Bantu perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-34 kehamilan anda

Pada minggu yang ke-34 ini, kuku jari bayi dalam kandungan anda telah bertumbuh. Bina badan bayi dalam kandungan anda dengan meneruskan pemakanan protein yang secukupnya setiap hari semasa peringkat kehamilan ini.

Apa yang sedang berlaku pada minggu ini?

Kuku bayi dalam kandungan anda telah pun bertumbuh sehingga hampir menyamai hujung jari-jarinya.i Bulu-bulu halus, lanugo yang meliputi seluruh badannya kini telah hilang; dan kulitnya kini disaluti oleh bahan berlilin yang tebal, dipanggil vernix.i Ini akan melindungi kulit bayi dalam kandungan anda daripada mengecut semasa berada di dalam rahim anda.

Otak bayi dalam kandungan anda masih terus membina hubungan sel otak yang baru dan kompleks. Disebabkan bayi dalam kandungan anda telah bekerja keras, si dia akan banyak menghabiskan masanya dengan tidur.

Minggu ini, berat bayi dalam kandungan anda kini mencecah kira-kira 4.75 paun (2.15 kilogram) dan panjangnya berukuran kira-kira 17.75 inci (45 sentimeter) dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.

Apa yang anda boleh jangkakan? 

Anda mungkin merasakan bayi anda tidak bergerak seperti dahulu, tetapi ini disebabkan si dia telah pun memenuhi ruang di dalam rahim anda dan kini sudah tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk melakukan aktiviti akrobatiknya lagi.iii Rujuk kepada doktor anda sekiranya anda berasa risau tentang bayi dalam kandungan anda.

Pergelangan kaki, kaki dan tangan anda mungkin akan mula membengkak semasa trimester terakhir ini kerana penahanan cecair, yang berlaku apabila darah yang mengalir ke bahagian bawah badan dan sebahagiannya terhalang apabila uterus anda menekan salur darah di bahagian pelvis anda.iii 

  • Beritahu doktor anda sekiranya muka, tangan dan di sekeliling mata anda tiba-tiba membengkak. Ini mungkin petanda kepada sesuatu yang lebih serius.
  • Turunkan kaki anda. Elakkan berdiri terlalu lama. Jika boleh tinggikan kaki anda, dan jangan silangkan kaki anda ketika anda duduk.

Apa yang anda boleh lakukan untuk menyokong kehamilan anda?

Untuk menyokong keperluan tambahan anda dan perkembangan fizikal dan otak bayi dalam kandungan anda, teruskan mengamalkan diet yang sihat, seimbang dan kaya dengan DHA dan nutrien-nutrien penting yang lain seperti zat besi, zink, kuprum, kolina dan folat.iv

Ingatlah, dengan menukar posisi anda dapat memujuk bayi dalam kandungan anda untuk bergerak dari posisi yang pelik yang membuatkan anda tidak selesa. Urutan lembut pada bahagian yang sakit juga dapat membantu – mintalah pasangan anda atau ahli keluarga anda yang rapat untuk memberikan urutan yang lembut kepada anda.

Mengurut bayi dalam kandungan anda semasa dia masih lagi di dalam rahim juga akan memperkenalkan dia kepada sentuhan manusia dan dunia di luar rahim. Pada masa yang sama, anda memberi rangsangan kepada bayi dalam kandungan anda untuk bertindak balas ke atas sentuhan kasih sayang anda.

 


 

 

Rujukan:
 
i.       Fetal development: The 3rd trimester. (2014, July 11). Retrieved April 10, 2017,     
ii      Curtis, G. B., & Schuler, J. (2016). Your Pregnancy Week by Week (8th ed.). Philadelphia, PA: Da Capo Press.
iii      You and your baby at 33-36 weeks pregnant. (2017, March 31). Retrieved April 10, 2017, from          
iv     Georgieff, M. K. (2007) Nutrition and the developing brain: nutrient priorities and measurement. American Journal of          
        Clinical Nutrition, 85(2): 614S-620S.