Tak sabarnya menunggu masa bersalin! Ketika ibu sibuk menghitung hari, jangan lupa untuk sediakan barang keperluan bersalin. Sememangnya, kita tidak boleh merancang bila masanya bersalin, namun ibu perlulah lebih peka mengenai barang keperluan ibu bersalin.

Ibu mungkin sudah mempunyai senarai barang-barang yang perlu dibawa ke hospital. Dengan adanya internet, pencarian ini menjadi semakin mudah. Terdapat banyak checklist yang boleh ibu dapati dengan satu klik sahaja pada kotak carian Google.

Tidak dinafikan, kebanyakan ibu hamil telah mempunyai pelan tersendiri yang dirangka bersama suami untuk bersalin. Ada yang sudah menyediakan beg sendiri untuk tujuan kecemasan.

Apabila tarikh bersalin semakin mendekat, penting untuk ibu mempersiapkan diri daripada segi mental dan fizikal sebelum proses bersalin. Bapa pula akan membantu ibu daripada segi pengangkutan dan persiapan secara am.

10 Barang keperluan bersalin untuk ibu dan bapa

Baju, kain batik, sabun… Eh, apa lagi ya! Buat bakal ibu di luar sana, jangan sesekali mengambil ringan tentang persiapan barang keperluan ibu bersalin. Buruk padahnya jika barang-barang ini tidak disediakan selengkapnya.

Walau bagaimanapun, ibu-ibu janganlah terlalu risau. Barang keperluan ibu bersalin memang penting, tetapi kesihatan mental dan fizikal ibu lebih utama lebih-lebih lagi ketika berpantang.

Pastikan anda tahu cara terdekat untuk ke hospital dan pek semua barang keperluan secukupnya. Kita tidak tahu berapa lama tempoh bagi seorang ibu hamil itu perlu menghabiskan masa di hospital.

Selain itu, jangan lupa sediakan barang keperluan seperti berikut:

1. Baju yang longgar dan selesa untuk dipakai

Ibu yang ingin bersalin perlu membawa beberapa helai baju yang selesa dan longgar untuk dipakai1.

Jangan lupa, masukkan sekali baju yang tebal. Kadangkala, hospital boleh menjadi sangat sejuk pada waktu malam.

Kemudian, jangan lupa bawa baju dan seluar dalam tambahan2. Pek tiga hingga empat helai kelengkapan ini di dalam beg. Anda juga boleh memasukkan sekali baju dalam khas jika perlu.

Jangan lupa, saiz payudara anda juga mungkin akan membesar. Ini merupakan salah satu perkara yang mungkin perlu difikirkan oleh ibu sebelum membawa baju dalam.

2. Sertakan sekali dokumen penting

Selain barang keperluan bersalin, jangan lupa untuk membawa bersama dokumen penting seperti kad pengenalan, buku pink, sijil nikah atau apa-apa dokumen penting seperti salinan surat jaminan (guarantee letter) dan sebagainya.

Jika anda mempunyai pelan atau nota hospital untuk membantu proses bersalin, bawa sekali untuk tujuan rujukan. Nota ini mungkin dapat membantu anda dan suami untuk lebih tenang semasa menunggu proses bersalin nanti.

3. Bawa barang penjagaan diri

Kadangkala, hospital tidak menyediakan barang penjagaan diri yang mencukupi.

Oleh sebab itu, bawa sekali beg kecil yang lengkap dengan sabun, ubat gigi, berus gigi, sikat, pengikat rambut, deodoran dan pelembap bibir.

4. Sediakan bakul berisi makanan

Makanan yang berkhasiat dapat membantu ibu mendapatkan tenaga yang mencukupi untuk menghadapi proses bersalin.

Oleh itu, sediakan bakul berisi buah-buahan segar atau jus sebagai pengalas perut ketika di hospital2. Termos juga mungkin berguna untuk ibu yang sukakan minuman panas.

5. Bawa barang yang boleh buatkan anda relaks

Ibu suka membaca? Apa kata, bawa sebuah dua buku untuk membantu ibu kekal tenang sewaktu menunggu waktu bersalin.

Selain itu, ibu juga boleh meluangkan masa menonton drama kegemaran atau mendengar lagu secara atas talian. Jangan lupa bawa sekali fon telinga ya!

6. Bawa tuala lama

Tuala merupakan salah satu barang keperluan ibu bersalin yang amat penting di hospital.

Namun, anda tidak perlu membeli tuala baharu, cukup bawa sahaja beberapa helai tuala sedia ada yang disimpan di rumah. Namun, pastikan tuala tersebut bersih ya.

Ibu yang baru bersalin mungkin akan mengalami luka koyakan. Jadi, elakkan membawa tuala yang berwarna putih.

7. Bawa selipar

Jangan lupa untuk membawa selipar atau sandal ke hospital nanti. Barulah mudah ibu hendak bergerak ke mana-mana.

Sekiranya boleh, beli atau dapatkan selipar yang baharu kerana tapaknya masih berada dalam keadaan baik. Ini untuk mengelakkan anda berisiko terjatuh disebabkan selipar yang sudah lusuh.

8. Bawa kain batik

Selain barang keperluan ibu bersalin yang wajib seperti tuala dan sebagainya, ibu juga boleh membawa antara empat ke lima helai kain batik.

Kain batik boleh dipakai selepas bersalin dan digunakan sebagai alas tempat tidur. Jika terkena darah sekalipun, ia tidak akan kelihatan dengan jelas pada cadar atau sarung tilam anda.

9. Stokin tebal untuk tidur

Ibu, jangan sesekali lupa bawa stokin! Ini merupakan salah satu barang keperluan bersalin yang agak penting. Jika tidak, ibu berkemungkinan akan menggigil kesejukan pada waktu malam.

Jika anda tidak tahan sejuk, bawa sekali selimut nipis sebagai persediaan.

10. Bawa sekali susu sebagai bekalan

Jangan lupa, diet ibu juga memainkan peranan yang penting, terutamanya untuk ibu hamil dan yang menyusu3.

Oleh sebab itu, ibu hamil dan yang menyusukan perlu minum susu yang diformulasi dengan DHA dan kolina, selain diperkaya dengan asid folik, protein dan kalsium bagi memenuhi keperluan harian4.

Jadi, masukkan sekali susu kegemaran anda dalam beg barang keperluan bersalin. Lagipun, bukankah kesihatan ibu adalah yang paling utama?

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik di sini.


Rujukan:
1. What to take to hospital - checklist. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/what-to-take-to-hospital-checklist. Accessed on March 7, 2022.
4. Health benefits of docosahexaenoic acid (DHA). https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/10479465/. Accessed on March 7, 2022.
5. Sleep and breastfeeding. https://www.babycentre.co.uk/a553835/sleep-and-breastfeeding. Accessed on March 7, 2022.