Terma & Syarat Peraduan Enfagrow A+ MindPro Ramadan Salam Kebaikan, Salam Penuh Harapan

Saya (“Peserta”) mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami dan bersetuju untuk menerima Terma dan Syarat yang tersenarai seperti berikut:

  1. Mead Johnson Nutrition (M) Sdn Bhd (“MJN”) adalah Penganjur Peraduan Enfagrow A+ MindPro Ramadan Salam Kebaikan, Salam Penuh Harapan (“Peraduan”) . Peraduan ini bermula pada 1 April 2023, jam 00:00 dan berakhir pada 15 Mei 2023, jam 23:59 (“Tempoh Peraduan”)

  2. Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh penyertaan mereka, kecuali pengarah, kakitangan dan ahli keluarga terdekat kakitangan MJN, termasuk syarikat sekutunya dan/atau yang berkaitan, pengedar, agensi pengiklanan (masing-masing disebut sebagai peserta). Ahli keluarga terdekat termasuk suami/isteri, anak, ibu bapa, ibu bapa mertua dan adik-beradik.

KAEDAH PENYERTAAN

  1. Sepanjang Tempoh Peraduan, Peserta yang layak perlu mengikuti langkah-langkah berikut untuk menyertai Peraduan:

    i) Tangkap gambar/video menunjukkan cara anak mereka menghulurkan salam.

    ii) Muat naik sebagai siaran PUBLIC di halaman Instagram, Facebook atau TikTok. Semua penyertaan perlu tag @enfagrowmy dan sertakan #SalamPenuhHarapan dan #EnfagrowMY.

    iii) Beli mana-mana produk Enfagrow untuk peluang memenangi hadiah utama. Penyertaan tanpa bukti pembelian hanya akan berpeluang
    memenangi hadiah saguhati.

    iv) Hantar butiran-butiran, pautan post penyertaan dan bukti pembelian (tidak diwajibkan) melalui borang penyertaan di halaman web peraduan: enfagrowsalampenuhharapan.com.my.

  2. Jika mereka mengambil gambar/video dengan anak mereka, anak mereka mestilah berumur daripada tiga puluh enam bulan (36) ke sembilan (9) tahun pada tarikh dan masa rakaman. Sejajar dengan Kod Etika daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, mana-mana penyertaan peraduan dengan gambar kanak-kanak daripada umur kosong (0) bulan hingga ke di bawah tiga puluh enam (36) bulan akan terbatal secara automatik.

HADIAH PERADUAN

  1. Setiap Peserta berpeluang memenangi maksiumum satu (1) hadiah peraduan sepanjang Temph Peraduan: -

    • Hadiah Utama: 4 pemenang terpilih yang menghantar bukti pembelian akan masing- masing memenangi RM4,000 Dana Harapan Anak dan bekalan Enfagrow A+ untuk 12 bulan.

    • Hadiah peraduan: 25 peserta terpilih akan memenangi RM100 baucar E-wallet setiap minggu (jumlah: 150 pemenang).

  2. Setiap peserta hanya layak memenangi SATU (1) hadiah sepanjang Tempoh Peraduan.

  3. MJN berhak menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang memegang nilai yang sama. Hadiah tidak boleh dirunding, tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh dikembalikan. Anggaran nilai hadiah-hadiah adalah benar pada waktu ia dicetak. Semua hadiah diberikan berdasarkan dasar “as is”.

  4. MJN tidak bertanggungjawab atas segala salah taksir fakta mengenai hadiah yang diberikan dan yang diterbitkan di mana mana media massa dan bahan bahan pemasaran atau pengiklanan. Selagi masih dibenarkan undang-undang, MJN tidak membuat sebarang perwakilan dan/atau waranti untuk mana-mana hadiah yang diberikan di bawah Peraduan. Secara khususnya, MJN tidak memberi sebarang waranti untuk mana-mana hadiah, kualiti hadiah atau keberkesanannya untuk mana-mana kegunaan.

5. MJN berhak menentukan cara penghantaran atau pengambilan (mana-mana berkaitan) hadiah-hadiah pemenang. Ia akan menjadi tanggungjawab Peserta untuk memberikan alamat yang betul, sah dan lengkap. Untuk mengelakkan kekeliruan, MJN tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan dan/atau kehilangan hadiah ketika ia dalam proses penghantaran atau penerimaan dan tidak akan menerima sebarang penghantaran semula hadiah untuk apa-apa sebab. MJN tidak akan bertanggungjawab untuk mana-mana hadiah yang rosak, hilang atau dicuri.

PEMILIHAN PEMENANG

  1. Pemenang akan dipilih berdasarkan ketepatan penyertaan mereka dalam mengikut semua langkah-langkah dan juga kreativiti.

  2. Pemenang yang disenarai pendek akan dihubungi melalui telefon dalam maksimum tiga (3) kali cubaan di mana 2 cubaan terakhir akan dibuat dalam masa 24 jam selepas cubaan pertama.

LAIN-LAIN

  1. Pemenang Saguhati akan diumumkan pada setiap hari Ahad bermula daripada 9 April 2023 sehingga 14 Mei 2023 di Facebook Story di  https://web.facebook.com/enfagrowmalaysia/ dan Instagram Story di https://www.instagram.com/enfagrowmy/. Pemenang Hadiah Utama akan diumumkan pada 29 Mei 2023 di halaman https://web.facebook.com/enfagrowmalaysia/ utama pada dan https://www.instagram.com/enfagrowmy/.

