Kecemerlangan penguasaan perbendaharaan kata melambangkan perkembangan anak anda. Ketahui bagaimana anda boleh meningkatkan perbendaharaan kata dan membawa perkembangannya ke aras baharu.

Aktiviti kanak-kanak untuk mengembangkan pemahaman

 

Semasa anak anda membesar, sekitar umur tiga tahun, dia tiba-tiba semakin petah dan sentiasa ada sesuatu untuk diperkatakan tentang semuanya. Apabila anak anda menginjak tahun-tahun pra-sekolahnya, selebihnya menjadi sejarah.

Walaupun keletah si bos kecil anda kadang-kadang membuatkan anda hilang sabar, (kita semua telah melaluinya) peningkatan pesat perbendaharaan katanya merupakan satu tanda positif. Dan kini, berbanding sebelumnya, kecekapan kanak-kanak itu berkomunikasi merupakan perkara yang paling penting. Menjadi seorang penutur yang berkeyakinan dan petah berbicara membuka lebih banyak peluang yang mendatang untuk anak anda, sama ada di sekolah mahupun pada masa depan mereka.

5 Sebab Perbendaharaan Kata Memberi Manfaat Kepada Anak Anda

1. Kelebihan Berkomunikasi

Semakin luas perbendaharaan katanya, semakin jelas anak anda dalam mengungkapkan keperluan dan keinginannya. Melalui penguasaan kata-kata, dia akan dapat mengutarakan idea-idea dan pendapatnya.

2. Keupayaan untuk Memahami

Perbendaharaan kata adalah unit pemahaman yang paling asas. Justeru itu, jika anak anda mempunyai perbendaharaan kata yang terhad, ia menyebabkan wujudnya jurang pemahaman terhadap apa yang dibaca atau didengarinya.

3. Logik

Semakin luas perbendaharaan kata anak anda, semakin tinggi pula peluang untuk dia berupaya mentafsir dan mengutarakan idea-idea serta konsep-konsep.

4. Kuasa Pujukan

Kekayaan perbendarahaan kata dikaitkan dengan penutur yang mempunyai daya penarik dan yang lebih meyakinkan. Bayangkan mempersiapkan anak anda dengan kuasa sebegini!1

5. Semuanya Berkaitan Dengan Tanggapan

Penutur yang fasih meniggalkan kesan yang berpanjangan. Fakta itu sama sekali tidak boleh disangkal lagi.

Perkembangan perbendaharaan kata bukanlah sesuatu yang ajaib. Dan ianya tidak berlaku dalam sekelip mata. Namun, sebelum kami membincangkan beberapa petua untuk membantu anda membina perbendaharaan kata anak anda, berikut adalah perkembangan yang anda boleh jangkakan dari usia satu hingga enam tahun.

Kanak-kanak Berusia Satu Tahun: Mama, Dada!

Kebanyakan kanak-kanak menuturkan perkataan pertamanya sejurus selepas berumur satu tahun.2 Mereka biasanya mulai dengan mengucapkan kata-kata yang mudah seperti mama atau dada untuk menamakan orang, ataupun objek.

Kanak-kanak yang masih bertatih mempunyai sekitar 10 perkataan ketika berusia satu tahun, hingga lebih kurang 50 patah perkataan ketika mereka mencapai di antara 18 hingga 24 bulan. Kanak-kanak cenderung mengalami "peningkatan perkataan secara tiba-tiba" selepas 50 patah perkataan yang pertama.2 Pada ketika itu, mereka juga dapat memahami dan mengikuti arahan-arahan ringkas, menamakan objek-objek biasa dan mengenal bahagian-bahagian tubuh. Mereka juga boleh membuat ayat daripada dua hingga tiga perkataan seperti Kereta mama? atau Saya mahu susu.

Kanak-kanak Berusia Dua Tahun: Anjing, Kucing, Dinosaur

Perbendaharaan kata kanak-kanak mula berkembang pada peringkat ini, dan mereka mempunyai sekitar 200 hingga 300 patah perkataan yang mereka kenali.3 Pada peringkat ini, anda akan mendengar banyak kata nama - anjing, kucing, pisang, biskut. Mereka juga mula mengucapkan, terima kasih maaf dan semua hilang. Pada umumnya, perkataan-perkataan ini sering digunakan oleh mereka semasa berinteraksi dengan dunia di sekeliling mereka.

Kanak-kanak Berusia Tiga Tahun: Gembira.. Marah!

Mereka tidak memanggil anak mereka threenager tanpa sebab. Pada usia ini, mereka mampu bertutur untuk menjawab anda, dan perbendaharaan kata mereka telah meningkat dengan begitu ketara. Pada peringkat ini, anda boleh menjangkakan perbendaharaan kata anak anda meningkat tiga kali ganda kepada kira-kira 900 hingga 1000 patah perkataan.3 Kanak-kanak berumur tiga tahun juga dapat mengabungkan ayat-ayat mudah. Anda boleh mengharapkan lebih banyak perkataan penghubung seperti jika, dan, kerana, lebih banyak nombor dan kategori nama seperti sayuran dan haiwan. Mereka juga boleh mengenal pasti emosi mudah seperti gembira, sedih dan marah"marah".

