Sakit belakang ketika hamil

Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, bahagian belakang badan biasanya akan mula merasakan tekanan akibat perut dan bayi dalam kandungan yang semakin membesar. Anda tidak perlu bimbang kerana sakit belakang ketika hamil trimester 1 adalah perkara biasa bagi ibu mengandung. 

Malah, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada ibu hamil mengalami sakit belakang seperti ini.1 

Anda boleh mengalaminya pada bila-bila masa dalam tempoh sembilan bulan kehamilan. 

Akan tetapi ia lebih cenderung berlaku pada trimester ketiga, iaitu semasa kandungan bayi anda paling berat. 

Sebenarnya terdapat beberapa cara mudah untuk melegakan sakit belakang semasa mengandung. 

Lihat penerangan yang disediakan di bawah ini.

 

Punca yang sebabkan ibu hamil sering sakit belakang2 3

Sebelum anda ambil tahu cara menghilangkan sakit belakang ketika hamil trimester 1, anda perlu ketahui apakah punca yang sering menyebabkan ia terjadi. 

Antara sebab ibu hamil sering alami sakit belakang ialah:

#1. Pertambahan berat badan

Seiring perkembangan bayi dari trimester satu hingga tiga, pertumbuhan bayi dalam kandungan juga akan menambahkan beban pada bahagian bawah belakang badan ibu.

#2. Faktor hormon

Peningkatan hormon kehamilan akan mempengaruhi ligamen dan sendi dalam ruang pelvis. 

Ini kemudiannya akan membuatkan ruang pelvis menjadi semakin lembut dan longgar untuk memudahkan proses kelahiran. 

Namun, ia turut mengurangkan sokongan terhadap bahagian belakang ibu lalu menyebabkan sakit belakang. 

#3. Graviti

Apabila perut bertambah besar, pusat graviti badan ibu juga akan berubah dan beransur-ansur beranjak ke hadapan. 

Perubahan pusat graviti ini boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian bawah belakang.

#4. Kelemahan pada otot

Semasa anda hamil, otot abdomen yang menyokong tulang belakang akan meregang dan lama-kelamaan akan menjadi sedikit lemah. 

Faktor ini juga menjadi antara punca sakit belakang ketika hamil. 

 

Cara legakan sakit belakang ketika hamil yang boleh ibu cuba2 3

Sakit belakang ketika hamil

Ibu hamil tidak perlu risau kerana sakit belakang yang dialami ini sebenarnya boleh dihilangkan. 

Anda boleh cuba beberapa cara berikut untuk melegakan sakit belakang yang berlaku:

#1. Bersenam

Berbincanglah dengan doktor tentang senaman sesuai yang boleh anda lakukan untuk menguatkan otot pada bahagian belakang dan abdomen. 

Senaman regangan bahagian bawah belakang juga boleh membantu melegakan sakit belakang ketika hamil. 

#2. Menyokong belakang anda

Letakkan bantal kecil pada bahagian bawah belakang semasa anda duduk untuk sokongan tambahan. 

Tilam yang keras juga akan memberi sokongan pada badan dengan lebih baik. 

Jika ibu tidak merancang untuk membeli tilam baharu, cukup dengan meletakkan papan di antara tilam lembut dan kotak spring untuk memberikan sokongan.

#3. Pakai kasut yang memberi sokongan

Jangan guna kasut bertumit tinggi ketika anda sedang hamil.

Pakai kasut yang boleh memberikan sokongan pada lengkungan tapak kaki ketika anda berjalan. 

Kasut bertumit tinggi hanya akan menyebabkan sakit belakang semakin teruk. 

#4. Berhati-hati ketika mengangkat barang

Jangan membongkokkan badan semasa anda mengambil sesuatu.

Cukup dengan hanya membengkokkan lutut dan mencangkung untuk memindahkan beban daripada belakang badan kepada kaki.

#5. Tidur dengan posisi yang betul legakan sakit belakang ketika hamil

Kedudukan tidur paling sesuai untuk menyokong bahagian belakang anda adalah dengan mengiring ke sebelah kiri. 

Ibu juga boleh meletakkan bantal di antara lutut sebagai sokongan tambahan.

#6. Gunakan pad pemanas atau kompres sejuk

Letakkan pad pemanas pada penetapan haba paling rendah di bahagian bawah belakang anda. 

Bagi sesetengah wanita, pek atau kompres dingin juga berkesan. Pek boleh dibaluti tuala agar tidak berasa terlalu panas atau sejuk ketika digunakan. 

#7. Urut belakang badan dengan lembut

Minta suami tersayang untuk mengurut belakang anda atau dapatkan perkhidmatan tukang urut yang profesional.

#8. Tanya tentang ubat dan pilihan alternatif

Tanya doktor jika anda boleh mengambil ubat seperti asetaminofen untuk membantu melegakan gejala anda. 

Ibu juga boleh berbincang dengan doktor tentang perubatan alternatif termasuk rawatan akupunktur dan kiropraktik.

 

Awasi tanda amaran sakit belakang ketika hamil ini4 5

Walaupun sakit belakang ringan adalah satu perkara biasa semasa hamil, namun ibu perlu hubungi doktor serta-merta jika sakit belakang menjadi teruk atau disertai dengan beberapa gejala berikut:

  • Pendarahan vagina atau faraj

  • Suhu badan tinggi atau demam panas

  • Rasa pedih semasa membuang air kecil

 

Utamakan juga kesihatan bayi dalam kandungan

Sakit belakang ketika hamil

Anda pasti boleh mengurangkan gejala sakit belakang jika tahu punca dan cara untuk melegakannya. 

Tetapi, jangan lupa untuk mengutamakan kesihatan dan perkembangan kandungan anda juga.

Ibu hamil boleh mengambil makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan juga susu untuk kesihatan diri dan kandungan

Susu yang diperkaya dengan MFGM dan DHA mempunyai banyak manfaat terhadap bayi dalam kandungan. 

Ia telah terbukti membantu dalam perkembangan otak dan mata janin. 

Oleh itu, susu khas untuk ibu mengandung yang mengandungi kedua-dua nutrien ini boleh menjadi makanan tambahan yang baik dalam diet harian anda. 

Bukan itu sahaja, susu seperti ini juga kaya dengan kalsium yang boleh menyokong kesihatan tulang ibu hamil.

Bagi ibu mengandung, ingatlah bahawa menjaga kesihatan diri adalah langkah pertama bagi memastikan perkembangan yang sihat dan optimal untuk bayi dalam kandungan anda.

 

Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips kehamilan dan keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi! Klik di sini untuk sertai.

Sertai Kelab Enfamama A+


Rujukan:
  1. Katonis, P., Kampouroglou, A., Aggelopoulos, A., Kakavelakis, K., Lykoudis, S., Makrigiannakis, A., & Alpantaki, K. (2011). Pregnancy-related low back pain. Hippokratia, 15(3), 205–210. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22435016/. Diakses pada Julai 3, 2023.

  2. Backache. https://dev.marchofdimes.org/pregnancy/backache.aspx#. Diakses pada Julai 3, 2023.

  3. Back Pain During Pregnancy. https://www.acog.org/womens-health/faqs/back-pain-during-pregnancy#:~:text=What%20causes%20back%20pain%20during,a%20strain%20on%20your%20back. Diakses pada Julai 3, 2023.

  4. Back pain during pregnancy. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/pregnancy/art-20046080?p=1. Diakses pada Julai 3, 2023.

  5. Backache in pregnancy. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/backache-in-pregnancy. Diakses pada Julai 3, 2023.