     

  2. Sekiranya berlaku keadaan yang tidak dijangka di luar kawalan munasabah Penganjur, penganjur berhak untuk membatalkan, menamatkan, mengubah suai atau menggantung pertandingan atau terma dan syarat ini, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, dengan atau tanpa notis.

  3. Keputusan MJN adalah muktamad, konklusif dan tetap. Jika pemenang (atau mana-mana pemenang gantian) tidak dapat dihubungi, pemenang akan dianggap tidak memenangi hadiah ini. Sekiranya MJN cuba menghubungi pemenang dan pemenang gantian dan tidak dapat memberikan hadiah kepada pemenang, maka MJN akan menganggap hadiah ini sebagai hadiah yang tidak dituntut dan kemudiannya akan menangai hadiah tersebut dengan cara yang difikirkan sesuai. Tiada surat-menyurat yang akan dilayan.

  4. MJN berhak membuat penambahan, pengubahsuaian, pengubahan kepada Peraduan ini dan mana-mana bahan promosi yang berkaitan dan/atau batalkan atau gantungkan Peraduan ini dari masa ke semasa tanpa pemberitahuan. Sila rujuk https://web.facebook.com/enfagrowmalaysia/ untuk perkembangan Terma & Syarat dan syarat-syarat Peraduan terkini.

  5. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah memberi persetujuan kepada MJN dan/atau mana-mana penaja (jika ada) untuk gunakan informasi Peserta yang mana ia termasuk, tetapi tidak terhad kepada nama, gambar dan/atau suara (termasuk gambar, filem dan/atau rakaman yang serupa dengannya) dalam mana-mana media untuk masa yang tidak terhad tanpa bayaran untuk tujuan mempromosi Peraduan ini (termasuk tujuan-tujuan lain), atau tujuan pengiklanan atau publisiti dalam masa yang akan datang, kecuali dimaklumkan sebaliknya melalui penulisan MJN/ dan (ii) telah baca dan faham Terma dan Syarat dan bersetuju untuk mematuhinya.

  6. MJN (termasuk pegawai, pekerja dan ejen) tidak akan bertanggungjawab di atas mana-mana liabiliti (termasuk kecuaian), untuk mana-mana kecedaraan peribadi; atau mana-mana kerugian atau kerosakan (termasuk kehilangan peluang); sama ada secara langsung, tidak langsung, istimewa, akibat langusng, yang dapat menyebab: (a) mana-mana kesusahan teknikal atau kerosakan alatan (sama ada di bawah kawalan MJN ataupun tidak); (b) mana- mana kecurian, akses tidak dibenarkan atau campur tangan pihak ketiga; (c) mana-mana penyertaan atau tuntutan hadiah yang lewat, hilang, diubahsuai, rosak atau disalah hantar (sama ada selepas disahkan oleh MJN) untuk mana-mana sebab yang tidak dapat dikawal oleh MJN; (d) mana-mana kepelbagaian nilai hadiah yang dinyatakan dalam Terma & Syarat; (e) jika Peraduan ini dibatalkan atau dilambatkan atas mana-mana sebab yang tidak dapat dikawal oleh MJN; (f) mana-mana liabilti cukai yang dikenakan kepada pemenang atau Peserta; atau (g) kegunaan hadiah.

  7. Sebagai syarat menerima hadiah, Pemenang akan diperlukan untuk menandatangani dan memulangkan kepada MJN mana-mana dokumen undang-undang dalam bentuk yang diperlukan MJN dan/atau pembekal hadiah dengan budi bicara mutlak, di mana ia termasuk tetapi tidak terhad kepada pengeluaran undang-undang dan borang pampasan.

  8. MJN dapatkan informasi peribadi untuk menjalankan Peraduan dan boleh, untuk tujuan tersebut, menyiarkannya kepada pihak ketiga (yang berada dalam atau sekitar Malaysia), termasuk tapi tidak dihadkan kepada ejen, kontraktor, pembekal perkhidmatan, pembekal hadiah dan jika diperlukan, kepada pihak berkuasa Malaysia. Penyertaan perlu memberikan informasi-informasi ini. MJN boleh, dalam mana-mana masa, melainkan dinasihatkan sebaliknya, guna informasi ini untuk tujuan promosi, pemasaran, publisiti, penyelidikan dan pemprofilan, termasuk menghantar mesej elektronik atau menghubungi Peserta. Peserta boleh menghantar permintaan untuk dikecualikan, mengakeses, mengemas kini atau membetulkan informasi kepada MJN. Semua penyertaan akan menjadi hak milik MJN.

  9. MJN tidak memberikan sebarang waranti, dan menafikan mana-mana dan semua waranti, secara nyata atau tersirat, yang melibatkan mana-mana hadiah atau benda yang dibekalkan pihak ketiga yang terlibat dengan Peraduan ini. BARANG-BARANG INI DIBERIKAN PADA DASAR “AS IS” TANPA APA-APA WARANTI, SECARA NYATA ATAU TERSIRAT, DAN MJN MENAFIKAN  SEMUA WARANTI, YANG TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA WARANTI BARANGAN YANG TERSIRAT, KESESUAIAN UNTUK MANA-MANA TUJUAN KHUSUS DAN/ATAU TANPA PELANGGARAN HAK HARTA INTELEK MANA-MANA PIHAK.

10. MJN tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kegagalan penerimaan penyertaan. MJN tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penyertaan yang hilang, tertangguh, tidak boleh dibaca, rosak, rosak, tidak lengkap atau sebaliknya tidak sah.

Untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan ini, layari https://web.facebook.com/enfagrowmalaysia/ atau hubungi 1800-888-3585, Isnin – Jumaat, 10 am – 5 pm kecuali pada hari cuti am.