Tips cepat bersalin

Apabila menghampiri tarikh bersalin, pastinya ramai ibu di luar sana akan mula mencari cara cepat bukaan bersalin terutamanya buat mereka yang pertama kali melaluinya. Jangan bimbang, kami ada tips cepat bersalin yang boleh anda amalkan.

 

Fahami proses bukaan rahim 

Bukaan rahim adalah terma digunakan merujuk kepada bukaan pintu rahim atau serviks. Serviks adalah bahagian bawah rahim, di mana ia terbuka ke faraj1.

Proses bukaan ini melibatkan penipisan dinding serviks yang bertujuan memberikan laluan kepada bayi dalam kandungan. Bagi kelahiran normal iaitu melalui saluran faraj, dinding rahim perlu mengembang sehingga 10 cm. 

Untuk sesetengah wanita hamil, proses bukaan rahim berlaku dengan cepat. Namun ada kalanya, ia mungkin memakan masa yang lama. 

Jadi adakah terdapat cara cepat bukaan bersalin yang boleh dicuba ya?

 

10 tips cepat bersalin 

Wujud ke cara cepat bukaan rahim? Sudah pastinya ada petua cepat bersalin yang boleh dilakukan bagi membantu mempercepatkan proses bukaan rahim.

Namun sebelum mencuba sebarang kaedah yang dikongsikan, berundinglah dengan doktor terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang implikasi yang tidak diingini.

1. Berdiri dan berjalan

Ibu hamil yang banyak berdiri dan berjalan boleh membantu mempercepatkan proses bukaan serviks. Ini kerana semakin banyak anda bergerak, ia akan menambah tekanan pada rahim akibat berat bayi dalam kandungan2

Ia boleh dianggap sebagai satu senaman mudah kerana anda boleh melakukannya di dalam ruang kediaman rumah. Jika gemar mendengar muzik, anda boleh menari sambil melakukan pergerakan mudah.

Tips cepat bersalin

2. Urutan pada perineum

Sekitar minggu ke-34 atau 35 kehamilan, anda disarankan untuk memulakan urutan perlahan di bahagian perineum3. Ia adalah kawasan antara bukaan faraj dan dubur. 

Ia dianggap sebagai petua cepat bersalin yang baik untuk diamalkan kerana urutan ini dipercayai dapat memanjangkan dan melembutkan tisu perineum4. Teknik urutan ini perlu dilakukan selama 10 minit sekali dalam sehari.  

3. Gembirakan hati

Apa kaitan berasa gembira dengan cara cepat bukaan bersalin?

Badan akan mengeluarkan hormon oksitosin secara semula jadi yang dapat merangsang kontraksi. Hormon ini dikeluarkan apabila anda berada dalam keadaan gembira dan bahagia5

Peningkatan tahap oksitosin yang lebih tinggi dapat membantu mempercepatkan proses bersalin.

Jadi apa yang perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap oksitosin semula jadi ini? Lakukan apa sahaja yang membuatkan diri anda berasa gembira, santai dan bahagia.

4. Tips cepat bersalin: Hubungan seksual

Hubungan seks boleh membantu merangsang hormon cinta semula jadi badan iaitu oksitosin dan ia juga punca berlakunya kontraksi6.

Orgasma yang dialami semasa kehamilan boleh membantu mengecutkan rahim jika badan sudah bersedia. Manakala air mani pula adalah sumber semula jadi prostaglandin yang dapat melembutkan serviks.

Walaupun tidak terdapat bukti kukuh mengenai keberkesanan tip ini sebagai cara cepat bukaan, tetapi tiada salahnya untuk mencuba. 

Sila rujuk doktor untuk nasihat tentang keselamatan melakukan hubungan seksual semasa hamil.

5. Makan kurma salah satu tips cepat bersalin

Pengambilan buah kurma dipercayai dapat meningkatkan kematangan serviks dan wanita hamil yang mengamalkannya lebih cenderung untuk bersalin sendiri tanpa bantuan induksi. Kurma juga dipercayai membantu mengurangkan kehilangan darah7.

Tips cepat bersalin

Ini bermakna memakan kurma terutamanya ketika trimester ketiga turut boleh dianggap sebagai cara cepat bukaan bersalin yang boleh dicuba. 

6. Gym ball, mencangkung atau senaman squat

Penggunaan bola angin atau gym ball juga boleh dianggap sebagai satu petua cepat bersalin yang boleh dicuba. Anda boleh duduk di atas bola tersebut dan lakukan pergerakan ke depan dan ke belakang secara berulang8

Tindakan itu dikatakan dapat membantu meluaskan otot pelvik dan dalam masa yang sama memberikan rasa tenang kepada otot tersebut.

Jika tiada gym ball, anda boleh cuba untuk mencangkung atau melakukan senaman squat. Aktiviti ini juga dikatakan dapat memberikan tindak balas yang sama pada otot pelvik.

7. Mengubah posisi, salah satu tips cepat bersalin

Berada dalam kedudukan tertentu boleh membantu bayi dalam kandungan turun ke dalam pelvis dan memberikan tekanan yang diperlukan.   

