Bantu perkembangan bayi ketika usia kandungan 8 minggu.

minggu 8 kehamilan saya

Minggu ke-8 kehamilan merupakan masa yang amat penting untuk perkembangan bayi. Pada waktu ini, ibu akan menyaksikan pergerakan pertama bayi dalam kandungan. Bayi juga sudah bersaiz sebesar buah lemon.

Ketika ini, ibu mungkin akan terasa penat dan letih. Payudara juga akan mula terasa sakit. Inilah masa yang terbaik untuk ibu mengamalkan pemakanan yang sihat untuk menyokong perkembangan fizikal dan mental bayi dalam kandungan.

Apa yang berlaku ketika usia kandungan 8 minggu?

Pada akhir minggu ini, bayi dalam kandungan berukuran kira-kira 11 hingga 14 mm panjang. Ketika usia kandungan 8 minggu, bayi dipanggil fetus. Si manja dalam kandungan masih mendapat khasiat utama dari kantung bayi sementara plasenta terus berkembang1.

Bayi juga mengalami tumbesaran yang sihat dan pesat. Mata, telinga, bibir, dan hidung mula terbentuk dengan jelas dan paru-paru bayi juga sedang berkembang.

Pada waktu ini, jari-jemari kecil bayi juga mula terbentuk2. Walaupun tubuh badan si kecil sudah mula lurus, saiz kepala bayi ketika usia kandungan 8 minggu masih lebih besar berbanding tubuh badannya.

Apa yang anda boleh jangkakan pada minggu ke-8 kehamilan?

BersenamSakit belakang, terutama di bahagian bawah badan, adalah salah satu gejala yang kerap dialami ketika kandungan 8 minggu. Gejala ini disebabkan oleh perubahan hormon dan juga perut ibu yang semakin membesar.

Namun, ibu hamil boleh mengambil beberapa langkah untuk melegakan kesakitan ini:

  1. Kurangkan tekanan pada bahagian belakang anda. Letakkan bantal kecil di belakang badan ketika anda sedang duduk bagi mengurangkan tekanan di bahagian belakang anda. Iringkan badan ke sebelah ketika tidur dan letakkan bantal di antara dua belah lutut.

  2. Bersenam. Senaman ringan seperti regangan amat sesuai untuk melegakan kesakitan pada bahagian bawah belakang badan. Senaman ini juga selamat untuk dilakukan ketika usia kandungan 8 minggu. Walau bagaimanapun, pastikan anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu tentang senaman yang sesuai untuk dilakukan ketika hamil.

  3. Jaga postur badan anda. Disebabkan pusat graviti sudah beralih tempat ke hadapan, anda mungkin akan menyebabkan beban yang berlebihan apabila anda bersandar ke belakang. Perbuatan ini juga akan menambahkan tekanan pada bahagian belakang badan. Oleh sebab itu, jaga postur badan anda. Gunakan kerusi yang menyokong belakang badan serta gunakan kasut yang selesa dan sesuai3.

Namun, anda harus berwaspada sekiranya kesakitan yang dialami ketika usia kandungan 8 minggu sangat teruk. Jika ia berlaku, anda perlu berjumpa doktor dengan kadar yang segera.

Apa yang boleh saya lakukan ketika usia kandungan 8 minggu?

Sekitar waktu kandungan 8 minggu, penghasilan saraf neuron (sel otak) bayi akan bermula4, dan korteks serebrum bayi dalam kandungan mula terbentuk. Ini merupakan bahagian otak yang bertanggungjawab untuk aktiviti yang kompleks, seperti memproses maklumat, dan fungsi kognitif seperti memori dan kemahiran motor. 

DHA masih merupakan nutrien terpenting dalam menyokong perkembangan otak bayi5. Oleh sebab itu, ibu digalakkan untuk meneruskan pengambilan DHA diikuti dengan makanan tambahan seperti zat besi dan asid folik.

Selain itu, ibu boleh mendapatkan semua nutrisi ini dalam segelas susu yang dirumus secara saintifik untuk wanita hamil. Susu ini mengandungi DHA, kolina, asid folik, kalsium dan protein pada tahap yang disyorkan pakar. Ia juga dapat menyokong perkembangan bayi di samping memastikan kesihatan ibu sentiasa terjaga. 

Otak bayi dalam kandungan juga merupakan pusat perkembangan penguasaan bahasa, emosi dan memori si manja. Oleh sebab itu, bayi perlukan nutrisi yang mencukupi untuk menyokong perkembangan otak yang sihat lebih-lebih lagi ketika usia kandungan 8 minggu.

Bekalkan ibu dengan nutrisi terbaik ketika kehamilan

Ketika kandungan 8 minggu, ibu sudah perlu fikirkan yang terbaik untuk kesihatan bayi yang dikandung.

Oleh sebab itu, ibu perlu mengambil susu yang diformulasi khas untuk wanita hamil untuk menyokong perkembangan si manja dalam kandungan.

Ketika berbadan dua, ibu perlu memikirkan tentang nutrisi dan makanan untuk dua orang iaitu diri sendiri dan bayi dalam kandungan. Malah, kesihatan ibu juga perlu dititik beratkan.

Pilih susu yang mengandungi asid folik, kalsium dan protein yang penting untuk kesihatan ibu ketika mengandung. Protein amat penting untuk perkembangan organ bayi dalam kandungan manakala kalsium pula dapat memastikan gigi dan tulang bayi lebih kuat dan sihat.

Dalam masa yang sama, untuk mengelakkan anemia, pastikan ibu mengambil makanan tambahan seperti susu dengan zat besi dan vitamin D untuk kekal sihat6. Di samping memastikan ibu tidak keletihan, vitamin D juga membantu badan menyerap kalsium dan fosforus dengan lebih baik.

Tidak dinafikan, fasa kehamilan merupakan satu masa yang sangat membahagiakan buat wanita. Namun, untuk memastikan kehamilan sihat terutamanya ketika usia kandungan 8 minggu, ibu perlulah menjaga pemakanan dan dapatkan pemeriksaan mengikut jadual.

Jika berlaku sesuatu yang tidak normal, pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.

 

Artikel berkaitan:
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-4
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-5
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-6
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-7
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-9
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-10


Rujukan:
1 Fetal development: The 1st trimester. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-d.... Accessed on March 28, 2022.
2 Pregnancy - week by week. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/pregnancy-week-.... Accessed on March 28, 2022.
3 Back pain during pregnancy: 7 tips for relief. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-d.... Accessed on March 28, 2022.
4 The Basics of Brain Development. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2989000/. Accessed on March 28, 2022.
5 Nutritional Requirements – Dietary Fats. http://www.fao.org/ag/humannutrition/nutrition/63162/en/. Accessed on March 28, 2022.
6 Iron deficiency anemia during pregnancy: Prevention tips. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-d.... Accessed on March 28, 2022.