Kandungan 1 bulan

Walaupun masih di peringkat awal, usia kandungan 1 bulan itu adalah satu titik permulaan yang ibu hamil tidak boleh pandang ringan. Persoalannya, apa yang bakal dan harus terjadi pada ibu dan bayi dalam kandungan ketika ini?

 

Bagaimana organ bayi dalam kandungan 1 bulan?

Pencapaian si kecil anda sudah bermula sejak awal lagi! Dari saat persenyawaan berjaya berlaku, pusat kecerdasan bayi iaitu otak dalam kandungan 1 bulan mula bertumbuh dan berkembang.1

Seperti mana organ badan yang lain, otaknya akan terus berbuat demikian sepanjang tempoh kehamilan anda.1

Walaupun sedikit mengelirukan, pengiraan perkembangan bayi dalam kandungan anda akan diukur sama ada mengikut minggu atau bulan, yang nanti akan dibahagikan kepada trimester.

Usia kehamilan adalah terma yang digunakan untuk menjelaskan sejauh mana anda hamil.2 

Umur kehamilan ini diukur mengikut minggu, dari hari pertama pusingan menstrual seseorang wanita hingga tarikh terkini.2

Kehamilan yang normal akan berlangsung selama 38 sehingga 42 minggu.2

Permulaan proses ini, dalam minggu kedua atau ketiga umur kehamilan ialah perkembangan tiub saraf – sebuah struktur beralur yang lama-kelamaan akan bertukar menjadi otak, saraf tunjang, sistem saraf dan tulang belakang bayi dalam kandungan anda.3

Menjelang minggu keenam, hemisfera kiri dan kanan otak bayi dalam kandungan anda akan mula terasing.1

Kandungan 1 bulan

Pun begitu, bukan otak sahaja yang mula terbentuk, menjelang akhir bulan kedua, bayi dalam kandungan anda sedang mengembangkan organ lain termasuk jantung.

Ini bermaksud jantungnya sudah mula berdegup dalam rahim anda – bahkan, jantung bayi dalam kandungan 1 bulan akan mula berdegup dua kali ganda lajunya daripada degupan jantung anda sendiri!3

 

Bagaimana rupa bayi dalam kandungan 1 bulan?

Walaupun raut wajah bayi dalam kandungan masih belum kelihatan jelas pada bulan pertama, tetapi pancaindera utama iaitu mata, telinga dan juga mulut akan mula muncul ketika ini.4

Namun, deria sentuhan adalah deria yang pertama daripada lima deria iaitu penglihatan, rasa, bau dan sentuhan akan terbentuk sekitar minggu kelima dan keenam usia kehamilan.4

Anak anda adalah hasil gabungan unik DNA anda dan pasangan, jadi anda tidak akan tahu si manja akan mirip siapa di antara anda berdua sehinggalah kalian melihatnya nanti!

Jantina, ketinggian, warna rambut, kulit dan mata, dan juga beberapa ciri-ciri personalitinya, ditentukan berdasarkan gabungan set 46 kromosom pada saat persenyawaan berlaku.5

Pada waktu yang sama, enam minggu yang pertama juga adalah minggu yang sedikit sukar buat si ibu. 

Tidak hairanlah kerana antara petanda awal kehamilan ialah anda akan berasa keletihan.

Dengan pelbagai perubahan yang berlaku ini, bayi dalam kandungan anda telah membesar sebanyak setengah inci atau satu sentimeter lebih.6

Saiznya sebesar kuku ibu jari tangan anda – detik pertama hamil 1 bulan yang sangat mengagumkan!6

Kandungan 1 bulan

 

Apa ibu boleh buat untuk sokong perkembangan janin?

Bayi dalam kandungan 1 bulan bergantung sepenuhnya pada anda untuk mendapatkan sumber nutrisinya.7 

Ini bermakna, diet anda bukan sahaja akan memberi kesan kepada kesihatan anda, tetapi juga akan mempengaruhi kesihatan dan perkembangan bayi dalam kandungan! 

Sebagai permulaan, ibu boleh membantu janin dalam perkembangan kognitifnya dengan mengamalkan diet yang seimbang dan mengandungi khasiat penting seperti DHA (Asid Dokoheksaenoik) serta ARA (Asid Arakidonik).8

Kedua-dua nutrien ini masing-masing kaya dengan omega-3 dan omega-6, yang penting bagi menyokong perkembangan sihat untuk otak dan mata bayi dalam kandungan anda.8

Asid lemak yang sangat bermanfaat ini boleh didapati di dalam ikan seperti ikan salmon, sardin dan ikan bilis.