Semasa anda bergerak untuk mengubah posisi seperti berbaring mengiring atau melutut, bayi dalam kandungan akan menyesuaikan diri untuk mempercepatkan proses bersalin9,10

8. Mandian air panas

Mandi dengan air panas dapat mengurangkan tekanan dan membantu proses bukaan rahim serta kontraksi. Keadaan ini sekali gus menjadikan anda lebih bersedia melalui prosedur bersalin kelak10.

Tips cepat bersalin #9. Rangsangan payudara

Rangsangan yang dilakukan pada payudara membebaskan oksitosin ke dalam aliran darah dan menyebabkan kontraksi11

Anda boleh menggunakan pam susu jika ingin mencuba petua cepat bersalin atau lakukannya secara manual dengan jari sendiri mahupun meminta bantuan daripada pasangan.

10. Kekal terhidrat 

Pengambilan air mencukupi juga dianggap tips cepat bersalin yang penting untuk diamalkan. 

Ia bukan sahaja dapat memastikan ibu kekal terhidrat, malahan juga boleh meningkatkan tahap tenaga, membantu otot bekerja lebih efektif serta mengurangkan risiko untuk mengalami sembelit5. Justeru, ini juga akan mempercepatkan proses bersalin.

Tips cepat bersalin

Sekiranya tidak berselera minum air kosong, anda boleh memilih untuk mengambil susu berperisa vanila atau coklat yang diperkaya dengan nutrien penting seperti DHA, kolina, asid folik, kalsium, protein dan inulin.

DHA merupakan asid lemak pilihan untuk menjana otak ibu hamil, penting bagi fungsi otak yang normal serta mengurangkan risiko kelahiran pramatang12.

Kolina pula adalah nutrien yang menyokong fungsi tubuh dan kesihatan keseluruhan. Ia penting dalam sistem saraf dan untuk perkembangan fungsi otak yang normal13, 14.  

 

Kekal bertenang

Jika proses bersalin berjalan lebih perlahan daripada yang dijangkakan, tiada salahnya untuk anda mencuba tips cepat bersalin yang dikongsikan ini.

Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting untuk dilakukan adalah kekal bersabar dan tenang. Selagi semuanya dalam keadaan baik, anda mungkin tidak perlu berbuat apa-apa selain menunggu.

 

Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips kehamilan dan keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi! Klik di sini untuk sertai.

Sertai Kelab Enfamama A+


Rujukan:
  1. What is Dilation in Pregnancy? https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/labor-and-birth/what-is-dilation-in-pregnancy/. Accessed on July 27, 2023

  2. Ondeck M. Healthy birth practice #2: walk, move around, and change positions throughout labor. J Perinat Educ. 2014 Fall;23(4):188-93. doi: 10.1891/1058-1243.23.4.188. PMID: 25411538; PMCID: PMC4235058. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4235058/. Accessed on July 27, 2023

  3. What Is the Evidence for Perineal Massage During Pregnancy to Prevent Tearing? https://www.lamaze.org/Connecting-the-Dots/what-is-the-evidence-for-perineal-massage-during-pregnancy-to-prevent-tearing#. Accessed on July 27, 2023

  4. 5 exercises and techniques to train for childbirth. https://utswmed.org/medblog/prepare-body-labor-delivery/. Accessed on July 27, 2023

  5. How can I speed up labour? https://www.myhsn.co.uk/top-tip/can-i-speed-up-labour. Accessed on July 27, 2023

  6. Truth or Tale? 8 Ways to (Maybe) Move Labor Along Naturally. https://health.clevelandclinic.org/truth-or-tale-8-ways-to-maybe-move-labor-along-naturally/. Accessed on July 27, 2023

  7. Kordi M, Meybodi FA, Tara F, Fakari FR, Nemati M, Shakeri M. Effect of Dates in Late Pregnancy on the Duration of Labor in Nulliparous Women. Iran J Nurs Midwifery Res. 2017 Sep-Oct;22(5):383-387. doi: 10.4103/ijnmr.IJNMR_213_15. PMID: 29033994; PMCID: PMC5637148. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5637148/. Accessed on July 27, 2023

  8. Benefits of Using a Yoga Ball During Pregnancy and Labor. https://health.clevelandclinic.org/birthing-ball/. Accessed on July 27, 2023

  9. Speeding up labour. https://www.babycentre.co.uk/a546721/speeding-up-labour. Accessed on July 27, 2023

  10. What Factors Influence the Progression of Childbirth? https://www.takingcharge.csh.umn.edu/what-factors-influence-progression-childbirth. Accessed on July 27, 2023

  11. Takahata K, Horiuchi S, Tadokoro Y, Shuo T, Sawano E, Shinohara K. Effects of breast stimulation for spontaneous onset of labor on salivary oxytocin levels in low-risk pregnant women: a feasibility study. PLoS One. 2018;13(2):e0192757. https://journals.plos.org/plosone/article?id=10.1371/journal.pone.0192757. Accessed on July 27, 2023

  12. Science Update: High-dose DHA influences immune responses during pregnancy, may reduce risk of preterm birth. https://www.nichd.nih.gov/newsroom/news/012122-DHA. Accessed on July 27, 2023

  13. Choline during pregnancy impacts children’s sustained attention. https://news.cornell.edu/stories/2022/01/choline-during-pregnancy-impacts-childrens-sustained-attention. Accessed on July 27, 2023

  14. Choline - Uses, Side Effects, And More. https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-436/choline. Accessed on July 27, 2023