manja anda makanan yang mengandungi 2FL dan MFGM.

2FL ialah prebiotik yang berfungsi memberi sumber makanan kepada bakteria atau mikrob yang sihat di dalam usus untuk menggalakkan perkembangan imun pada kanak-kanak5.

Bahkan, kanak-kanak yang diberi minum susu yang mengandungi 2FL kurang mengalami jangkitan di bahagian saluran pernafasan dan cirit-birit. Ternyata ia dapat menyokong pertahanan badan anak dengan baik5.

MFGM pula merupakan nutrien yang menyokong imuniti dan perkembangan emosi kanak-kanak. Pengambilan susu formula kanak-kanak yang diperkaya dengan MFGM menunjukkan pengurangan gejala demam serta membawa kepada kawalan tingkah laku yang lebih baik6.

Meningkatkan imuniti badan anak dengan pemberian susu formula kanak-kanak yang diperkaya dengan 2FL dan MFGM antara satu inisiatif langkah pencegahan penyakit HFMD terbaik yang boleh diambil oleh ibu bapa. Berita baiknya, terdapat juga susu formula kanak-kanak yang berperisa vanila! Ini sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak yang kehilangan selera makan dan minum.

4 Langkah Pencegahan Penyakit HFMD Yang Boleh Diambil

Apabila melibatkan masalah kesihatan, sudah tentu mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat. Berikut antara langkah terbaik untuk mencegah penularan HFMD:

Amalan Membasuh Tangan

Amalkan amalan kerap membasuh tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya selama 20 saat. Sekiranya tiada sumber air dan sabun di sekitar anda, maka dapatkan gel pembersih tangan berasaskan alkohol untuk membunuh kuman1.

Penyakit HFMD

Membasmi Kuman

Jadikan sebagai tabiat untuk membersihkan barangan dan permukaan yang kerap disentuh seperti barang mainan, alat kawalan jauh atau tombol pintu. Ini adalah kerana virus boleh hidup pada objek dan permukaan selama beberapa hari.

Tabiat Kebersihan Yang Baik Sebagai Langkah Pencegahan Penyakit HFMD

Tunjukkan kepada anak anda cara mengamalkan penjagaan kebersihan diri yang baik. Jelaskan kepada mereka untuk tidak memasukkan jari, tangan dan objek lain ke dalam mulut2.

Selain itu, nasihatkan juga kepada anak untuk tidak menyentuh mata, hidung atau mulut sebelum tangan dibasuh. Ini penting bagi mengurangkan risiko penularan virus serta kemungkinan untuk jatuh sakit.

Pengasingan Individu Dijangkiti

Disebabkan jangkitan HFMD sangat mudah merebak, maka individu yang dijangkiti haruslah dihadkan pendedahan mereka kepada individu lain semasa dalam tempoh inkubasi.

Rehatkan anak yang dijangkiti di rumah sehingga demam hilang dan luka dalam mulut sembuh. Anda juga harus menghindari daripada pergi bekerja sekiranya mempunyai gejala HFMD.

Adalah lebih baik untuk mengelakkan sentuhan apabila simptom lepuh dan ruam mula berkembang. Ini dapat membantu mengurangkan risiko penyebaran jangkitan HFMD kepada individu lain.

Oleh itu, pastikan anda dan anak sentiasa mencuci tangan dengan sabun dan mengambil makanan berkhasiat sebagai salah satu usaha dan langkah pencegahan penyakit HFMD. Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat buat anda!

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.


Rujukan
1. Hand-foot-and-mouth disease. Diambil pada Jun 5, 2022, daripada https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hand-foot-and-mouth-disea....
2. Hand, Foot, and Mouth Disease (HFMD). Diambil pada Jun 5, 2022, daripada https://www.cdc.gov/hand-foot-mouth/index.html.
3. Hand-Foot-Mouth Disease. Diambil pada Jun 5, 2022, daripada https://www.nationwidechildrens.org/conditions/hand-foot-mouth-disease.
4. Nutrition And Immunity. Diambil pada Jun 5, 2022, daripada http://www.myhealth.gov.my/en/nutrition-and-immunity/.
5. Human Milk Oligosaccharides.. Diambil pada Jun 5, 2022, daripada https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/34576050/
6. Veereman-Wauters, G., Staelens, S., Rombaut, R., Dewettinck, K., Deboutte, D., Brummer, R. J., Boone, M., & Le Ruyet, P. (2012). Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Nutrition (Burbank, Los Angeles County, Calif.), 28(7-8), 749–752. Diambil pada Jun 5, 2022, daripada https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22305534/#.
7. Hand Foot and Mouth Diseases. Diambil pada Jun 5, 2022. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hand-foot-and-mouth-disea...