Bantu perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-33 kehamilan anda

Anda sedang memberikan antibodi kepada bayi dalam kandungan anda yang akan menyumbang kepada sistem imunitinya.

Apa yang sedang berlaku pada minggu ini?

Bayi dalam kandungan anda sedang mengambil antibodi daripada anda untuk membina sistem imunitinya sendiri.i Ini akan memberikan perlindungan kepadanya semasa berada di dalam rahim.

Kandungan cecair amnion anda sentiasa berubah pada setiap mingguii; dan apabila bayi dalam kandungan semakin membesar mengisi ruang di dalam uterus anda, anda akan mula merasakan tendangan yang lebih kuat dari bayi dalam kandungan anda. Walau bagaimanapun, bayi dalam kandungan anda mungkin tidak dapat bergerak dengan lebih banyak seperti sebelum ini disebabkan ruang yang semakin sempit.

Pada waktu ini, otak bayi dalam kandungan anda telah terbentuk dengan sempurna, akan tetapi tengkoraknya masih lembut tidak seperti tulang-tulang di bahagian lain yang telah mengeras. Ini bagi memudahkan proses bersalin selain daripada melindungi bahagian otaknya.iii

Menjelang minggu ini, berat bayi dalam kandungan anda kini 4.25 paun (1.9 kilogram) dan berukuran kira-kira 17.25 inci dari hujung kepala ke hujung kaki.iv

Apa yang anda boleh jangkakan? 

Anda mungkin berasa kepanasan atau berasa lebih panas daripada biasa disebabkan peningkatan aliran darah dan kadar metabolisma yang lebih tinggi di dalam badan anda semasa hamil.v Sejukkan badan anda dengan langkah-langkah ini dan anda akan lebih menikmati waktu kehamilan anda:

  • Minum air dengan banyak untuk mengawal selia suhu badan anda.
  • Tahu bila perlu berhenti ketika bersenam. Kekal aktif dapat membantu untuk kehamilan yang sihat, tetapi berhenti dari melakukan kegiatan fizikal anda sekiranya badan anda mula berasa semakin panas dan anda mula pening atau pitam atau berasa mual. Perlu diingatkan, anda haruslah merujuk kepada doktor anda sebelum melakukan apa jua jenis senaman semasa anda hamil.

Apa yang anda boleh lakukan untuk menyokong kehamilan anda?

Teruskan makan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak kerana mereka kaya dengan nutrien-nutrien seperti vitamin C yang menyokong sistem pertahanan badan anda.vi

Sekiranya anda ada melakukan mana-mana rutin senaman, makan protein selepas bersenam untuk membantu memulihkan otot anda, kerana wanita hamil memerlukan khasiat protein yang lebih.vii Protein tambahan ini akan membantu bayi dalam kandungan anda membesar. Semasa trimester ketiga kehamilan anda, anda memerlukan protein tambahan sebanyak 30 gram setiap hariiii yang anda boleh perolehi daripada pelbagai sumber seperti ayam, itik, ikan, susu, dan telur. Ayam, itik dan daging bukan sahaja sumber protein yang bagus, mereka juga kaya dengan zink yang mana menyokong fungsi sistem pertahanan anda dan bayi dalam kandungan anda.ix

Berkomunikasilah dengan bayi dalam kandungan anda! Selain daripada memberikan rangsangan kepada otak melalui persepsi deria dan memori, kajian menunjukkan emosi bayi dalam kandungan mula berkembang sejak di dalam rahimx dan anda boleh membantu perkembangan ini dengan menunjukkan rasa kasih sayang anda kepada bayi dalam kandungan anda.

 


 

 

Rujukan:
 
i.       Infection and the Immune System. (2009, October 31). Retrieved April 16, 2017 from          
         /Pages/Infection-and-the-Immune-System.aspx    
ii         Amniotic Fluid Disorders. (n.d.). Retrieved April 16, 2017from             
iii        You and your baby at 33-36 weeks pregnant. (2017, March 31). Retrieved April 10, 2017, from             
iv       Curtis, G. B., & Schuler, J. (2016). Your Pregnancy Week by Week (8th ed.). Philadelphia, PA: Da Capo Press.
v        Changes within the body during pregnancy. Retrieved 29 May 2017 from,         
vi        Nutrients & Vitamins For Pregnancy. Retrieved 31 May 2017 from,             
vii       Pregnancy - During Pregnancy - Diet & Your Pregnancy. (n.d.). Retrieved April 11, 2017, from                 
viii      WHO/FAO/UNU report, 2007 (p. 243-244) http://apps.who.int/iris/bitstream/10665/43411/1/WHO_TRS_935_eng.pdf
ix       Zinc supplementation during pregnancy: Biological, behavioural and contextual rationale. Retrieved 31 May 2017               
x        Van den Bergh, B. (1990). The influence of maternal emotions during pregnancy on fetal and neonatal behavior.             
          Journal of Prenatal & Perinatal Psychology and Health,5(2), 119-130.