Kandungan 37 minggu

Apabila masuk sahaja usia kandungan 37 minggu, anda kini sudah berada di dalam trimester terakhir kehamilan. Di ketika ini, anda wajar bersiap sedia untuk proses bersalin yang bakal tiba.1

Persoalannya, apa yang para ibu perlu jangkakan dan buat ketika hamil 37 minggu? Jom baca artikel ini untuk tahu!

 

Sebenarnya, kehamilan 37 minggu berapa bulan?

Sebelum pergi lebih lanjut, anda perlu tahu tentang perkara terpenting ini terlebih dahulu. Untuk pengetahuan anda semua, kandungan anda sudah masuk ke bulan terakhir iaitu yang ke-9.

Pun begitu, ia mungkin bukan minggu yang paling akhir dan anda masih mempunyai sedikit waktu lagi untuk buat persiapan.1

Ini kerana kehamilan 9 bulan yang lengkap memerlukan sekitar 38 ke 40 minggu usia kandungan, namun ada ibu yang mungkin terlebih atau terkurang minggu kehamilan. Perkara ini juga bergantung kepada individu masing-masing.2 

Dalam pada itu, turut wujud kemungkinan untuk anda bersalin pada usia kandungan 37 minggu! Ia tidak dikategorikan sebagai kelahiran pramatang ekoran sifat bayi dalam kandungan anda sudah matang ketika ini.2

Jadi, anda tidak perlu terlalu risau dan cuma prihatin tentang apa perlu dijangka dan dibuat pada minggu ini sahaja.

 

Apa yang berlaku dalam perut anda di waktu ini?

Adakah anda pernah baca atau dengar tentang terma fetal position? Ini merupakan kedudukan bayi dalam perut anda yang sedang berada dalam keadaan bergulung.3

Sewaktu minggu-minggu terakhir kehamilan ini juga, kepala bayi dalam kandungan anda itu akan menghala ke bawah dan mula menghadap ke bahagian pelvis anda.3

Kalau anda perasan, perut akan kelihatan seperti beralih ke bawah sedikit. Perubahan yang lain ialah bulu lanugo yang sebelum ini meliputi badan bayi dalam kandungan sudah hampir hilang kesemuanya.4

Bayi dalam kandungan 37 minggu juga seharusnya memiliki berat sekitar 6.3 paun (2.8 kilogram) dan mempunyai panjang sekitar 19 inci (48 sentimeter) dari hujung kepala ke hujung kaki.3

Menariknya, berat bayi dalam kandungan anda itu akan tetap bertambah meskipun sudah berada pada minggu-minggu terakhir kehamilan!

 

Apa anda perlu jangkakan ketika hamil 37 minggu?

Menurut logik akal, si ibu yang sedang berada dalam usia kandungan 37 minggu akan lebih cenderung untuk berehat serta berbaring sahaja ekoran fizikal yang sedikit 'berat'.5

Namun, anda juga mungkin mendapati keinginan akan mula membuak-buak untuk membuat kerja rumah atau persiapan seperti mengemas bilik si manja, memasak atau menyiapkan keperluan si suami.5

Sebaiknya, anda perlu mendapatkan waktu rehat yang lebih banyak. Ia adalah naluri yang normal dalam penantian untuk perubahan besar yang bakal berlaku di masa hadapan!

Kandungan 37 minggu

Jadikan waktu-waktu terakhir kehamilan anda menyelesakan dan menyeronokkan dengan tip-tip nesting instinct ini:5

  • Memutuskan tempat untuk anda bersalin

  • Menambahkan ilmu tentang proses bersalin

  • Menyiapkan keperluan dan kemudahan di hospital kelak

  • Berkongsi dengan suami tentang kerja dan tanggungjawab di rumah 

  • Berehat sebanyak yang mungkin

Apa yang lebih penting, jangan pula anda terlepas tarikh perjumpaan dan pemeriksaan bersama doktor anda ya?

 

Apa anda perlu buat ketika hamil 37 minggu?

