Bantu perkembangan bayi dalam kandungan anda dalam minggu ke-12 usia kehamilan anda.
Ketahui bagaimana caranya untuk anda merangsang pertumbuhan fiber saraf bayi dalam kandungan anda, yang akan mengkoordinasi bahagian yang berlainan di dalam otak, ketika berada pada minggu ke-12.
Apa yang berlaku pada Minggu 12 kehamilan saya?
Organ, otot, dan setiap anggota badan bayi dalam kandungan anda kini sudah mapan di tempat yang sepatutnya dan akan terus berkembang dan bertumbuh.i Minggu ini, otak bayi anda mungkin sudah mula membina callosal akson atau fiber saraf yang penting untuk koordinasi fungsi motor, deria rasa, dan kognitifiii.
Sistem dalam bayi dalam kandungan anda kini sudah terbentuk dan berfungsi sepenuhnya. Sebagai contoh, buah pinggangnya sudah boleh memproses bendalir amniotik menjadi air kencing, dan otot atau sistem penghadamannyaiv sudah mampu mengecut dan mengendur. Hati dan pankreasnya juga telah mula berfungsi, menghasilkan hempedu dan insulin, masing-masing.
Bayi dalam kandungan anda kini berukuran 2.5 inci panjang (6.3 sentimeter) dan berat kira-kira setengah auns (14 gram).v
Apa yang anda boleh jangkakan pada minggu ke-12 kehamilan?
Sendawa, kembung perut, dan membuang angin; adalah tidak manis dipandang, tetapi bakal ibu kebiasaannya pasti akan mengalami kesemua ini pada peringkat inivi. Tip di bawah dapat membantu mengurangkan rasa tidak selesa akibat daripada masalah penghadaman dan membenarkan anda menikmati hari-hari kehamilan anda seterusnya:
- Makan dalam kuantiti yang sedikit- sedikit sepanjang hari, daripada makan seperti selalu iaitu 3 kali sehari, untuk mengelakkan kembung perut. Elakkan juga daripada makan terlalu banyak atau terlalu cepat, kerana anda akan lebih banyak menelan udara.
- Elakkan makanan yang boleh menyebabkan badan anda berangin seperti bawang merah, kekacang, makanan bergoreng, dan minuman berkarbonat.
- Selalu bersenam. Aktiviti fizikal yang ringan mampu membantu melancarkan penghadaman.
Lakukan pergerakan yang perlahan ketika bersenam untuk melindungi sendi anda kerana pada waktu ini berkemungkinan sendi anda sedang melonggar. Ini disebabkan badan anda sedang merembeskan hormon relaxin, yang akan membantu serviks anda melebar ketika melahirkan.vii Anda mesti berbincang dengan doktor sebelum melakukan apa jua jenis senaman ketika sedang hamil.
Apa yang boleh saya lakukan untuk menyokong kehamilan pada minggu ke-12?
Tempoh trimester pertama anda sudah hampir ke penghujung dan dalam anda tidak sabar untuk ke fasa yang berikut kehamilan anda, apa kata anda ambil masa seketika untuk mengagumi sejauh mana si kecil anda telah membesar, hasil daripada semua khasiat yang dibekalkan dan penjagaan yang anda berikan kepadanya.
Teruskan untuk makan dengan banyak “makanan untuk otak” seperti salmon dan sardin yang kaya dengan DHA, bagi memacu dan merangsang perkembangan otak bayi dalam kandungan anda, yang mana merupakan pusat kepada pertumbesaran yang menakjubkan ini.
Diet yang sihat, yang mengandungi pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan yang kaya dengan protein termasuklah susu, kekacang, bijian penuh dan kacang, digabungkan dengan suplemen pranatal yang bersesuaian akan memastikan bayi dalam kandungan anda mendapat pengambilan seimbang nutrien yang penting untuk perkembangan yang menyeluruh – fizikal, kognitif, dan emosi.
Minggu ini juga adalah minggu di mana anda sudah boleh mengambil ujian saringan gabungan untuk pemeriksaan trisomi 21 (Sindrom Down) dan trisomi 18 (Sindrom Edward)viii. Jika anda bercadang untuk mengambil ujian saringan gabungan ini, sila dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu tentang bagaimana ujian ini dijalankan dan kebaikan mengambil ujian ini.
Perkembangan bayi dalam kandungan anda pada minggu ke-13