meroyan selepas bersalin

Kemurungan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, termasuklah ibu selepas bersalin. Kemurungan selepas bersalin ini lebih dikenali sebagai meroyan atau postpartum depression. Apakah maksud meroyan yang sebenar? Apa pula cara-cara yang boleh dilakukan bagi membantu mengelakkan kejadian meroyan selepas bersalin? 

Lihat penerangan lanjut di bawah ini.

 

Meroyan maksud nya?

Apa itu meroyan setelah bersalin? Meroyan atau juga dikenali sebagai kemurungan selepas bersalin, adalah keadaan psikologi yang dialami oleh wanita selepas kelahiran. 

Keadaan ini melibatkan perasaan sedih, kekosongan atau kehilangan minat yang melampau terhadap aktiviti harian, yang boleh berterusan untuk tempoh yang panjang. 

Meroyan bukan sahaja memberi kesan kepada ibu, tetapi juga kepada interaksi dengan anak dan ahli keluarga lain. 

Keadaan ini memerlukan perhatian dan rawatan yang sesuai untuk memastikan kesejahteraan ibu dan anak.

 

Risiko meroyan selepas bersalin

Selepas fasa bersalin, wanita berisiko untuk mengalami kemurungan dan gangguan emosi seperti kejadian meroyan. 

Antara kemungkinan puncanya disebabkan oleh perubahan dalam otak dan tindak balas hormon1

Berdasarkan kajian, sekitar 20 peratus wanita mengalami kemurungan yang lebih teruk pada tahun pertama selepas bersalin2

Antara faktor-faktor risiko yang boleh menyebabkan wanita kemurungan selepas bersalin termasuklah tekanan kehidupan, kekurangan sokongan sosial, komplikasi obstetrik dan sejarah kemurungan sebelum ini. 

Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa faktor risiko utama kemurungan ini berlaku adalah disebabkan tekanan menjaga anak, kecemasan pranatal, hubungan perkahwinan, status perkahwinan, status sosioekonomi, dan kehamilan yang tidak dirancang atau tidak diingini3

Wanita yang menghadapi risiko kemurungan yang tinggi perlu menjalani pemeriksaan semasa hamil dan juga selepas bersalin. 

Ini untuk mengenal pasti masalah yang dialami selain mendapatkan bantuan yang sepatutnya. 

Jika anda tergolong dalam kalangan kelompok ini, berbincanglah dengan doktor sebelum bersalin mengenai cara-cara untuk mengurangkan risiko meroyan dan melindungi kesihatan emosi anda.

 

Cara bantu elakkan meroyan selepas bersalin

meroyan selepas bersalin

Sebenarnya, terdapat beberapa cara yang boleh membantu untuk mencegah kejadian ibu meroyan selepas bersalin. 

Antara kaedah yang boleh dipraktikkan adalah:

 

#1. Mengawal tekanan

Salah satu gejala awal meroyan selepas bersalin ialah stres atau tekanan. 

Oleh itu, amat penting bagi ibu hamil mempelajari teknik berguna bagi menangani tekanan

Antara rutin yang boleh dilakukan adalah dengan menyertai kelas yoga, bermeditasi atau bertafakur, bernafas dalam-dalam, dan melakukan hobi kegemaran anda pada waktu terluang. 

Tidak kira apa jua aktiviti kegemaran anda, cari ruang untuk anda terus melakukan minat tersebut. 

Salah satu risiko kemurungan selepas bersalin adalah kehilangan identiti yang dirasai oleh sesetengah ibu hamil. 

Jadi, cara ini dapat mengekalkan identiti dan minat ibu walaupun selepas bersalin nanti.

 

#2. Membina jaringan sokongan sosial

Sekiranya ada ahli keluarga atau rakan-rakan yang mempelawa untuk membantu anda dengan kerja-kerja di rumah, jangan sesekali menolaknya. 

Bantuan seperti menolong mengemas rumah, memasak atau menyediakan makanan boleh membantu meringankan tugas anda sewaktu sedang sarat mengandung. 

Menerusi sokongan atau bantuan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan, anda tidak lagi rasa terbeban atau mengalami tekanan dalam menguruskan rumah tangga.

 

#3. Cegah meroyan selepas bersalin dengan sertai kelas kehamilan

Kelas-kelas kehamilan juga sangat bermanfaat untuk ibu hamil. 

Menerusi penglibatan anda dalam kelas-kelas seperti ini, anda berpeluang untuk bertemu dan berbual dengan ibu-ibu hamil lain sambil berkongsi pengalaman sesama sendiri. 

Cara ini boleh membuatkan anda berasa lebih tenang dan tidak berseorangan jika mengalami sebarang masalah atau kesulitan semasa mengandung dan selepas bersalin.

 

#4. Uruskan waktu tidur dengan bijak

Kekurangan tidur boleh meningkatkan risiko kemurungan seseorang individu. 

