S1: Berapakah tempoh masa untuk peraduan ini?

Peraduan ini bermula pada 1hb Jun 2020, jam 00:00 dan berakhir pada 30hb Jun 2020, jam 23:59.

S2: Siapakah yang boleh menyertai peraduan ini?

Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

S3: Bagaimanakah saya mahu menyertai peraduan ini?

Dalam tempoh peraduan, peserta yang layak perlu melakukan perkara yang berikut untuk menyertai Peraduan:

  1. Beli mana-mana produk ENFAGROW A+ yang turut serta◊ dalam satu invois cukai/resit (“Bukti Pembelian”).
    ◊Tertakluk untuk pembelian Enfagrow A+ Langkah 3, 4 dan 5 sahaja.
  2. Jawab soalan berikut: Enfagrow A+ adalah satu-satunya jenama yang mengandungi Kompleks MFGM DHA Tertinggi*. (BETUL atau SALAH?)
    *berbanding dengan jenama susu tepung rumusan utama di pasaran pada September 2019. Enfagrow A+ membekalkan 105mg DHA dalam 3 hidangan sehari.
  3. Hantar gambar Bukti Pembelian yang jelas melalui WhatsApp ke 012-9098806 dengan butiran berikut:
    ENFAGROW A+, Nama, No K/P, Jawapan
    Contoh: ENFAGROW A+, Ann Francis, 750210142020, Betul

Simpan invois cukai/resit asal untuk tujuan pengesahan jika anda dipilih sebagai pemenang.  

S4: Berapakah bilangan penyertaan yang diperuntukkan untuk saiz pek?

Bilangan penyertaan akan diberikan secara automatik apabila peserta membeli saiz pek berikut. Rujuk di bawah untuk jumlah penyertaan yang diperuntukkan untuk saiz pek masing-masing.

Contoh untuk pembelian dalam satu resit tunggal:

  1. Ann membeli satu saiz pek 1.2 kg; dia akan menerima 2 penyertaan. Dia berpeluang untuk memasuki cabutan pemilihan Hadiah Utama.
  2. Ann membeli empat saiz pek 600 g; dia akan menerima 4 penyertaan. Dia berpeluang untuk memasuki cabutan pemilihan Hadiah Utama.
  3. Ann membeli dua saiz pek 3.6 kg; dia akan menerima 12 penyertaan. Dia berpeluang untuk memasuki cabutan pemilihan Hadiah Utama dan Hadiah Bonus.
  4. Ann membeli tiga saiz pek 1.2 kg; dia akan menerima 6 penyertaan. Dia berpeluang untuk memasuki cabutan pemilihan Hadiah Utama dan Hadiah Bonus.

S5: Bolehkah saya menghantar pek fizikal ke pejabat Mead Johnson sebagai bukti pembelian?

Tidak, kami hanya menerima resit yang dihantar melalui WhatsApp.

S6: Adakah saya akan menerima balasan jika saya menghantar melalui WhatsApp?

Ya, anda akan menerima balasan untuk penyertaan anda.

S7: Perlukah saya menyimpan resit saya selepas saya menghantar penyertaan melalui WhatsApp?

Ya, untuk penyertaan WhatsApp yang diterima, MJN berhak untuk meminta salinan resit bercetak sebagai Bukti Pembelian untuk tujuan pengesahan dan penebusan hadiah.

S8: Bolehkah saya menghantar lebih daripada 1 penyertaan?

Ya, anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki asalkan setiap penyertaan disertakan dengan Bukti Pembelian yang diperlukan. Bukti Pembelian yang asal yang dicetak dengan penerangan produk yang betul sahaja akan diterima. Rujuk di bawah untuk maklumat lanjut:

S9: Apakah hadiah yang ditawarkan untuk peraduan ini?

Setiap Peserta berpeluang memenangi maksima satu (1) Hadiah Utama DAN satu (1) Hadiah Bonus:- HADIAH UTAMA (untuk semua Peserta) x 10 pemenang:

Kelas Pengayaan Pilihan Pemenang untuk satu tahun bernilai RM 2,400**

HADIAH BONUS (untuk Peserta dengan pembelian 3.6 kg dan ke atas di dalam satu resit) x 10 pemenang:

Bekalan formula susu ENFAGROW A+ untuk satu tahun bernilai RM 3,600***

** Pusat pembelajaran yang dipilih mesti mempunyai lesen yang didaftarkan dengan pihak berkuasa berkenaan iaitu Kementerian Pendidikan, pihak berkuasa negeri dan lain-lain dan tertakluk kepada kelulusan terakhir MJN. Yuran untuk kelas akan dibayar untuk maksima RM 2,400 atau mengikut harga rasmi pusat pembelajaran, yang mana lebih rendah. Kelas pengayaan yang dipilih mestilah untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas.

***Saiz dan variasi pek formula susu ENFAGROW A+ bernilai RM 3,600 – seperti yang ditetapkan oleh RRP Enfagrow A+ akan dihantar terus kepada pemenang. Tertakluk kepada produk Enfagrow A+ Langkah 3, 4 dan 5 sahaja.

S10: Jika saya dipilih sebagai pemenang untuk Hadiah Utama, bolehkah saya menebus untuk kelas jangka pendek (contoh: bengkel) bernilai RM 2,400?

Kami menggalakkan pembelajaran berterusan untuk si kecil anda, kelas-kelas adalah disyorkan untuk diadakan setiap bulan selama satu tahun. Walau bagaimanapun, semua kelas pengayaan adalah tertakluk kepada kelulusan akhir dari MJN.

S11: Bagaimanakah pemilihan pemenang senarai pendek dipilih untuk peraduan ini?

Semua penyertaan yang layak akan dipilih melalui sistem pemilihan komputer secara rawak untuk memilih bilangan pemenang untuk setiap hadiah.

S12: Bagaimanakah pemenang yang disenarai pendek dihubungi?

Pemenang yang disenarai pendek akan dihubungi dengan sebaik mungkin melalui panggilan telefon dengan maksima tiga (3) kali di mana percubaan kali kedua dan ketiga akan dibuat dalam masa 24 jam dari percubaan kali pertama. Pemenang yang Disenarai Pendek perlu menjawab soalan mudah iaitu:

Enfagrow A+ adalah satu-satunya jenama yang mengandungi Kompleks MFGM & DHA Tertinggi*. (BETUL atau SALAH?)

*berbanding dengan jenama susu tepung rumusan utama di pasaran pada September 2019. Enfagrow A+ membekalkan 105mg DHA dalam 3 hidangan sehari.

S13: Apakah langkah seterusnya setelah pemenang disenarai pendek berjaya dihubungi?

Pemenang yang disenarai pendek adalah dikehendaki untuk menghantar salinan kad pengenalan dan Bukti Pembelian asal untuk tujuan pengesahan ke Peraduan ENFAGROW A+, No 14 & 15, Block B, Lot 756, Jalan Subang 3, 47610 Subang Jaya, Selangor.

S14: Bolehkah saya membeli selain daripada produk Enfagrow A+?

Tidak. Peraduan ini adalah untuk pembelian Enfagrow A+ Langkah 3, Langkah 4 dan Langkah 5 sahaja.

S15: Siapakah yang harus saya hubungi untuk maklumat lanjut?

Sila log masuk ke https://web.facebook.com/enfagrowmalaysia/ untuk Terma dan Syarat penuh atau hubungi talian khidmat MJN di 1800-88-3585, Isnin - Jumaat, 10 pagi - 5 petang kecuali cuti umum.