Persediaan untuk bersalin dan menyambut bayi baru

Menjaga Diri Anda adalah Bahagian Persediaan Bersalin

 
  1. Senaman ringan (meregangkan badan, berjalan kaki, meneruskan senaman kegel)
  2. Memanjakan diri (potong rambut, mencukur bulu)
  3. Menyertai kelas keibubapaan
  4. Membaca tentang senario dan prosedur kelahiran dan bersalin
 

Menyediakan rancangan bersalin

 
  1. Siapakah yang akan menemani anda di bilik bersalin?
  2. Apakah persekitaran yang anda mahukan?
  3. Adakah anda ingin merakamkan detik-detik bersejarah buat kenangan (gambar/video)
  4. Apakah jenis ubat pelega sakit yang anda kehendaki?
  5. Bagaimana anda mahu bersalin?
  6. Adakah suami anda patut berada di sisi anda jika menjalani pembedahan caesarean?
  7. Adakah anda mahu mengkhatankan anak anda?
 

Persediaan Kehamilan di Rumah

 
  1. Pastikan bilik anda sudah disediakan
  2. Beli bekalan secukupnya untuk sebulan
  3. Isi beg bersalin anda
  4. Masak hidangan tambahan dan sejuk bekukan untuk kemudian; kumpulkan menu khidmat penghantaran
  5. Bayar bil (sewa/talian mudah alih/kad kredit) terlebih dahulu
  6. Jika ada anak lain, dapatkan khidmat pengasuh atau bantuan saudara-mara untuk menjaga mereka dan berikan arahan sewajarnya
  7. Isi minyak kereta anda
  8. Ketahui tanda-tanda bila anda patut ke hospital (tanya doktor).
  9. Buat perancangan untuk senario berbeza: jika anda rasa sakit nak bersalin semasa suami berada di pejabat, jika ia berlaku pada tengah malam dll.
  10. Sediakan senarai nombor orang yang perlu untuk dihubungi jika tiba masa untuk bergegas ke hospital
 

Semasa di hospital

 
  1. Pastikan bilik sudah disediakan
    1. bilik bersalin
    2. wad bersalin
    3. stesen jururawat
    4. ruang pentadbiran untuk pemprosesan dan pembayaran
  2. Daftar terlebih dahulu di hospital jika dibenarkan
  3. Tanya tentang dasar hospital
    1. Waktu kunjungan
    2. Barangan yang disediakan (seperti lampin, tuala wanita, keperluan dandanan diri)
    3. Apa yang boleh dan tidak boleh dibawa (seperti pemanas makanan, pemain muzik)
    4. Siapa yang boleh memasuki bilik bersalin bersama anda
    5. Berapa lama anda boleh menginap selepas bersalin
    6. Ujian pemeriksaan yang diberikan selepas bersalin
 

Bagaimana untuk mengetahui sekiranya anda sudah merasai sakit nak bersalin

 
  1. Kontraksi yang lebih kuat dan lebih kerap (tanya pakar sakit puan anda berapa selang masanya sebelum anda patut pergi ke hospital)
  2. Lelehan vagina tebal; pecah air ketuban
  3. Sakit belakang ketara
  4. Tekanan pada pelvis anda
  5. Cirit-birit
 

* Jika tidak pasti, hubungi doktor anda. Jika berlaku pada waktu lewat malam, terus pergi ke hospital. Anda mungkin disuruh pulang dahulu, tetapi tiada salahnya jika kita lebih berhati-hati.