Apatah lagi bagi wanita yang sedang hamil, waktu tidur yang berkualiti memberikan peluang untuk tubuh badan berehat selain memberikan ketenangan kepada mental anda. 

Pantau keperluan tidur anda. Amalkan tidur sebentar pada waktu siang dan pastikan anda tidur malam lebih awal setiap hari. 

Cuba cari peluang untuk merehatkan fikiran dan juga badan anda jika mempunyai masa yang terluang.

 

#5. Dapatkan sumber DHA seperti yang disyorkan

Tahukah anda, pengambilan asid lemak omega-3 seperti DHA boleh membantu mengurangkan gejala kemurungan selepas bersalin? 

Kajian ada menyatakan, pengambilan DHA sewaktu hamil boleh mengurangkan gejala kemurungan atau meroyan selepas bersalin, termasuklah keresahan dan hilang keyakinan diri4 5

Ramai wanita biasanya tidak mengambil jenis ikan berlemak seperti salmon dalam diet harian mereka dengan secukupnya semasa hamil. 

Perlu diketahui bahawa wanita hamil disyorkan untuk mengambil 200 - 300 mg DHA sehari oleh pakar kesihatan6

Oleh itu, bagi mengatasi kekurangan DHA dalam kalangan ibu hamil, anda boleh mengambil susu yang diperkaya dengan DHA dan nutrisi penting lain seperti asid folik, zat besi, inulin, vitamin D dan kolina

Memandangkan ibu hamil mempunyai keperluan nutrisi yang semakin bertambah, susu untuk ibu hamil yang diperkaya dengan kandungan DHA dan nutrisi penting lain boleh membantu menyokong keperluan ini. 

Ia bukan sahaja membekalkan DHA untuk keperluan tubuh ibu, tetapi juga baik untuk perkembangan bayi dalam kandungan.

 

Bincang sebarang gejala kemurungan dengan doktor anda

meroyan selepas bersalin

Jika anda berasa murung semasa hamil atau selepas bersalin, berjumpalah dengan doktor atau pakar terapi anda. 

Perhatikan kemunculan gejala-gejala kemurungan atau meroyan seperti berikut7:

  • Insomnia (sukar tidur)

  • Rasa teramat sedih atau resah

  • Gangguan perasaan yang teruk

  • Menangis teresak-esak

  • Tersangat letih

  • Kurang mesra dengan anak

  • Menjauhkan diri daripada rakan-rakan dan ahli keluarga

  • Rasa terasing

  • Hilang selera makan

  • Terfikir untuk mencederakan diri atau anak anda

  • Bermasalah untuk menjaga anak dan melakukan tugas harian

Jika anda alami salah satu daripada gejala tersebut, maklumkan kepada doktor yang merawat agar mereka boleh membantu anda.

 

Ingat, anda tidak berseorangan!

Jika anda mengalami simptom-simptom meroyan selepas bersalin, jangan berasa malu. 

Anda tidak perlu menyembunyikan tanda kemurungan yang dialami dan dapatkan bantuan doktor dengan segera. 

Kemurungan selepas bersalin boleh ditangani dengan rawatan yang sewajarnya, dan membolehkan anda berasa lebih bahagia dalam hidup anda.

Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips kehamilan dan keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi! Klik di sini untuk sertai.

Sertai Kelab Enfamama A+


Rujukan:
  1. Nguyen, A.et al. (2019) Journal of Neuroendocrinology, 31. https://doi.org/10.1111/jne.12794. Accessed Nov 16 2023.

  2. Wisner, K. et al (2013). Onset timing, thoughts of self-harm, and diagnoses in postpartum women with screen-positive depression findings. JAMA psychiatry, 70(5), 490–498. https://doi.org/10.1001/jamapsychiatry.2013.87. Accessed Nov 16 2023.

  3. Beck, C. (2001). Predictors of Postpartum Depression: An Update. Nursing Research, 50, 275-285. https://doi.org/10.1097/00006199-200109000-00004. Accessed Nov 16 2023.

  4. Freeman, et al (2006). An open trial of Omega-3 fatty acids for depression in pregnancy*. Acta Neuropsychiatrica, 18, 21 - 24. https://doi.org/10.1111/j.0924-2708.2006.00113.x. Accessed Nov 16 2023.

  5. Judge, M.et al (2014). Pilot trial evaluating maternal docosahexaenoic acid consumption during pregnancy: Decreased postpartum depressive symptomatology. International Journal of Nursing Sciences, 1, 339-345. https://doi.org/10.1016/J.IJNSS.2014.10.005. Accessed Nov 16 2023.

  6. Jackson, K., & Plaza, N. (2022). Challenges in proposing omega-3 fatty acid recommendations for the public. Proceedings of 2022 AOCS Annual Meeting & Expo. https://doi.org/10.21748/fgey5940. Accessed Nov 16 2023.

  7. Postpartum depression. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/postpartum-depression/symptoms-causes/syc-20376617. Accessed Nov 16 2023.