Bantu perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-32 kehamilan anda

Pada minggu ke-32, bayi dalam kandungan anda akan bergerak mengubah posisinya kepada posisi kepala menghala ke bawah bagi persediaan kelahiran.

Apa yang sedang berlaku pada minggu ini?

Pada waktu ini, bayi dalam kandungan anda sekarang sedang mengubah kedudukannya kepada posisi kepala menghala ke bawahi di dalam rahim anda.

Bayi dalam kandungan anda juga sudah mampu mengesan dunia di sekelilingnya dengan lebih baik. Rambutnya masih bertumbuh, dan dia juga mempunyai kening dan bulu mata.

Pada minggu ini, berat si kecil anda mencecah 3.75 paun (1.7 kilogram) dan kini berukuran 16.75 inci (42 sentimeter) dari hujung kepala ke hujung kaki.ii

Apa yang anda boleh jangkakan?

Apabila bayi anda berubah posisinya, kepala menghala ke bawah, kepalanya mungkin akan menekan saraf sciatic.iii Ini akan menyebabkan anda rasa sesemut atau rasa menyucuk di kaki dan punggung – satu keadaan yang dikenali sebagai sciatica.iv

Legakan kesakitan ini dan nikmati tempoh kehamilan dengan selesa dengan menggunakan tip-tip ini:

  • Gunakan pada pemanas untuk kelegaan.
  • Bersenam. Ini dapat membantu menghalang sciatica dan merupakan salah satu pilihan rawatan di bawah panduan ahli fisioterapi. Berjalan dan membuat regangan juga boleh membantu gejala sciatica dan akan menguatkan lagi otot bahagian belakang anda. Rujuk kepada doktor anda sebelum melakukan apa jua jenis senaman semasa hamil.
  • Menggunakan tilam yang teguh. Tilam yang teguh (firm) dapat memberikan sokongan kepada bahagian bahu dan punggung anda untuk membantu memastikan tulang belakang anda sentiasa dalam keadaan lurus.

Apa yang anda boleh lakukan untuk menyokong kehamilan anda?

Bagi menyokong berat perut anda yang semakin membesar dan juga mengurangkan tekanan di bahagian belakang anda, mengapa tidak mempertimbangkan untuk mendapatkan bantal ortopedik yang direka khas? Sekaranglah juga waktunya untuk anda meminta pasangan anda untuk mengurut belakang anda!v

Otak bayi dalam kandungan anda sedang mengalami pertumbuhan yang kompleks dan cepat, oleh kerana itu kekalkan diet yang seimbang dan berkhasiat untuk menyokong perkembangan dan pertumbuhan tersebut. Teruskan pemakanan yang kaya dengan DHA, iaitu blok binaan untuk otak bayi dalam kandungan anda. DHA akan berkumpul dengan cepat di dalam otak bayi dalam kandungan anda semasa trimester terakhir kehamilan anda.v

Selain itu, ibu boleh mengambil segelas susu yang dirumus secara saintifik untuk ibu hamil yang mengandungi DHA, kolina, asid folik, kalsium dan protein pada tahap yang disyorkan pakar.

Sertai Enfamama A+ Club sekarang untuk mendapatkan lebih banyak tip, sampel PERCUMA selain beberapa manfaat menarik lain! Klik sini.

 

Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-33


 

 

Rujukan:
 
i.   Pregnancy - week by week. (n.d.). Retrieved March 21, 2017, from    
ii   Curtis, G. B., & Schuler, J. (2016). Your Pregnancy Week by Week (8th ed.). Philadelphia, PA: Da Capo Press
iii  Sciatica during pregnancy. Retrieved 31 May 2017 from, http://www.pregmed.org/sciatica-    
     during-pregnancy.htm iv  Sciatica. (2016, October 12). Retrieved February 20, 2017, from      
iv   Sciatica. (2016, October 12). Retrieved February 20, 2017, from http://www.nhsdirect.wales.nhs.uk/encyclopaedia/s/article/sci
v   Carlson, Susan E. (2009) Docosahexaenoic acid supplementation in pregnancy. American Journal of Clinical Nutrition,
     89(2): 678S–684S.