Hamil 5 minggu? Bantu bayi dalam kandungan anda berkembang pada minggu ke-5 kehamilan.

Ketika ibu disahkan mengandung 5 minggu, janin telah melekat pada dinding uterus pada waktu ini. Ia dikenali sebagai embrio dan bersaiz 2 mm. Jantung mereka juga mulai terbentuk dan mungkin berdegup buat kali pertama pada minggu ini!

Dengan diet yang berkhasiat dan pengambilan nutrisi-nutrisi penting, ibu dapat memupuk pembentukan plasenta yang sihat untuk menyokong perkembangan bayi dalam kandungan terutamanya pada bulan pertama kehamilan.

Apa yang berlaku ketika ibu hamil 5 minggu?

Ketika ibu mengandung 5 minggu, bayi sedang melalui fasa embrio di mana otak, saraf tunjang, jantung, dan organ lain bayi dalam kandungan mula terbentuk. 

Pada akhir minggu ke-5 kehamilan, saiz bayi dalam kandungan adalah sebesar hujung pen!1 Plasenta yang menjadi sumber makanan bayi dalam kandungan juga akan mula terbentuk2.

Apa yang anda boleh jangkakan pada minggu ke-5 kehamilan?

Minggu ke-5 adalah masa wanita mula mengesan kehamilan masing-masing. Pada waktu ini, anda mungkin sudah tidak datang haid dan merasakan simptom-simptom kehamilan seperti payudara membengkak dan lebih sensitif daripada biasa2.

Ada juga wanita yang berasa letih, loya dan perlu ke tandas dengan lebih kerap. Semua ini merupakan antara simptom mabuk hamil. Jika ini yang berlaku, wanita perlu melakukan ujian kehamilan secepat mungkin.

Jika ujian kehamilan anda positif - tahniah!

Jangan lupa untuk berjumpa doktor secepat mungkin. Melalui pemeriksaan di hospital atau klinik, doktor boleh mengesahkan kehamilan, menentukan usia sebenar kandungan dan memberikan nasihat yang berguna kepada ibu mengenai penjagaan diri serta anak yang dikandung2.

Walaupun kehamilan merupakan satu tempoh yang bahagia untuk suami isteri, ada wanita yang akan mengalami simptom mabuk hamil yang teruk.

Rasa loya dan mual bukan sahaja mengganggu kehidupan seharian wanita yang mengandung 5 minggu, ia juga boleh menyebabkan rasa lemah dan tidak mampu melakukan tugasan harian seperti biasa.

Walaupun masih belum ada cara yang berkesan untuk mengatasi masalah mabuk ketika anda hamil 5 minggu, ada beberapa langkah yang boleh ibu lakukan untuk mengurangkan simptom-simptom yang dialami.

Antaranya ialah:

  • Ambil makanan tambahan seperti vitamin B6 yang terbukti boleh melegakan rasa mual dan loya3.

  • Amalkan pengambilan herba seperti halia atau teh bunga kamomil untuk mengurangkan simptom mabuk hamil4.

  • Pergi berurut atau lakukan akupuntur. Kedua-dua rawatan ini mungkin berkesan untuk mengurangkan simptom mabuk hamil bagi sesetengah wanita4.

  • Ambil ubat tahan muntah seperti yang dipreskripsikan oleh doktor.

Walau bagaimanapun, dapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa rawatan.

Anda juga boleh mengambil makanan yang dapat mengurangkan rasa loya dan muntah. Selain itu, cuba makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap untuk pastikan ibu sentiasa bertenaga. Jangan lupa, minum air dengan mencukupi untuk pastikan badan kekal hidrat.

Apa yang boleh saya lakukan ketika hamil 5 minggu?

Penjagaan diri ketika hamil merupakan sesuatu yang sangat penting. Walaupun ibu baru mengandung 5 minggu, penjagaan kehamilan perlu dimulakan secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang gangguan pada ibu dan juga janin.

Ketika ibu hamil 5 minggu, sistem saraf bayi seperti otak dan saraf tunjang sedang pesat berkembang1,5. Untuk menyokong perkembangan otak si manja, ibu perlulah mengambil 200 mg DHA setiap hari6.

Ibu juga digalakkan mengambil makanan tambahan yang disarankan oleh doktor seperti zat besi, asid folik dan kalsium untuk menyokong kehamilan masing-masing4.

Asid folik dapat mengurangkan risiko spina bifida, sejenis kecacatan yang berlaku apabila saraf tunjang bayi tidak terbentuk dengan sempurna7.

Sebagai alternatif, ibu boleh mengambil susu yang diformulasi khas untuk kehamilan. Susu ini mengandungi nutrisi seperti DHA, kalsium, kolina, asid folik, zat besi serta prebiotik yang dapat membantu menyokong perkembangan bayi sejak awal kehamilan8.

Susu ini bukan sahaja bermanfaat untuk tumbesaran bayi, ia juga amat berkhasiat dan dapat memastikan ibu kekal sihat sepanjang kehamilan. Asid folik misalnya, merupakan salah satu nutrisi yang amat penting dan perlu diambil sebelum ibu disahkan mengandung 5 minggu lagi.

Zat besi pula amat penting untuk membentuk sel darah merah ibu dan juga bayi dalam kandungan. Jika ibu tidak mendapatkan zat besi yang mencukupi, mereka lebih berisiko untuk mengalami anemia9.

Untuk memastikan berat badan ibu berada dalam julat yang sihat ketika mengandung 5 minggu, pastikan anda memilih susu yang rendah nilai indeks glisemiknya (GI) dan rendah lemak untuk mengelakkan sebarang pertambahan berat badan dan pengurusan gula darah yang lebih baik.

Wanita yang hamil 5 minggu mungkin akan mula mengalami alahan atau mabuk hamil. Jika ia tidak keterlaluan, ibu boleh melakukan senaman ringan untuk menguatkan tubuh badan. Malah, senaman ini juga boleh menyesuaikan ibu dengan berat tambahan ketika hamil.

Kehamilan merupakan satu pengalaman yang sangat indah. Sudah pasti anda ingin melibatkan suami sebanyak mungkin sejak awal kehamilan lagi. Anda boleh meminta pasangan untuk menemani anda ke setiap temu janji bersama doktor.

Selain itu, jangan segan untuk berkongsi cerita dan masalah bersama suami sepanjang tempoh kehamilan. Ini dapat memupuk jalinan ikatan yang kuat antara ibu, bapa dan juga si manja dalam kandungan.

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.

 

Artikel berkaitan:
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-4
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-6
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-7
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-8
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-9
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-10


Rujukan:
1 Fetal development: The 1st trimester. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-d.... Accessed on March 29, 2022.
2 You and your baby at 5 weeks pregnant. https://www.nhs.uk/pregnancy/week-by-week/1-to-12/5-weeks/. Accessed on March 29, 2022.
3 Vitamin B-6. https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements-vitamin-b6/art-20363468. Accessed on March 29, 2022.
4 WHO recommendations on antenatal care for a positive pregnancy experience. https://www.who.int/publications/i/item/9789241549912. Accessed on March 29, 2022.
5 Pregnancy - week by week. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/pregnancy-week-....
6 Fats and fatty acids in human nutrition - Report of an expert consultation. https://www.fao.org/3/i1953e/I1953E.pdf. Accessed on March 29, 2022.
7 Spina bifida. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/spina-bifida/symptoms-cau.... Accessed on March 29, 2022.
8 Pregnancy diet: Focus on these essential nutrients. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-d.... Accessed on March 29, 2022.
9 Anemia in Pregnancy. https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions/a/an.... Accessed on March 29, 2022.