nama anak lelaki, nama anak lelaki dalam Islam, nama bayi lelaki

Ingin tahu nama dan maksud nama anak anda, kami ada senarai nama anak lelaki yang mungkin dapat membantu anda.

Pilihlah nama anak lelaki yang terbaik

Nama bukanlah sekadar panggilan semata-mata, ia lebih daripada itu. Setiap kali anda memanggil anak anda, secara tidak langsung ia diibaratkan sebagai doa.

Oleh sebab itu, pemilihan nama dengan maksud yang baik itu penting. Jadi sekiranya anda masih dalam dilema, kami bersedia untuk membantu anda membuat pilihan nama anak lelak.

Tetapi sebelum itu, ada tip yang perlu anda dititikberatkan.

Tip memilih nama bayi lelaki

Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memilih nama yang baik. Ini kerana nama tersebut akan menjadi lambang identiti anak anda dan akan digunakan sepanjang hayatnya.

Untuk memilih nama anak, sebaiknya anda lakukan beberapa perkara ini untuk memudahkan urusan tersebut:

Berbincang dengan pasangan

Pastinya anda mempunyai senarai pilihan nama yang berkenan di hati, bukan? Jika ya, kumpulkan nama-nama tersebut.

Kemudian lakukan perbincangan dengan pasangan. Lakukan dalam suasana yang tenang dan elakkan daripada mencetuskan pergaduhan.

Pengertian nama yang baik

Sama ada nama anak pilihan anda bercirikan moden atau klasik, sebaiknya pastikan nama anak lelaki yang disukai anda itu mempunyai maksud baik.

Ini kerana secara tidak langsung ia bagaikan doa daripada setiap individu yang memanggilnya.

Sebutan yang mudah

Ada sesetengah ibu bapa gemar meletakkan nama anak yang unik, bukan sahaja daripada segi ejaan tetapi juga sebutan.

Pun begitu, disarankan untuk mengelakkan nama yang boleh menyebabkan kekeliruan dan sukar untuk disebut.

Senarai nama anak lelaki

Berikut senaraikan nama bayi lelaki yang mungkin boleh anda dan pasangan pertimbangkan.

Huruf A

  • Adeeb – Sasterawan 1
  • Aditya – Matahari 2
  • Aiden – Api kecil
  • Arsh – Mahkota 3
  • Alexander – Pembela rakyat 4
  • Angus – Satu kekuatan 4

Huruf B

  • Balraj – Berkuasa 2
  • Bashshar – Yang menyampaikan berita gembira 1
  • Bao – Permata 5
  • Basel – Berani 1
  • Bernand – Kuat
  • Bryan – Tajam seperti pedang

Nama anak lelaki: Huruf C

  • Caleb – Dermawan
  • Callum – Merpati 4
  • Chakravarthi – Raja 2
  • Chandran – Bulan
  • Chang – Berkembang maju 5
  • Chase – Pemburu 4

Huruf D

  • Daksh – Anak yang berharga 2
  • Damian – Penjinak
  • Daniyal – Bijaksana 3
  • David – Yang dikasihi
  • Devraj – Raja Tuhan 2
  • Diyaaudeen – Iman yang terang 3

Huruf E

  • Edward – Penjaga warisan 4
  • Eijaz – Keajaiban
  • Ekbal – Kesejahteraan
  • Emir – Yang memerintahkan 1
  • Eshan – Berhasrat 2
  • Ethan – Kuat 4

Huruf F

  • Fady – Pelindung 1
  • Faiq – Yang mengungguli
  • Fakhry – Kehormatan 3
  • Fateh – Kemenangan 2
  • Felix – Bahagia dan sejahtera 4
  • Feng – Puncak 5

Nama bayi lelaki: Huruf G

  • Gabrian – Tuhan adalah kekuatanku
  • Gang – Berkuasa
  • Garv – Bangga 2
  • George – Petani 4
  • Ghandharv – Menguasai muzik 2
  • Ghalib – Pemenang 3

Huruf H

  • Hadif – Yang mempunyai matlamat
  • Haider – Singa 1
  • Hamza – Kuat 3
  • Harry – Penguasa tentera 4
  • Hitrikesh – Pemenang setiap hati 2
  • Heng – Berpanjangan 5

Huruf I

  • Ian – Keagungan Tuhan
  • Ihsaan – Kemurahan hati 3
  • Irsa – Pelangi
  • Isaac – Pelindung
  • Ishranth – Penuh kekuatan 2
  • Izzudeen – Kekuatan iman 3

Nama anak lelaki: Huruf J

  • Jagad – Alam semesta 2
  • Jahi – Bermaruah
  • Javed – Kekal 3
  • Jeet – Kemenangan 2
  • Joel – Dengan keizinan Tuhan
  • Jordan – Rendah hati 4

Huruf K

  • Kang – Kesejahteraan
  • Kalan – Pahlawan 2
  • Kashif – Pelopor 3
  • Khalid – Abadi 1
  • Kenneth – Lelaki kacak
  • Krupal – Penguasa dunia 2

