Bantu bayi dalam kandungan anda berkembang pada minggu ke-25 usia kehamilan anda.

Bayi dalam kandungan anda belajar bernafas pada minggu ke-25. Mempertingkatkan pertumbuhan bayi dalam kandungan anda dengan meneruskan pemakanan diet yang sihat dan seimbang.

Apa yang berlaku pada Minggu 25 kehamilan saya?

Bayi dalam kandungan anda sedang sibuk berlatih melakukan gerak pernafasan sebanyak 44 kali dalam seminit sebagai persediaan untuk ketibaannya ke dunia ini.i Pita suaranya juga kini berfungsi, sedia untuk tangisan pertamanya.

Sistem peredaran darah bayi dalam kandungan anda juga sedang berkembang. Kapilari darahnya kini sedang terus membentuk dan terisi dengan darah.

Sementara itu, pertumbuhan otaknya membantunya mempunyai kesedaran tentang persekitarannya. Dia mungkin akan memberikan tindak balas seperti menendangii apabila dia mendengar anda sedang berbual dengannya! Buah pinggangnya kini sedang memproses cecair amnion yang ditelan, dan cecair ini akan keluar daripada badannya sebagai air kencing.

Bayi dalam kandungan anda pada minggu ini berukuran kira-kira 8.75 inci (22 sentimeter) panjang dan 1.5 paun (700 gram) berat.iii

Apa yang boleh saya jangkakan pada minggu ke-25 kehamilan? 

Pengumpulan cecair disebabkan hamil akan menekan saraf di tangan anda, dan menyebabkan rasa yang berdenyut dan sakit di tangan anda, dan sakit ini dipanggil sebagai sindrom “Carpal Tunnel” (carpal tunnel syndrome, CTS).iv Gunakan tip ini untuk melegakan CTS dan menjadikan perjalanan kehamilan anda lebih santai dan menyenangkan:

  • Elakkan melakukan perbuatan yang berulang-ulang yang boleh meletakkan beban yang berlebihan kepada tangan dan pergelangan tangan anda, seperti menaip. Gunakan papan kekunci yang lebih ergonomic, dan hadkan masa anda menggunakan telefon pintar.
  • Rehat, tinggikan, dan buat senaman tangan. Rehatkan tangan/pergelangan tangan anda di atas bantal bila-bila masa yang boleh, atau tinggikan tangan anda agar tidak membengkak. Lakukan senaman tangan yang ringan seperti membuat genggaman dan kemudiannya luruskan jari jemari anda atau sentuhkan setiap jari pada ibu jari anda.

Apa yang boleh anda lakukan untuk menyokong kehamilan saya pada minggu ke-25?

Ianya tidak salah untuk sekali-sekala anda menikmati manisan sebagai ganjaran buat diri anda, dan pemakanan diet seimbang yang konsisten akan meningkatkan kesihatan anda dan memupuk perkembangan menyeluruh otak bayi dalam kandungan anda - keseimbangan di antara IQ dan EQ.

Rehat yang cukup dan kekal terhidrasi amat penting untuk anda dan bayi dalam kandungan anda, jadi cuba wujudkan satu rutin malam yang tenang. Walaupun bayi dalam kandungan anda sudah mempunyai waktu tidur yang tetap, tidak semestinya waktu tidurnya sama waktu dengan anda. Bayi dalam kandungan anda mungkin akan mula aktif pada ketika anda baru sahaja hendak tidur.

Apabila ini berlaku, gunakan masa ini untuk usap atau tepuk dengan perlahan perut anda supaya anda dan dia dapat berhubung. Anda boleh berbual dengannya, dan bayi dalam kandungan anda mungkin akan bertindak balas dengan membuat gerakanii. Mendengar muzik amat bagus untuk anda dan bayi dalam kandungan anda, ia akan membantu anda untuk lebih tenang dan santai,v dan pada masa yang sama baik untuk perkembangan seimbang untuk bayi dalam kandungan anda.

 

Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-26


 

 

Rujukan:
 
i     Prenatal Summary. (n.d.). Retrieved April 11, 2017 from https://www.ehd.org/prenatal-summary.php
ii    Fetal development: The 2nd trimester. (2015, January 15). Retrieved April 10, 2017, from      
iii   Curtis, G. B., & Schuler, J. (2016). Your Pregnancy Week by Week (8th ed.). Philadelphia, PA: Da Capo Press.
iv   Carpal tunnel syndrome during pregnancy. (2015, June). Retrieved April 10, 2017 from      
      -tunnel-syndrome-during-pregnancy-patient-information.PDF
v    Chang, M. Y., Chen, C. H. and Huang, K. F. (2008), Effects of music therapy on psychological health of women during
      pregnancy. Journal of Clinical Nursing, 17: 2580-2587.