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat dan Jabatan Perkhidmatan dan Kesihatan Manusia Amerika Syarikat menyarankan agar wanita hamil mengambil sekurang-kurangnya 8 hingga 12 auns (226 hingga 340 gram) pelbagai makanan laut dalam seminggu.9

Ketika sedang hamil 1 bulan, cuba makan dua hidangan ikan berlemak – seperti ikan salmon – setiap minggu.

Ikan merupakan sumber nutrisi yang penting, tetapi sepanjang tempoh kehamilan, elakkan ikan dan kerang-kerangan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi.9

Ini kerana terlalu banyak merkuri akan memudaratkan sistem saraf bayi dalam kandungan 1 bulan anda.

Secara umumnya, ikan yang besar dan matang mengandungi lebih banyak merkuri, jadi elakkan makanan seperti ikan todak, ikan yu dan tilefish.9

Apa lagi yang ibu perlu tahu ketika hamil 1 bulan?

Kandungan 1 bulan

Tahukah anda, janin 1 bulan akan mula bergerak pada bulan kedua usia kehamilan anda? Untuk mengetahui bagaimana dia bergerak, teruskan baca artikel berkaitan kehamilan di bulan kedua.

Otak bayi dalam kandungan 1 bulan akan berterusan berkembang sepanjang tempoh kehamilan anda, jadi penting untuk anda makan makanan yang membantu menyokong sistem kognitif mereka.10

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas, DHA, ARA dan banyak lagi mineral lain sangat penting untuk otak terutama ketika di peringkat awal perkembangan janin.10

Maka, ibu mengandung harus minum susu khusus untuk ibu hamil yang boleh membantu pertumbuhan dan perkembangan anda dan bayi dalam kandungan anda.

Ingin mempelajari lebih lanjut tentang bagaimana bayi dalam kandungan kalian berkembang sepanjang tempoh kehamilan – serta untuk mendapatkan nasihat pemakanan, sokongan dalam talian dan banyak lagi? 

Tempoh kehamilan anda adalah waktu berlakunya perubahan-perubahan yang menakjubkan dan juga merupakan satu permulaan yang baru untuk anda. 

Daftar sebagai ahli Kelab Enfamama A+ untuk menerima artikel baru, tip dan nasihat berguna serta ganjaran yang akan membantu menyokong anda dan bayi dalam kandungan! Klik di sini untuk sertai.

Muat turun aplikasi Enfamama A+ Mobile, bagi membantu anda untuk memaksimumkan masa kehamilan anda.

Anda boleh mendokumentasikan perjalanan kehamilan anda, mendapatkan tip dan nasihat terbaik tentang detik kehamilan serta pelbagai perkongsian tentang kehamilan yang sihat.

 

Daftar sebagai ahli Kelab Enfamama A+ untuk menerima artikel baru, tip dan nasihat berguna serta ganjaran yang akan membantu menyokong anda dan bayi dalam kandungan! Klik di sini untuk sertai.

Muat turun aplikasi Enfamama A+ Mobile, bagi membantu anda untuk memaksimumkan masa kehamilan anda.

Sertai Kelab Enfamama A+


Rujukan:
  1. Baby’s Brain Begins Now: Conception to Age 3, http://www.urbanchildinstitute.org/why-0-3/baby-and-brain, Accessed Aug 1 2023.

  2. How long does pregnancy last?, https://www.acog.org/womens-health/experts-and-stories/ask-acog/how-long-does-pregnancy-last, Accessed Aug 1 2023.

  3. Pregnancy Week by Week, https://www.marchofdimes.org/pregnancy-week-week, Accessed Aug 1 2023.

  4. How Your Fetus Grows During Pregnancy, https://www.acog.org/womens-health/faqs/how-your-fetus-grows-during-pregnancy, Accessed Aug 1 2023.

  5. Main inheritance patterns, http://www.genesinlife.org/genetics-101/how-does-genetics-work/main-inheritance-patterns, Accessed Aug 1 2023.

  6. The First Trimesterr, https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/the-first-trimester, Accessed Aug 1 2023.

  7. First Trimester Of Pregnancy: What To Expect https://my.clevelandclinic.org/health/articles/9699-first-trimester, Accessed Aug 1 2023.

  8. Do’s and don’ts during the first trimester of pregnancy, https://news.sanfordhealth.org/womens/dos-and-donts-during-first-trimester-pregnancy/, Accessed Aug 1 2023.

  9. Pregnancy and fish: What's safe to eat?, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/pregnancy-and-fish/art-20044185, Accessed Aug 1 2023.

  10. Promoting Healthy Brain Development in Infants, https://www.nm.org/healthbeat/healthy-tips/promoting-healthy-brain-development-in-infants, Accessed Aug 1 2023.