Cravings During Pregnancy: Truth vs. Myth
From what pregnancy cravings mean to how to deal with them in a healthy way, here’s what experts know—and what’s simply hearsay.
Mengidam dan kehamilan memang tidak dapat dipisahkan seperti irama dan lagu – atau laut dan pantai.  Adakah keinginan yang melampau untuk makan makanan tertentu disebabkan oleh kehamilan? Dan, jika benar, sejauh mana anda boleh memberikan perhatian kepada keinginan anda itu?  Dengan mengasingkan yang mana hanya sekadar mitos dan yang mana kebenaran tentang mengidam semasa hamil akan sedikit sebanyak dapat membantu anda menghadapi tempoh kehamilan anda.
Mengandung sahaja, mesti akan terus mengidam: MITOS
Walaupun mengidam makanan semasa hamil adalah perkara yang biasa, tetapi ianya bukan satu kemestian. Kira-kira 50 hingga 90 peratus bakal ibu akan mengidam makanan.1 Sama ada anda mengalaminya atau tidak mengalaminya bukanlah bermaksud ada sesuatu yang merisaukan berkenaan dengan kehamilan anda.
Kebanyakan wanita hamil mengidamkan makanan yang sama: MITOS
Kajian mendapati, apa yang bakal ibu idamkan adalah berlainan, mengikut kepada budaya masing-masing.1Makanan manis, produk tenusu, makanan berkanji,dan makanan segera adalah makanan yang banyak diidamkan berbanding makanan yang masin dan berasa di Amerika Syarikat.1Lain pula di Tanzania, kajian mendapati daging dan buah mangga yang banyak diidamkan oleh ibu hamil di sana.2
Wanita hamil mengidam nutrien yang kurang dalam badannya: MITOS
Berdasarkan kajian, tiada bukti yang menunjukkan, apabila anda mengidamkan aiskrim bermakna anda kekurangan kalsium.1 Jangan mengikut perasaan mengidam anda untuk menentukan diet kehamilan anda. Amalkan diet yang seimbang dan sihat selagi boleh.3,4
Anda mungkin mengidamkan makanan yang selama ini anda tidak gemari: BENAR
Para saintis tidak dapat mencari punca atau sebab keinginan yang melampau secara tiba-tiba, contohnya, terhadap ikan sardin.  Perubahan hormon yang berlaku semasa hamil mungkin memainkan peranan – ini kerana perubahan ini boleh mengubah deria bau dan rasa anda, dan seterusnya mempengaruhi kesukaan anda terhadap makanan yang tertentu.1-3 Sesetengah wanita mungkin akan menyukai makanan yang tidak disukainya sebelum ini.1
Adalah satu perkara yang biasa jika anda tiba-tiba benci akan sesuatu makanan, iaitu yang sebaliknya dari mengidam.2,3Ini mungkin cara yang semulajadi untuk mengelakkan makanan yang boleh mencetuskan mabuk kehamilan.1,2
Apa yang anda idamkan adalah petunjuk kepada jantina bayi anda: MITOS
Ini adalah kepercayaan yang sangat popular tetapi sehinggalah sekarang tiada pemerhatian atau kajian saintifik yang membuktikan kepercayaan ini benar.1
Keinginan mengidam semakin meningkat sepanjang tempoh kehamilan: MITOS
Mengidam ketika hamil kebiasaannya bermula pada trimester pertama dan akan memuncak pada trimester kedua, dan akan mula menurun selepas itu.1
Sesetengah wanita akan megidamkan ais, tanah, dan benda bukan makanan yang lain ketika hamil: BENAR
Merupakan satu jenis mengidam yang seharusnya dilawan. Selain daripada ais, tanah, benda lain yang bukan makanan yang wanita hamil teringin makan ialah tanah liat, sabun basuh baju, lilin, atau serbuk kopi.  Ini adalah contoh-contoh masalah pemakanan yang dikenali sebagai pica.1,2 Ianya bukanlah sesuatu yang luar biasa, jadi anda tidak perlu berasa malu, tetapi anda haruslah kongsikan dengan doktor anda tentang keinginan mengidam ini kerana ianya boleh menyebabkan anda dan bayi dalam kandungan anda tidak mendapat nutrien dari makanan yang sebenar yang anda berdua perlukan.3
OK untuk menuruti keinginan mengidam anda: BENAR
Dengan syarat, bersederhana. Mengidam ketika hamil boleh dikaitkan dengan penambahan berat badan yang terlalu pantas, dan tidak sihat.1,3 Cuba tukarkan dengan pilihan sihat yang lain, seperti lobak merah untuk menggantikan kerepek (jika anda inginkan sesuatu yang rangup) atau sedikit coklat gelap untuk menggantikan brownie (jika anda inginkan coklat). Pastikan apa yang anda idamkan itu selamat;elakkan makanan laut yang kurang masak atau mentah, seperti sushi, dan produk susu yang tidak melalui proses pastur, seperti keju feta. Mungkin elakkan juga membeli dalam jumlah yang banyak, agar anda bebas dari godaan-godaan yang tidak sihat ini.3

 

 

 

Rujukan:

1Orloff NC, Hormes JM. Pickles and ice cream! Food cravings in pregnancy: hypotheses, preliminary evidence, and directions for future research. Frontiers in Psychology 2014 Sep 23; 5:1076

2Nyaruhucha CN Food cravings, aversions and pica among pregnant women in Dar es Salaam, Tanzania. Tanzania Journal of Health Research 2009 Jan; 11(1):29-34.

3March of Dimes Cravings During Pregnancy http://www.marchofdimes.org/pregnancy/cravings-during-pregnancy.aspx
 
4American Pregnancy.org Pregnancy Nutrition http://americanpregnancy.org/pregnancy-health/pregnancy-nutrition/