traditional confinementtraditional confinement

Pada masa 4-6 minggu selepas bersalin juga dikenali sebagai tempoh postpartum atau berpantang ialah tempoh peralihan penting dalam hidup ibu baru bersalin. Dalam tempoh ini, ibu perlu memulihkan kekuatan – mental, emosi dan fizikal – dan menyesuaikan peranan baharunya di rumah dan dalam pergaulan sosial. Penjagaan postpartum untuk membantu menjamin kesejahteraan ibu membabitkan keluarga dan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan, usaha mengelakkan komplikasi, diet seimbang, persekitaran bersih dan selamat, dan juga sokongan mental / emosii. Di banyak negara Asia Tenggara, beberapa minggu ini biasanya dikenali sebagai tempoh berpantang. Dalam tempoh ini, ibu baru bersalin dikehendaki mengikut amalan tradisional tertentu yang bertujuan untuk membantunya memulihkan kesihatan.

Asal-usul amalan ini

Tradisi berpantang diamalkan dalam pelbagai budaya di seluruh dunia sejak zaman silam. Amalan ini juga dikenali sebagai tempoh ‘dalam hari‘ di Eropah, ‘Zuo yue Zi’ di China, ‘Sango no hidachi’ di Jepun dan ‘la cuarentena’ di Amerika Latin.

Bagaimana amalan berbeza mengikut budaya?

Amalan pantang tradisonal menekankan pentingnya mengekalkan badan ibu dalam keadaan ‘panas’ menerusi makanan, rehat dan pelbagai amalan tertentu. Amalan ini mungkin dipengaruhi oleh iklim, persekitaran, rohani, dan juga situasi ekonomi masyarakat pada zaman itu. Sebagai contoh, dalam amalan ‘La cuarentena”, badan ibu dipercayai ‘terbuka’ dan terdedah kepada ‘aliran udara atau angin’ii. Maka itu, ibu baru dikehendaki menutup kepala dan badan, dan mengelakkan membasuh rambut. Dalam amalan ‘Zuo yue Zi’ masyarakat Cina, selain melindungi badan daripada angin, ibu dikehendaki makan makanan hangat atau ‘yang’ dan mengelakkan makanan sejuk atau ‘yin’.

Walaupun di kebanyakan negara ibu baru bersalin dimanjakan dengan bantuan pengurusan rumah dan makanan khusus, di Nepal dan dalam masyarakat Hindu tertentu, ibu baru bersalin dianggap berada dalam tempoh ‘tidak suci’ dan satu majlis penyucian khas dilakukan selepas tamat tempoh berpantang di mana ibu dan anak diterima kembali ke dalam masyarakatiii.

Amalan berpantang tradisional biasa bagi ibu di Asia Tenggara.

Biasanya amalan berpantang tradisional bagi ibu dibahagi kepada pelbagai kategori kehidupan harian dan ini termasuk:

Pemakanan 

Makanan umumnya terbahagi kepada karbohirat, protein, lemak, buah-buahan dan sayur-sayuran, tenusu dan bendalir. Diet dalam pantang tradisional menganggap buah-buahan seperti tembikai dan sayuran berdaun hijau dianggap sejuk atau ‘yin’ dan perlu dielakkan atau dipantangkan sepanjang tempoh berpantang atau sebahagian tempoh berpantang. Sebaliknya, halia, minyak bijan, alkohol, bawang putih, kunyit, serai dan bawang besar dianggap hangat atau ‘yang’ dan sangat digalakkan.

Kebersihan Peribadi

Sebahagian besar amalan berpantang masyarakat Asia Tenggara adalah serupa kerana badan ibu baru bersalin dianggap lemah dan perlu ‘dihangatkan’. Kepercayaan ini mendorong amalan tidak membasuh rambut atau tidak mandi dalam tempoh berpantang dalam kalangan masyarakat etnik Cina di Malaysia dan Singapuraiv. Amalan berpantang tradisional dalam masyarakat Melayu dan Indonesia membenarkan ibu mandi semasa dalam pantang tetapi dihangatkan dengan tungku panas, sauna kering atau baring di atas katil yang dihangatkan dari bawahv. Menurut tradisi, ibu-ibu Thai juga tidak digalakkan mandi atau mencuci rambut semasa dalam tempoh ini dan mereka juga mengamalkan rawatan bertungku panas dan baring di atas katil hangatvi.

