Bantu perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-11 kehamilan anda.

Ketahui bagaimana anda boleh merangsang pertumbuhan jaringan neurologi yang berlaku dalam otak bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-11 kehamilan.

Apa yang berlaku pada Minggu 11 kehamilan saya?

Fasa pembentukan penting untuk bayi dalam kandungan anda sekarang sudah hampir lengkap dan bayi dalam kandungan anda kini boleh dipanggil janin. Alat kemaluannya akan mula membentuk dalam minggu ini, hatinya pula mula menghasilkan sel darah merah untuk menghantar oksigen ke seluruh badan.i

Sel otak bayi dalam kandungan anda sedang membahagi dengan pesat dan neuron dan sinaps bayi dalam kandungan anda juga sedang berkembang dengan cepat. Perkembangan awal sambungan saraf ini membolehkan bayi dalam kandungan anda untuk melakukan gerakan pertamanya, yang walaupun tidak terasa, tetapi boleh dikesan melalui ultrasound.ii

Berat bayi dalam kandungan anda kini mencecah 8 gram dan panjangnya hampir 2 inci (5 sentimeter) panjang.iii

Apa yang anda boleh jangkakan pada minggu ke-11 kehamilan?

Perubahan hormon yang berlaku akan menyebabkan jerawat tumbuh di muka. Gunakan tip-tip ini untuk mengelakkan masalah ini:

  • Basuh muka anda dua kali sehari dengan menggunakan pembersih muka yang lembut dan air suam.iv
  • Elakkan daripada memicit jerawat yang ada.
  • Kawal pemakanan anda. Terdapat beberapa makanan tertentu yang akan menyebabkan jerawat semakin tumbuh atau menjadikan jerawat yang sedia ada semakin teruk pada sesetengah orang.v

Apa yang boleh saya lakukan untuk menyokong kehamilan pada minggu ke-11?

Penting bagi anda untuk sentiasa memberikan perhatian kepada diet anda, ini kerana salur darah di dalam plasenta semakin membesar saiz dan bilangannya pada peringkat ini.vi

Teruskan mengamalkan diet yang sihat yang mengandungi nutrien utama seperti DHA, kolina, folat, dan zat besiviii, ix sepanjang masa plasenta menyalurkan nutrien dari anda kepada bayi dalam kandungan andavii.

Dengan berbuat demikian, anda sedang memberikan sokongan kepada perkembangan otak dayi dalam kandungan anda dan ini termasuklah pertumbuhan sambungan neurologinya.

Anda juga boleh memupuk ikatan ibu dan anak di antara anda dan bayi dalam kandungan anda dengan bercakap dan menyanyi dengannya, serta menggalakkan pasangan anda atau saudara terdekat anda untuk melakukan perkara yang sama.

 

Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-12


 

 

Rujukan:
 
i    Fetal development: The 1st trimester. (2014, July 10). Retrieved April 19, 2017, from
ii   Baby’s Brain Begins Now: Conception to Age 3 (n.d.) Retrieved April 22, 2017, from
iii  Fetal development: The 1st trimester. (n.d.). Retrieved March 21, 2017, from      
iv  Women's Health Care Physicians. (2014, June). Retrieved February 15, 2017, from    
v   Acne. (2015, January 20). Retrieved February 15, 2017, from
vi   Week 11. (n.d.). Retrieved February 15, 2017, from http://kidshealth.org/en/paren      
      Report Of An Expert Consultation. Geneva: N.p., 2010. Web. 5 Apr. 2017. FAO Food And NutritionPaper.
vii  What is the placenta? (n.d.). Retrieved February 15, 2017, from      
viii  Pregnancy diet: Focus on these essential nutrients. (n.d.). Retrieved April 05, 2017, from      
ix   Georgieff MK. (2007) Nutrition and the developing brain: nutrient priorities and measurement. Am J Clin Nutr. 85(2):      
      614S-620S.