Bagaimana Hormon Kehamilan Menyebabkan Perubahan KulitHormon kehamilan boleh menyebabkan pelbagai perubahan kulit. Berikut adalah beberapa fakta dan nasihat penjagaan kulit yang boleh dimanfaatkan.

Banyak perubahan berlaku dalam badan anda (dan hidup anda!), termasuk kulit.

Adakah semakin ramai orang menegur muka anda semakin berseri? Percayalah kata-kata mereka! Hormon kehamilan serta peningkatan aliran darah membuat kulit tampak berseri. Malangnya, rembesan kelenjar minyak mungkin juga mengakibatkan jerawat; jangan bimbang, ini hanya sementara.1

Satu lagi perubahan kulit semasa mengandung ialah melasma, dirujuk sebagai “topeng kehamilan.” Keadaan ini lebih kerap didapati dalam kalangan wanita rambut gelap dan kulit pucat. Kulit tampak lebih gelap (warna perang) pada dahi dan pelipis dan bahagian tengah muka. Jangan bimbang, ini juga akan hilang selepas bersalin nanti.1

Sesetengah wanita juga mendapat kesan regangan, disebabkan koyak halus dalam tisu di bawah kulit apabila payu dara dan perut membesar. Satu cara mengelakkan ini adalah dengan menaikkan berat badan secara perlahan-lahan. Kawal kenaikan kepada had yang disyorkan, biasanya 25 hingga 35 paun sepanjang kehamilan, tetapi dapatkan nasihat doktor untuk tentukan apa yang terbaik untuk anda dan bayi dalam kandungan anda.1,2

 


 

Rujukan:
1
March of Dimes-Perubahan Kulit Badan Semasa Mengandung http://www.marchofdimes.com/pregnancy/skin-changes.aspx.
2
Mayo Clinic- Kehamilan Mengikut Minggu –Kenaikan Berat Badan Semasa Mengandung: Apa Berat Yang Sihat? http://www.mayoclinic.org/healthy-living/pregnancy-week-by-week/in-depth...