women sleeping with alarmwomen sleeping with alarm

Anda baru sahaja bersalin dan segalanya rasa teruja sangat mengujakan tetapi pada masa yang sama, menggentarkan. Meskipun tumpuan dan perhatian utama anda adalah kepada anak anda, hakikatnya anda juga perlu menjaga diri sendiri secara menyeluruh. Hanya apabila anda sihat dari segi fizikal, mental dan emosi, anda dapat memberikan yang terbaik.

Bergantung pada hospital tempat anda bersalin, anda mungkin didatangi bidan yang akan memeriksa sama ada anda dapat memainkan peranan baharu anda sambil membantu anda memulihkan kesihatan fizikali. Bidan mungkin mengunjungi anda beberapa kali sepanjang beberapa hari atau minggu yang akan datang, bergantung pada di mana anda tinggal dan bagaimana anda menguruskan keadaan.

Anda juga perlu sedar bahawa terdapat juga isu-isu kesihatan yang mungkin timbul dalam tempoh ini. Anda perlu berjumpa doktor jika anda mengalami pendarahan vagina yang teruk, kesakitan yang bertambah dan tidak lega, ada rasa seram sejuk, demam disertakan dengan atau tanpa sakit badan, dan sakit kepala yang berterusan.ii

Kemurungan selepas bersalin boleh membimbangkan dan mempengaruhi wanita berlainan dengan cara yang berlainan. Kemurungan boleh dialami pada bila-bila masa selepas bersalin, kadang-kadang secara beransur. Jika anda rasa sangat tidak bermaya sepanjang masa, tidak berminat untuk menjaga diri anda sendiri atau benda di sekeliling anda, cepat naik angin dengan perasaan sedih atau bersalah, dan tidak dapat tidur dengan baik, anda dinasihatkan supaya mendapatkan perhatian perubatan dengan secepat mungkin. Dengan sokongan dan rawatan, ramai wanita pulih sepenuhnya.iii

Terdapat beberapa faktor untuk dipertimbangkan dalam usaha memastikan anda pulih sepenuhnya dalam tempoh ini. Diet seimbang dengan pengambilan banyak minuman berkhasiat dan sedikit makanan secara kerap akan memastikan anda terhidrat dan mempunyai tenaga yang diperlukan untuk tugas yang sedang dilaksanakan oleh badan anda. Pengambilan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran serta karbohidrat kompleks, protein, lemak baik dan produk tenusu (seperti susu) dalam jumlah yang sihat akan memastikan anda mendapat segala nutrien yang diperlukan oleh badan anda iv. Makan semua makanan ini secara sederhana.

Rehat boleh dikatakan satu kemewahan bagi ibu baru bersalin tetapi inilah yang sangat diperlukan. [v] Cuba rehatkan diri apabila anak anda sedang rehat atau tidur. Ingat, kesihatan anda perlu diutamakan, bukan kerja menguruskan cucian pakaian atau mengemas rumah yang berselerak. Bukan selalu anda dapat tidur dengan secukupnya tetapi senaman yang merehatkan badan di samping mengurangkan masa menonton tv dan menerima kedatangan pelawat boleh membantu anda mendapat sedikit rehat yang diperlukan.

Sungguhpun rehat sangat diperlukan, senaman ringan seperti berjalan dan senaman menguatkan otot dasar pelvis wajar dilakukan.iv

Anda boleh meminta dan mendapatkan bantuan pembantu rumah. Anda tidak perlu melakukan segala-galanya sendiri.vii Tidak ada kekangan masa untuk anda menguruskan kerja rumah. Setiap orang mempunyai keperluan tersendiri dan anda perlu ingat bahawa jika anda dan suami anda gembira, keluarga anda akan juga gembira.

Kelilingi diri anda dengan orang yang boleh memberi sokongan emosi. Luahkan kebimbangan anda kepada pasangan anda, ahli keluarga dan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan. Memang biasa untuk ibu baharu memendam perasaan dan menyimpan seribu satu soalan.

REFERENCES:

i) http://www.myhealth.gov.my/en/postnatal-care-home/

https://apps.who.int/iris/bitstream/handle/10665/97603/9789241506649_eng...

ii) https://www.nhs.uk/conditions/pregnancy-and-baby/your-body-after-childbi...

iii) https://www.nhs.uk/conditions/post-natal-depression/

iv) https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=the-new-mother---t...

v) https://my.clevelandclinic.org/health/articles/9679-caring-for-your-heal...

vi) https://www.nhs.uk/conditions/pregnancy-and-baby/your-body-after-childbi...

vii) https://americanpregnancy.org/first-year-of-life/baby-blues/