Bulan ke-4 menyaksikan progress perkembangan bayi dalam kandungan anda dalam bahagian kognitif dan visual.

Bulan ini adalah waktu yang penting untuk bayi dalam kandungan anda, kerana otak dan deria penglihatannya sedang berkembang. Sekitar minggu ke-15 hingga minggu ke-18 kehamilan anda, visual kortex bayi dalam kandungan anda sedang membentuk, walau bagaimanapun penglihatannya pada ketika ini masih lagi kabur. Penglihatannya tidaklah akan terus menjadi jelas dan tajam. Pada masa yang sama, fisur lateral, iaitu alur yang jelas kelihatan pada korteks serebral, membentuk. Bahagian ini pada akhirnya akan bertanggungjawab kepada ingatan, bahasa, kemahiran dan juga kesedarannya.

Sekitar minggu ke-16 kehamilan anda, otak bayi dalam kandungan anda kini telah pun membentuk sebanyak 100 juta sel neuron bagi menyokong deria penglihatannya.  Jadi, walaupun masih lagi di peringkat awal, retina matanya sudah mulai sensitif kepada cahaya yang terang1.

Bagaimana anda memupuk deria penglihatan bayi dalam kandungan anda?

Disebabkan bayi dalam kandungan anda hanya bergantung kepada anda untuk semua sumber khasiatnya, anda boleh membantu memupuk perkembangan otak dan matanya dengan mengambil diet yang seimbang dan sihat serta mengandungi nutrien penting seperti DHA, iaitu sejenis asid lemak omega-3.

Pakar menyarankan agar wanita yang hamil mengambil kira-kira 200 mg DHA setiap hari2. Sumber DHA yang bagus ialah ikan, termasuklah ikan salmon dan sardin. Sebagai alternatif, flaxseed, kacang walnut, minyak kanola dan sayursayuran berdaun hijau juga mengandungi DHA, walaupun kandungan DHAnya lebih rendah daripada ikan. Kesemua jenis makanan ini menyumbang kepada perkembangan yang normal untuk otak dan mata bayi dalam kandungan anda3.

Makanan ini juga merupakan makanan snek mudah yang juga merupakan makanan otak yang bagus. Jadi, makanlah segenggam kacangkacang di antara hidangan anda ataupun ketika anda sibuk. Kacang adalah sumber protein, magnesium, vitamin E, dan vitamin B yang sangat baik dan ianya juga bagus untuk anda. Kajian menunjukkan dengan makan segenggam kacang sebagai snek dapat menurunkan risiko diserang penyakit jantung kepada 35%4.

Tahukah anda?
Bayi dalam kandungan anda sudah mulai tumbuh rambut halus – dan tidak tumbuh di kepala sahaja. Rerambut yang lembut dan halus ini dipanggil lanugo dan ia juga tumbuh pada bahagian muka dan badannya. Anda tak perlu risau, lanugo akan hilang betul-betul sebelum, atau selepas dia dilahirkan.

Apakah lagi penemuan bayi dalam kandungan anda pada bulan ini?

Sewaktu temujanji imbasan ultrasound pada bulan ini, anda akan dapat melihat jantung bayi dalam kandungan anda berdegup dan juga dapat membezakan jejari halus pada tangan dan kakinya. Bahkan, anda juga dapat melihat otak dan saraf tunjangnya, dan barangkali – jika anda belum mengetahuinya lagi – anda juga akan mengetahui jantina bayi dalam kandungan anda.

Anda dapat melihat betapa bayi dalam kandungan anda sedang membesar dengan pantasnya melalui imbasan ultrasound! Pada waktu ini, dia sudah berukuran kira-kira 5 inci (12.7 sentimeter) panjang dan beratnya menghampiri empat auns (113 gram) – iaitu sebesar sebiji avokado. Dia juga sedang mengembangkan fungsi deria sentuhnya, bahkan dia akan mengusap dinding uterus anda sewaktu dia bergerak meneroka kawasan persekitarannya.

Pada fasa ini, anda mungkin dapat merasakan pergerakan awalnya, apabila bayi dalam kandungan anda memegang tali pusatnya, menghisap jari dan juga menendang – kesemuanya ini adalah sebahagian aktivitinya menerokai deria sentuhannya.

Pada bulan hadapan, bayi anda akan mula mengenal suara anda apabila deria pendengarannya berkembang.  Untuk mengetahui bagaimana anda boleh membantu menyokong perkembangan deria auralnya (deria pendengaran), teruskan pembacaan anda dalam peringkat kehamilan: bulan ke-5.

Anda terlepas detik penting kehamilan yang berlaku pada bulan lepas? Anda boleh mengetahui sejauh mana anda dan bayi dalam kandungan anda berkembang dengan membaca peringkat kehamilan: bulan ke-3.

Ikan adalah sumber DHA yang bagus. Ketahui resepi penyediaan ikan yang mudah dan cepat untuk anda dan bayi dalam kandungan anda.

Ingin mempelajari lebih lanjut tentang bagaimana bayi dalam kandungan anda berkembang sepanjang tempoh kehamilan anda – serta untuk mendapatkan nasihat pemakanan, sokongan dalam talian dan banyak lagi? Jadi daftarlah sebagai ahli Kelab Enfamama A+ untuk menerima artikel baru, tip-tip berguna dan ganjaran yang boleh membantu anda dan bayi dalam kandungan anda!

Tempoh kehamilan anda adalah waktu berlakunya perubahan-perubahan yang menakjubkan dan juga merupakan satu permulaan yang baru untuk anda. Muat turun aplikasi MomsApp Mobile, bagi membantu anda untuk memaksimumkan pengalaman kehamilan anda. Anda boleh mendokumentasikan perjalanan kehamilan anda, mendapatkan tip-tip dan nasihat terbaik tentang detik kehamilan dan juga tentang kehamilan yang sihat.

 

 

Rujukan:
2 The March of Dimes. Omega-3 fatty acids. Downloaded from http://www.marchofdimes.org/pregnancy/omega-3-fatty-acids.aspx. Accessed on October 2015.
4 Kris-Etherton, Penny M., et al. The role of tree nuts and peanuts in the prevention of coronary heart disease: multiple potential mechanisms. J Nutr 2008; 138(9):1746S-1751S.