Bantu perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-36 kehamilan anda

Bayi dalam kandungan anda menggunakan otot mukanya untuk berlatih makan pada minggu ke-36. Teruskan memberi pemakanan yang betul dan stimulasi untuk anda dan bayi dalam kandungan anda.

Apa yang sedang berlaku pada minggu ini?

Menjelang minggu ini, paru-paru bayi dalam kandungan anda telah terbentuk dengan sempurna, dan sudah bersedia untuk berfungsi di luar rahim.i

Begitu juga, apabila otot muka bayi dalam kandungan anda berkembang, si dia melatih kemahiran menghisapnyai. Otak bayi dalam kandungan anda sudah berkembang dengan sempurna, tetapi otot di sekitarnya masih lembut bagi membolehkan pertumbuhan otak yang seterusnya.

Berat bayi dalam kandungan anda kini ialah 5.75 paun (2.6 kilogram), dan berukuran kira-kira 18.6 inci (47 sentimeter) panjang dari hujung kepala ke hujung kaki.ii

Apa yang anda boleh jangkakan? 

Anda mungkin perasan yang anda sedang menghasilkan gumpalan lendir. Badan anda sedang menghasilkan penyumbat lendir, yang akan melitupi bukaan uterus anda bagi melindungi bayi dalam kandungan anda daripada bakteria dari luar.i Berikut ialah apa yang anda boleh lakukan untuk mengekalkan kehamilan yang sihat:

  • Ambil tahu pengeluaran lendir ini. Sekiranya lendir yang keluar berwarna merah terang, hubungi doktor anda dengan kadar yang segera kerana ini mungkin petanda kelahiran pramatang.iv
  • Kongsikan perkembangan ini dengan doktor anda. Pengeluaran penyumbat lendir ini adalah cara badan anda bersiap sedia untuk proses bersalin.

Apa yang anda boleh lakukan untuk menyokong kehamilan anda?

Mengekalkan diet yang sihat masih lagi perkara yang penting supaya anda dapat menyokong perkembangan menyeluruh bayi dalam kandungan anda. Teruskan mengambil kira-kira 200 miligram DHA dalam minggu-minggu terakhir kehamilan ini untuk memberikan sokongan yang terakhir kepada perkembangan mental & fizikal bayi dalam kandungan anda.v Sebagai blok binaan otak bayi dalam kandungan anda, DHA berkumpul dengan pantas di dalam otaknya ketika trimester terakhir kehamilan anda sehinggalah tahun-tahun awal kehidupannya.vi

Lakukan pemeriksaan dengan doktor anda untuk memastikan kedudukan bayi anda sekarang dalam posisi kepala menghala ke bawah. Sekiranya bayi dalam kandungan anda tidak berada di dalam posisi ini, dan tidak berubah kepada posisi ini dua minggu kemudian, bincang dengan doktor anda untuk langkah yang seterusnya.

Anda pasti berasa teruja, atau mungkin berasa sedikit bimbang pada peringkat ini. Cuba elakkan kebimbangan ini untuk tidak terlalu menguasai diri anda kerana tekanan yang lebih akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan andavii dan akan mengganggu dalam proses mengeratkan hubungan.

Bertafakur adalah cara yang baik untuk meredakan kerisauan anda, begitu juga berbual dengan mereka yang anda percayai. Anda juga boleh catatkan fikiran yang mungkin anda rasakan di dalam sebuah diari atau mungkin anda boleh melukis bayi dalam kandungan anda. Hargai minggu-minggu terakhir ini kerana anda mungkin akan merindui pengalaman semasa hamil. 

 


 

 

Rujukan:
 
i.    You and your baby at 33-36 weeks pregnant. Retrieved 29 May 2017 from,      
ii    Curtis, G. B., & Schuler, J. (2016). Your Pregnancy Week by Week (8th ed.). Philadelphia, PA: Da Capo Press.
iii   Losing your mucous plug. (2015, November 19). Retrieved April 11, 2017, from      
iv   Berghella, V. (2010). Preterm Birth: Prevention and Management. John Wiley & Sons.  
      ntion+and+Management.+John+Wiley+%26+Sons&hl=en&sa=X&ved=0ahUKEwiZhqXyicfTAhVHRY8KHaSlAs8Q6AEI
      KTAB#v=onepage&q=discharge&f=false
v   Coletta, Jaclyn M, Bell, Stacey J., & Roman, Ashley S. (2010). Omega-3 Fatty Acids and Pregnancy. Rev Obstet
     Gynecol, 3(4): 163–171.
vi  Carlson, Susan E. (2009) Docosahexaenoic acid supplementation in pregnancy. American Journal of Clinical Nutrition,
     89(2): 678S–684S.
vii  Monk, C., Fifer, W. P., Myers, M. M., Sloan, R. P., Trien, L., & Hurtado, A. (2000). Maternal stress responses and
      anxiety during pregnancy: Effects on fetal heart rate. Developmental Psychobiology, 36 (1), 67-77.