Bantu perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-24 usia kehamilan anda.

Anda mungkin lebih mudah mendapat anemia ketika hamil. Sokong tahap kesihatan kehamilan anda dengan makan makanan yang kaya dengan zat besi, vitamin B dan vitamin C.

Apa yang berlaku pada Minggu 24 kehamilan saya?

Selama ini, paru-paru bayi dalam kandungan anda sedang bersedia untuk membantunya menerima oksigen selepas dilahirkan.i  Sel-sel paru-parunya kini sedang menghasilkan surfaktan,ii iaitu sejenis bahan yang menghalang karung daripada melekat. Tetapi buat masa sekarang, bayi dalam kandungan anda masih lagi menerima oksigen melalui plasenta, sementara paru-parunya terus berkembang untuk matang.

Pada masa yang sama, lapisan korteks serebrumiii di dalam otak bayi dalam kandungan anda juga terus berkembang. Perkembangan ini amat penting bagi menghasilkan fungsi kognitif tahap-tinggi seperti menaakul, berkomunikasi, dan memori.

Bayi dalam kandungan anda kini kelihatan sangat comel dengan rambutnya di atas kepala dan bulu matanya yang cantik!

Sekarang dia berukuran hampir 8.5 inci (21 sentimeter) panjang, dan beratnya mencecah 1.25 paun (540 gram).iv

Apa yang boleh saya jangkakan pada minggu ke-24 kehamilan?

Pada peringkat ini, doktor mungkin akan melakukan ujian untuk anemia atau kekurangan zat besi. Anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat anemia atau kekurangan zat besi ketika hamil kerana keperluan zat besi yang meningkat secara tiba-tiba untuk menghasilkan lebih banyak bekalan darah untuk membekalkan oksigen kepada tisu badan anda dan juga kepada bayi dalam kandungan anda.v Kekurangan zat besi ketika hamil boleh menyebabkan kelahiran pramatang atau berat kelahiran yang rendah.

Apa yang boleh anda lakukan untuk menyokong kehamilan saya pada minggu ke-24?

Anda boleh ambil langkah-langkah ini untuk mengelakkan anemia di samping menyokong kesihatan kehamilan anda:

  • Makan makanan yang kaya dengan zat besi, seperti sayuran berdaun hijau seperti bayam, dan ikan seperti ikan sardin dan ikan salmon, ayam-itik dan daging merah.
  • Meneruskan pengambilan suplemen zat besi dan asid folik seperti yang dinasihatkan oleh doktor anda. Zat besi amat penting untuk menghindar daripada anemia semasa kehamilan dan juga   komplikasi hamil yang lain.vi Asid folik juga membantu dalam penghasilan sel darah merah.
  • Makan makanan yang kaya dengan vitamin C. Vitamin C membantu badan anda untuk menyerap zat besi dengan lebih baik.
  • Makan makanan yang kaya dengan vitamin B termasuklah Folat (terdapat di dalam sayuran berdaun hijau, kekacang, dan bijian penuh) dan B12 (terdapat di dalam susu), yang juga akan membantu dalam penghasilan sel darah merahvii.

Secara umumnya, makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijian penuh, ditambah dengan senaman yang berkalaviii adalah tabiat yang sihat ketika hamil, kerana ia dapat mengurangkan risiko anda mendapat diabetes semasa kehamilan. Tetapi perlu diingat, anda harus merujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum melakukan apa jua jenis senaman.

Pada peringkat kehamilan yang menyeronokkan ini, membuat senarai barang-barang yang anda perlukan ketika bersalin dan juga meninjau barang-barang yang penting munkgin adalah satu idea yang bagus. Pergi membeli-belah - bahkan walaupun hanya window shopping - untuk barang keperluan bayi dalam kandungan anda (dan juga barang keperluan anda) akan membuatkan anda menjadi lebih teruja untuk berjumpa dengannya dan kongsilah pengalaman yang menakjubkan ini dengan pasangan anda, teman-teman dan juga ahli keluarga anda.

 

Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-25


 

 

Rujukan:
 
i   You and your baby at 21-24 weeks pregnant. (2017, February 28). Retrieved April 10, 2017, from
ii   Prenatal Form and Function – The Making of an Earth Suit - Unit 16:   6 to 7 Months (24 to 28
Weeks). (n.d.). Retrieved 10 April 2017 from http://www.ehd.org/dev_article_unit16.php
iii   Reynolds, C., & Fletcher-Janzen, E. (2013). Handbook of Clinical Child Neuropsychology. (Edited).
New York, NY: Springer Science + Business Media
iv   Curtis, G. B., & Schuler, J. (2016). Your Pregnancy Week by Week (8th ed.). Philadelphia, PA: Da
Capo Press.
v   Iron deficiency anemia during pregnancy: Prevention tips. Retrieved 26 May 2017 from
pregnancy/art-20114455?pg=1
vi   World Health Organization, WHO recommendations on antenatal care for a positive pregnancy
experience. Geneva: WHO Press. 2016.