Huruf L

  • Lalchand – Bulan merah 2
  • Liam – Penaung
  • Liang – Terang 5
  • Louis – Pahlawan terkenal
  • Loknath – Raja 2
  • Lutfi – Baik hati dan peramah 3

Nama anak lelaki: Huruf M

  • Maan – Minda 2
  • Maher – Bijaksana 1
  • Matthew – Pemberian Tuhan 4
  • Meghnad – Guruh 2
  • Ming – Pencerahan
  • Muwafaq – Berjaya 3

Huruf N

  • Nadeem – Sahabat 1
  • Nabil – Mulia 1
  • Nakesh – Bulan 2
  • Nasr – Kemenangan
  • Nathan – Murah hati 4
  • Noel – Lelaki yang dilahirkan pada Hari Krismas

Huruf O

  • Oliver – Tentera bunian 4
  • Omar – Anak lelaki pertama 1
  • Oorjit – Berkuasa 2
  • Oscar – Pencinta rusa
  • Owais – Serigala kecil 3
  • Ozzie – Lelaki yang kuat

Nama bayi lelaki: Huruf P

  • Park – Pokok cemara
  • Panav – Putera 2
  • Parvez – Nama raja Parsi, kejayaan
  • Prem – Cinta 2
  • Phoenix – Darah merah 4
  • Putra – Anak lelaki

Huruf Q

  • Qaayed – Pemimpin
  • Qaiser – Raja
  • Qasim – Yang membahagikan 1
  • Qays – Tetap 3
  • Qiang – Lelaki yang kuat 5
  • Qudamah – Keberanian 3

Huruf R

  • Ra’ed – Pemimpin 3
  • Raihan – Bunga Syurga 1
  • Raj – Raja 2
  • Rishi – Bijak 2
  • Ryan – Raja
  • Ryder – Kesatria 4

Huruf S

  • Saaz – Melodi 2
  • Saeed – Gembira 1
  • Sayid – Tuan
  • Sharik – Bintang bersinar
  • Siddharth – Seseorang yang telah mencapai matlamat 2
  • Siraaj – Cahaya 3

Nama bayi lelaki: Huruf T

  • Tai-hua – Kacak
  • Taj – Mahkota 2
  • Tamim – Lengkap 1
  • Tariq – Nama bintang 3
  • Toby – Tuhan adalah Baik 4
  • Troy – Air

Huruf U

  • Udbal – Amat berkuasa 2
  • Ukail – Pandai, pintar
  • Ulfr – Serigala
  • Usama – Singa 3
  • Utkarsh – Kesejahteraan 2
  • Uzma – Terbaik

Huruf V

  • Vȧl – Berkuasa 6
  • Valdemar – Penguasa terkenal 6
  • Valerian – Gagah
  • Veer – Berani 2
  • Victor – Penakluk
  • Vihaan – Subuh, waktu pagi 2

Huruf W

  • Wadi – Ketenangan 1
  • Wang – Diraja 5
  • Warick – Wira bandar
  • Warinder – Tuan lautan
  • Waseem – Yang kacak 1
  • William – Pahlawan bersemangat kuat 4

Huruf X

  • Xander – Sang pembela 7
  • Xayden – Tampan
  • Xavier – Terang 7
  • Xavion – Pejuang
  • Xerxes – Ketua
  • Xing – Berjaya 5

Huruf Y

  • Yaj – Seorang yang bijak 2
  • Yarin – Untuk memahami
  • Yash – Kegemilangan 2
  • Yassar – Kekayaan 3
  • Yingjie – Berani
  • Yudhajit – Pemenang dalam perang 2

Nama anak lelaki: Huruf Z

  • Zafir – Kemenangan 1
  • Zravasya – Kemasyhuran 2
  • Zaki – Bijaksana 1
  • Zephan – Dihargai oleh Tuhan
  • Zachary – Tuhan telah Mengingati 4
  • Zian – Keamanan

 

REFERENCES:

1. Arabic names (2010). Retrieved July 23, 2020 from:
http://www.arabic-keyboard.org/arabic-names/

2. Hindu boy names. Retrieved July 27, 2020 from:
https://hindunames.net/hindu-boy-names

3. Muslim Names - Boys (2018). Retrieved July 27, 2020 from:
https://www.islamicity.org/14959/muslim-names-boys/

4. A to Z of Boy Names and Meanings. Retrieved July 27, 2020 from:
https://www.kiwifamilies.co.nz/articles/boy-names-and-meanings/

5. Chinese Boy Names. Retrieved July 27, 2020 from:
https://www.babynames.net/boy/chinese

6. Boy Names Starting With V. Retrieved Oct 9, 2020 from:
https://www.babynames.net/boy/starts-with/v

7. Boy Names Starting With X. Retrieved Oct 9, 2020 from:
https://nameberry.com/search/boys_names/X