Bantu bayi dalam kandungan anda berkembang pada minggu ke-10 kehamilan anda.
Bayi dalam kandungan anda sudah menyerupai bentuk manusia. Perhatikan apa lagi ciri-ciri yang berkembang sepanjang minggu ini.
Apa yang berlaku pada Minggu 10 kehamilan saya?
Bayi dalam kandungan anda kini berukuran sepanjang 2.5 sentimeteri dan bentuknya semakin menyerupai bentuk manusia.
Kedua-dua belah telinganya sudah mula berkembang, dan salur telinganya sedang membentuk di dalam kepalanya. Bibir atas dan dua lubang hidung yang kecil juga sudah kelihatan dan perkembangan tulang rahang bayi dalam kandungan anda sudah mengandungi kesemua gigi susunya yang akan tumbuh nanti.
Jantungnya sudah terbentuk sempurna dan berdegup selaju 180 degupan setiap minit – dua ke tiga kali lebih laju daripada degupan jantung anda sendiriii.
Bayi dalam kandungan anda boleh melakukan gerakan kecil, pergerakan yang seakan-akan tersentak-sentak, yang boleh anda lihat melalui imbasan ultrasound.
Apa yang lagi menakjubkan ialah, otak bayi dalam kandungan anda sudah mula aktif kini dan mempunyai gelombang otak.
Apa yang anda boleh jangkakan pada minggu ke-10 kehamilan?
Pada peringkat ini, air kencing akan dihasilkan dengan banyakiii dan ini disebabkan oleh perubahan hormon. Peningkatan ini berlaku akibat daripada perubahan hormon dan merupakan gejala yang biasa dialami pada peringkat ini. Gunakan tip-tip ini untuk mengawal gejala ini dan juga untuk mengekalkan kesihatan kehamilan anda:
- Kurangkan minuman berkafein. Minuman seperti kopi dan teh mempunyai kesan diuretik, yang akan memaksa anda menggunakan bilik air dengan kerap.
- Sentiasa kekal terhidrat. Minumlah air secukupnya kerana ia penting untuk kandungan yang sihat.
Apa yang boleh saya lakukan untuk menyokong kehamilan pada minggu ke-10?
Teruskan mengamalkan diet yang seimbang dan ditambah dengan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Ambil juga makanan tambahan pra-natal yang telah disarankan oleh doktor anda.
Sel otak bayi dalam kandungan anda sedang membahagi dengan pantas. Bekalkan khasiat seperti kolina, DHA, dan folat setiap hari kepada bayi dalam kandungan anda bagi memacu perkembangan bahagian penting dalam otak bayi dalam kandungan andaiv. Antara makanan yang kaya dengan nutrient- nutrien ini yang boleh anda ambil dalam diet anda ialah ikan berlemak, telur, bayam, dan kekacang.
Ingat:
- Kekal untuk bebas-tekanan selagi boleh, kerana bakal ibu, emosi negatif anda mungkin memberi kesan kepada bayi dalam kandungan anda.v
- Libatkan diri anda dalam aktiviti yang boleh membantu anda untuk lebih tenang, seperti membaca, senaman ringan, yoga untuk prenatal,membuat kraftangan, dan hobi yang lain seperti berkebun.
- Mandi air panas pada penghujung hari yang panjang juga boleh menenangkan dan menghilangkan kerisauan anda.
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-11