Sosial / persekitaran / fizikal

Dalam hampir kesemua masyarakat Asia Tenggara, ibu-ibu dalam pantang tidak digalakkan keluar rumah untuk menyertai pergaulan sosial selama 30-44 hari. Ini adalah untuk mengelakkan penyakit bila usia meningkat. Ini mendorong amalan menutup semua tingkap dan memakai baju hangat, stoking dan larangan keluar rumah. Amalan ini mungkin berasal daripada hasrat untuk memastikan ibu dapat berehat, mengelakkan ‘angin masuk dalam badan’ dan kepercayaan bahawa ibu mungkin ‘tidak bersih’. Sebaliknya, ibu baru bersalin digalakkan berehat dan tidak memenatkan diri dengan membuat kerja-kerja rumah seperti memasak, mengangkat baldi air yang berat atau turun naik tangga. Dalam banyak masyarakat, seorang pembantu atau ahli keluarga ditugaskan untuk membuat kerja-kerja rumah dan menjaga ibu baru bersalin.

Menjaga diri sendiri

Meskipun nasihat penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan adalah berdasarkan bukti, ramai menyedari dan menghormati amalan tradisional, dengan syarat amalan tidak mendatangkan mudarat kepada ibu. Mereka mengakui bahawa ibu baru bersalin memerlukan rehat fizikal dan emosional, sokongan dan diet seimbang untuk memulihkan kekuatan. Dalam soal diet, makanan daripada semua kumpulan makanan disyorkan secara sederhana untuk memastikan ibu baru mendapat segala nutrien yang diperlukan oleh badannya untuk memulihkan dan membina kekuatan. Ini termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, bendalir berkhasiat, lemak, karbohidrat, produk tenusu dan proteinvii.

Ibu baru bersalin mudah mendapat jangkitan perineal, uterus, pundi kencing, payu dara dan kulit. Oleh itu, adalah penting untuk menjaga kebersihan dengan mandi dan membasuh tangan dengan betul.

Senaman untuk menguatkan otot dasar pelvis, berjalan dan senaman abdomen yang ringan digalakkan. Senaman-senaman ini akan membantu menguatkan otot dasar pelvis dan abdomen manakala senaman ringan seperti berjalan baik untuk kesejahteraan fizikal dan mental ibu.

Kajian telah menunjukkan bahawa rehat mental dan fizikal disertakan dengan sokongan emosi, terutama sekali oleh keluarga dan pasangan boleh mengurangkan kejadian Kemurungan Selepas Bersalinviii. Persekitaran fizikal dan rumah yang selesa dapat membantu memastikan ibu baru bersalin mendapat cukup rehat dan menyesuaikan diri dengan peranan baharunya..

 

REFERENCES:

i) https://www.acog.org/About-ACOG/News-Room/News-Releases/2016/Ob-Gyns-Str...

ii) https://onlinelibrary.wiley.com/doi/pdf/10.1111/j.1552-6909.2011.01298.x

iii) https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4933986/, p. BMC Pregnancy childbirth 2016. Sheetal Shama)

http://chinabuddhismencyclopedia.com/en/index.php/Birth_Rituals_in_Hinduism

vi) https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1913060/, p. BMC Pregnancy Childbirth 2007

v) https://www.healthxchange.sg/women/post-pregnancy/confinement-dos-donts

vi) https://onlinelibrary.wiley.com/doi/abs/10.1046/j.1365-2648.2003.02534.x

vii) https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=the-new-mother---t...

viii) https://www.nhs.uk/conditions/post-natal-depression/

 

MYS-01/05P28/19138