Ketika masuk usia kandungan 37 minggu, ramai para ibu yang mulai panik dan ini perkara normal.6 Bermacam petua serta tip akan diberitahu dan dicuba agar kehamilan anda lebih lancar.

Sebenarnya, ada dua aspek yang anda perlu ambil berat pada ketika ini. Ini bagi memastikan keadaan anda dan bayi dalam kandungan akan lebih sihat:

Pemakanan dan diet sihat

Selain untuk kandungan dalam perut, si ibu juga memerlukan nutrisi yang cukup supaya tubuh badan lebih kuat untuk meneruskan proses kehamilan yang sudah hampir untuk melahirkan.6

Teruskan mengambil diet yang kaya dengan protein dan kalsium bagi menyokong pertumbuhan dan perkembangan badan serta tulang bayi dalam kandungan untuk minggu-minggu terakhir ini.7

Dalam pada itu, makanan yang kaya dengan zat DHA penting untuk otak bayi di dalam kandungan anda!7

Bagaimana untuk mendapatkan cukup zat ini? Antara cara terbaik adalah dengan minum susu khusus untuk ibu hamil yang bukan sahaja akan menawarkan DHA malah pelbagai nutrien lain seperti folik asid dan kolina.

Kandungan 37 minggu

Persediaan mental dan fizikal

Di ketika ini juga, anda perlu mempersiapkan aspek mental dan fizikal untuk mendaftarkan diri di hospital nanti!6

Selain barang penting seperti kelengkapan peribadi, pertimbangkan juga untuk membawa barang-barang lain termasuk bola tekanan, buku, diari atau kamera bagi mengambil gambar detik pertama sebagai sebuah keluarga yang lebih besar.8

Sentiasa bertenang semasa minggu-minggu terakhir kehamilan anda dan fikirkan perkara yang gembira dan penuh dengan kasih sayang di mana ia akan membantu anda berasa berhubung dengan bayi dalam kandungan 37 minggu itu.8

Anda perlu buang perasaan bimbang atau khuatir itu kerana tekanan hanya akan memperburukkan lagi persiapan dan persediaan anda untuk bersalin kelak.

Sebaiknya, sentiasa berhubung dengan doktor, jururawat, ibu yang pernah bersalin serta pasangan bagi melancarkan lagi proses bersalin anda.

Konklusinya, usia kandungan 37 minggu itu adalah fasa yang perlu ibu waspada dan ingati. Jadikan minggu ini sebagai waktu yang indah untuk kenangan pada masa hadapan!8

 

Jom sertai Kelab Enfamama A+ untuk tips-tips kehamilan dan keibubapaan, sampel PERCUMA dan banyak lagi! Klik di sini untuk sertai.

Sertai Kelab Enfamama A+


Rujukan:
  1. The Third Trimester, https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/the-third-trimester, Accessed July 28 2023.

  2. How long does pregnancy last?, https://www.acog.org/womens-health/experts-and-stories/ask-acog/how-long-does-pregnancy-last, Accessed July 28 2023.

  3. Fetal development: The 3rd trimester, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/fetal-development/art-20045997, Accessed July 28 2023.

  4. You and your baby at 37 weeks pregnant, https://www.nhs.uk/pregnancy/week-by-week/28-to-40-plus/37-weeks/, Accessed July 28 2023.

  5. Changes in Your Body During Pregnancy: Third Trimester, https://familydoctor.org/changes-in-your-body-during-pregnancy-third-trimester/, Accessed July 28 2023.

  6. Staying Healthy During Pregnancy, https://kidshealth.org/en/parents/preg-health.html, Accessed July 28 2023.

  7. A healthy way through pregnancy, https://www.eufic.org/en/healthy-living/article/a-healthy-way-through-pregnancy, Accessed July 28 2023.

  8. Third trimester checklist: preparing to welcome your baby, https://www.themotherbabycenter.org/blog/2022/09/third-trimester-checklist/, Accessed July 28 2023.