Support for your child’s nutrition and digestion

 

 

 

Sistem pencernaan kanak-kanak mungkin masih belum berkembang sepenuhnya

 

Interaksi di antara pelbagai faktor seperti tabiat pemakanan, genetik, jantina, tahap kesihatan, umur dan kematangan sistem pencernaan menyumbang kepada perbezaan fungsi di antara sistem pencernaan orang dewasa dan kanak-kanak.1 Sebagai contoh, manusia mempunyai keupayaan untuk mencerna laktosa di dalam susu, tetapi keupayaan mencerna laktosa oleh sesetengah kanak-kanak boleh menurun apabila semakin dia membesar.2 Masalah penyerapan protein mungkin akan timbul disebabkan sistem pencernaan terganggu.3 Sesetengah kanak-kanak akan mula menjauhi susu apabila mereka mengalami masalah pencernaan seperti masuk angin (bergas), kembung perut, sakit perut dan najis berair.2,4

 

 

 

Menyokong sistem pencernaan kanak-kanak

 

Susu atau produk tenusu adalah sumber makanan penting untuk kanak- kanak. Maka, seandainya kanak-kanak menjauhi makanan ini di atas sebab masalah pencernaan, mereka akan kehilangan sumber protein, laktosa dan nutrien lain yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka.4,5 Ibubapalah yang memainkan peranan yang penting dalam mengawasi simptom masalah pencernaan yang dialami oleh anak-anak mereka bagi menyokong proses pencernaan yang baik. Tambahan lagi, mereka boleh pertimbangkan produk yang mengandungi kandungan laktosa yang rendah dan juga produk yang mengandungi protein separa hidrolisis yang lebih ringan untuk sistem pencernaan kanak-kanak. Simptom masalah pencernaan mungkin dapat dielakkan sekiranya laktosa hanya diambil dalam kuantiti yang sedikit pada satu-satu masa.2 Untuk kes masalah penyerapan protein, protein separa hidrolisis akan lebih mudah dicerna dan diserap.3

 

Sekiranya anak anda mengalami salah satu masalah seperti di atas, mungkin sudah tiba masanya untuk anda menyelia diet pemakanannya dengan baik kerana anak anda bukanlah seorang manusia dewasa yang kecil dan dia memerlukan nutrien bagi menyokong pertumbuhannya yang pantas.

 

 

 

 

       Rujukan:

  1. Merchant HA, Liu F, Gul MO, Basit AW. Age-mediated changes in the gastrointestinal tract. Available at http://discovery.ucl.ac.uk/1542469/1/Orlu%20Gul_Age-mediated%20changes%20in%20GI%20tract.pdf.  Accessed on 28 November 2017.
  2. Misselwitz B, Pohl D, Frühauf H, Fried M, Vavricka SR, Fox M. Lactose malabsorption and intolerance: pathogenesis, diagnosis and treatment. United European Gastroenterology Journal. 2013;1(3):151-9.
  3. Keller J, Layer P. The pathophysiology of malabsorption. Visceral Medicine. 2014;30(3):150-4.
  4. Jackson KA, Savaiano DA. Lactose maldigestion, calcium intake and osteoporosis in African-, Asian-, and Hispanic-Americans. Journal of the American College of Nutrition 2001;20(2):198S-207S.
  5. U.S. Food and Drug Administration. Protein. Available at http://www.fda.gov/nutritioneducation . Accessed on 18 October 2017.