Bantu perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-38 kehamilan anda

Perkembangan mental & fizikal bayi dalam kandungan anda telah berlaku dengan banyak sehingga keberatannya mencecah 14 auns apabila menjelang minggu ke-38. Teruskan menyokong perkembangan mental dan fizikal bayi dalam kandungan anda dengan diet pemakanan yang sihat dan seimbang .

Apa yang sedang berlaku pada minggu ini?

Bayi dalam kandungan anda semakin gemuk apabila lemak-lemak terhasil dengan banyak di bawah kulit. Sistem reproduktif juga telah terbentuk sepenuhnya. Jika bayi anda bayi lelaki, testisnya baru mula turun masuk ke dalam skrotum.i Bagi bayi perempuan pula ukur lilit uterusnya meningkat dari 20 mm kepada 60mm dan lebarnya bertambah dari kurang 10mm kepada 20mm di antara minggu ke-19 dan ke-38.ii

Bayi dalam kandungan anda kini mempunyai kuku jari kaki yang comel sekarang, dan otaknya terus berkembang sehingga beratnya mencecah 14 auns (hampir 400 grams).iii

Secara purata, berat bayi dalam kandungan anda kini kira-kira 6.75 paun (3.1 kilogram) dan panjangnya berukuran 19.6 inci dari kepala ke kaki.iv

Apa yang anda boleh jangkakan?

Anda mungkin mengalami cirit-birit dalam minggu-minggu terakhir kehamilan. Ia adalah satu petanda yang normal menunjukkan proses kelahiran akan berlaku tidak lama lagi.v Berikut apa yang anda boleh lakukan untuk memastikan kehamilan anda kekal sihat:

  • Minum air dengan banyak untuk menggantikan cecair yang telah hilang akibat daripada masalah usus.iv
  • Jumpa doktor anda. Sementara sesetengah orang akan kembali sihat dari cirit-birit setelah beberapa hari, anda mungkin terpaksa mendapatkan preskripsi dari doktor sekiranya anda masih belum sembuh dari cirit-birit.

Anda juga mungkin akan mula merasai “pedih di bahagian kelangkang”, iaitu rasa sakit yang tajam di bahagian vagina atau merasakan tekanan yang tinggi di bahagian pelvis anda.vi Ini berlaku apabila bayi dalam kandungan anda terlanggar saraf yang sensitif di bahagian pelvis anda.vii Jangan berasa terkejut sekiranya ini berlaku – ianya bukanlah perkara yang luar biasa yang anda akan alami pada peringkat kehamilan sekarang. Jangan berdiri terlalu lama untuk membantu meredakan tekanan dan ketidakselesaan. 

Apa yang anda boleh lakukan untuk menyokong kehamilan anda?

Otak bayi dalam kandungan anda berkembang dengan pantas semasa tempoh kehamilan adalah satu kenyataan. Berat otak bayi dalam kandungan anda adalah kira-kira 25% daripada berat otak manusia dewasa dan akan terus berkembang menjadi 75% pada 2 tahun awal kehidupannya.viii

Teruskan diet pemakanan yang sihat dan seimbang yang kaya dengan DHA dan nutrien-nutrien penting yang lain seperti zat besi, zink, kuprum, kolina dan folat, untuk menyokong perkembangan mental & fizikal bayi dalam kandungan anda.

Berbincanglah dengan pasangan anda atau ahli keluarga anda yang rapat tentang keinginan anda untuk bersama-sama mereka semasa proses bersalin. Semakin banyak penglibatan mereka mereka, semakin kuat jalinan hubungan yang terikat dengan bayi dalam kandungan anda. Bertafakur adalah salah satu cara yang bagus untuk meredakan kerisauan anda, begitu juga berkongsi dengan mereka yang anda percayai. Anda juga boleh catatkan segala fikiran yang anda mungkin rasakan ke dalam sebuah diari ataupun anda boleh melukis gambar bayi dalam kandungan anda.

 


 

 

Rujukan:
 
i.    Undescended Testicle. Harvard Health Publications. Harvard Medical School. Retrieved 29 May 2017 from,        
ii    Uterus Development. Retrieved 29 May 2017 from,      
iii    Fetal development: The 3rd trimester. (2014, July 11). Retrieved April 12, 2017, from      
iv   Curtis, G. B., & Schuler, J. (2016). Your Pregnancy Week by Week (8th ed.). Philadelphia, PA: Da Capo Press.
v    Signs and Symptoms of Labour. (n.d.). Retrieved April 16, 2017 from      
vi   Brusie, C. (2016, February 29). How to Identify Lightning Crotch Pain During Pregnancy. Retrieved April 16, 2017 from      
vii  Rost, C. (2007). Relieving Pelvic Pain During and After Pregnancy: How Women Can Heal Chronic Pelvic Instability.        
      Alameda: Hunter House.
viii Dobbing J, Sands J. Quantitative growth and development of human brain. Arch Dis Child. 1973; 48: 757-767.
ix   Georgieff, M. K. (2007) Nutrition and the developing brain: nutrient priorities and measurement. American Journal of
Clinical Nutrition, 85(2): 614S-620S.