Kanak-kanak Berumur Empat Tahun: Saya Tidak Tahu

Lazimnya, kanak-kanak berusia empat tahun mempunyai perbendaharaan kata sekitar 1,500 hingga 1,600 patah perkataan.3 Anda boleh menjangkakan perkataan berkaitan emosi yang lebih kompleks seperti keliru, kecewa dan gembira dan juga lebih banyak kata penghubung seperti ketika dan tetapi.4 Ayat-ayat mereka mempunyai makna yang lebih baik dan mengandungi lebih banyak kata depan. Mereka juga boleh mengatakan apa yang berlaku di dalam fikiran mereka dengan memberitahu anda Saya tidak tahu, atau Saya tidak boleh ingat. Ya, pada tahap ini, ayat-ayatnya kian bertambah kompleks.

Kanak-kanak Berusia Lima hingga Enam Tahun: Ke arah Infiniti dan Selanjutnya

Sekitar umur ini, anak anda akan mengikuti sekolah tadika dan mempunyai perbendaharaan kata yang ekspresif di antara 2,000 hingga 3,000 patah perkataan.4 Sementara itu, perbendaharaan kata yang dapat diterimanya (kata-kata yang dia fahami) adalah kira-kira 20,000 hingga 24,000 patah perkataan.3 Mereka memahami pengulangan bunyi konsonan pada ayat dan kata-kata berima serta mampu membaca dan menulis. Mereka juga boleh dengan mudahnya membuat ayat daripada enam perkataan atau lebih.

Aktiviti mudah untuk perkembangan anak

 

Setelah anda faham apa yang dijangkakan berlaku, berikut merupakan beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan untuk membina perbendaharaan kata anak anda.

Bagaimana untuk Membina Perbendaharaan Kata Anak Anda
Butiran
Bagaimana untuk Membina Perbendaharaan Kata Anak Anda Butirannya
1. Membaca, Membaca dan Membaca

1. Membaca, Membaca dan Membaca

Kepentingan membaca memang tidak dapat dinafikan lagi. Berikan anak anda pendedahan kepada banyak bahan bacaan. Semakin banyak dia membaca, semakin luas perbendaharaan katanya. Membacalah bersama anak anda dan galakan dia untuk memberikan perhatian kepada perkataan-perkataan baharu ataupun yang tidak biasa dibacanya.

2. Permainan Sensori

2. Permainan Sensori

Melibatkan diri dalam permainan sensori seperti bermain dalam bekas pasir, membuat doh, meneroka tekstur dan sebagainya. Semasa anda bermain, anda bersama-sama anak anda boleh cuba menerangkan apa yang dapat dilihat, disentuh, didengari, dirasa dan dibau5. Pasti anda akan berasa kagum dengan betapa pantasnya anak anda menambah perkataan-perkataan berkaitan rangsangan deria kepada perbendaharaan katanya!

3. Terokailah!

3. Terokailah!

Sedikit pengembaraan adalah baik untuk semua orang, oleh itu, bawalah anak anda untuk menerokai alam semulajadi. Bawalah mereka ke pantai, taman, sungai, di mana jua anda kehendaki. Bercerita tentang semua benda yang anda lihat, dengar dan lalui. Anak anda akan teruja dan banyak bercakap. Perluaskan aktiviti ini dengan mencari buku yang berkaitan dengan pengembaraan singkat anda tersebut.

4. Perbualan di Meja Makan

4. Perbualan di Meja Makan

Jadikan waktu makan malam lebih bermakna dengan menjadikannya masa untuk membina perbendaharaan kata juga. Sebagai permulaan, anda boleh menanyakan soalan-soalan kepada anak anda tentang apa yang dilaluinya pada hari itu. Mintalah dia menceritakan kepada anda dengan siapa dia bermain, apa yang dia makan ketika waktu makan tengah hari, pakaian yang dipakai oleh gurunya, buku-buku apa yang dia baca di perpustakaan dan sebagainya. Semasa dia menerangkan tentang hari tersebut, anda boleh menggunakan kata-kata dan ungkapan deskriptif untuk menggantikan kesemua perkataan lebih mudah yang telah dia gunakan. Dalam masa yang singkat, dia akan pasti meniru anda!

5. Mengulang Semula Cerita

5. Mengulang Semula Cerita

Selepas anda menjadikan aktiviti membaca sebagai rutin, sekali-sekala, letakkan buku itu dan minta anak anda sama ada mengulangi cerita tersebut dengan perkataannya sendiri ataupun membuat ceritanya sendiri. Semasa dia bercerita, tanyakan soalan-soalan untuk memperkenalkan perkataan dan konsep-konsep baharu. Apabila anda memaksanya untuk mengutarakan idea-ideanya, ia mendatangkan kesan yang baik dalam mencari perkataan-perkataan baharu!

Semasa melibatkan anak anda dalam aktiviti-aktiviti ini, anda juga perlu memastikan dia mendapat rehat yang mencukupi dan pemakanan yang baik.

Oleh itu, gunakan apa sahaja kaedah dan bantu anak-anak anda untuk membina perbendaharaan kata yang kukuh. Ia adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh anda berikan kepada mereka!

Rujukan:

1https://www.k5learning.com/blog/top-5-reasons-learning-vocabulary-important

2https://www.healthline.com/health/baby/toddler-language-milestones#1

3https://www.superduperinc.com/handouts/pdf/149_vocabularydevelopment.pdf

4https://raisingchildren.net.au

5https://handsonaswegrow.com/toddlers-vocabulary-play/

 

MYS-01/02P12/19034